Friday, 11 December 2015

Cerita 2015

2015.
33 tahun. Beranak 2. seorang lelaki, seorang perempuan.
Alhamdulillah.

Pejam celik, 33 tahun  rupanya sudah hidup di bumi Allah. Semuanya rasa macam sekejap. Aku masih  boleh ingat zaman aku gaduh adik beradik, kalau gaduh dengan angah, mesti balik pakaian dia keluar bilik dan siap cakap- 'keluar kau dari bilik ni'. hahahaha. 

Blog ni pun sudah lama dan makin lama aku tutup cerita. Kadang2, aku rindu untuk menaip panjang2 macam dulu. Tapi, kadang2 itula yang paling payah untuk aku carikan masanya.

Insyallah, Tahun depan, aku usahakan untuk atur masa aku. Point utama, aku kena jaga hubungan dengan Tuhan supaya nanti Tuhan jaga hal aku. Solat awal waktu, aku mau praktikkan yang itu jadi rutin supaya nanti  bila solat awal waktu, setiap kerja akan siap biar banyak mana sekalipun. Insyallah. moga dipermudahkan.

2015,
Jalan hidup untuk setahun ni ada yang manis ada yang perit. Biasalah kan, Life is not easy macam cerita dalam movie. Dalam movie tu, susah mana pun si heroin, nanti2 bahagia juga akhirnya. Hahaha. Tapi, sampai ke sekarang ni,  bagi aku, setiap hal yang jadi dalam hidup, ada asbab dan hikmahnya. Cuma kadang2 manusia macam kita-kita ni, pura2 tutup mata untuk mahu pandang setiap hikmah tu. Macam aku, sedikit demi sedikit, aku belajar untuk mencari hikmah untuk tiap kejadian yang ada dalam hidup aku. Ada waktu, aku rasa menyesal gila2 bila teringat kejahilan2 aku dulu. Sampaikan aku cakap pada diri sendiri- kenapala aku bodoh sangat dulu?

Tapi, bila difikir2, Memang itulah jalan hidup aku. Memang hal2 tu jadi supaya aku keep on perbaiki diri aku. Bila rasa diri tidak pernah buat dosa, ada pula yang segan bertaubat. Padahal kita manusia ni, tiap2 masa ada2 saja dosa yang akan dibuat tidak kira kecil atau besar. Paling hampir, dosa mengumpat.

Allahuakhbar.

2015.
Sangat mencabar bila aku menyusukan anak 2 orang anak dan bekerja. Sampaikan sekarang masih fikirkan untuk pencen awal. hahahaha.
Tapi still, aku syukur, rezeki anak2 aku untuk menyusu masih ada walaupun aku rasa penat gila balik kerja, layan anak2 dan buat kerja rumah. Syukur untuk semua nikmat yang Tuhan bagi. 

Alhamdulillah.







Friday, 20 March 2015

miss u mucho

Lihat.
Bagaimana status isteri dan ibu ubah rutin hidup aku?
betapalah,
aku sungguh jauh dari masa bersenggang dengan laptop
melayari internet bila malam hingga ke tengah malam.
itu dulu.
sewaktu, masa aku adalah untuk aku.

sekarang,
masa aku bukan hanya untuk aku
sudah dibahagi-bahagi untuk yang sepatutnya.

dan lihat
bunga sepet begitu lama aku tinggalkan.

hai, kesayanganku
hai, penerima tegar tanpa tolak untuk tiap rasa aku.

baru kita bertemu.

miss u mucho.

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...