Tuesday, 17 May 2011

~aku, dia & aiskrim~

Rutin aku setiap kali suami balik ialah menyediakan 1 tupperware aiskrim untuk dia. Tidak kira la perisa apa, dia boleh makan, tapi dia lebih suka dengan perisa yang ada mint. Aku pula anti mint ni jadi, dia boleh makan perisa mint dengan tenang tanpa ada gangguan dari aku. hahaha. Aku suka perisa coklat. Tapi hari tu, aku cuba perisa lain dan ambil perisa yam (keladi) lepas tu dia cakap dengan selambanya

Dia: ngamla tu untuk sayang, perisa keladi.
Aku: (tidak berapa dengar & tidak berapa faham) aik, apa dia?
Dia: ngamlah perisa tu untuk sayang, sebab perisa tu sama dengan sayang. gatal!

Pehh! Tangan aku menampar lengan dia! dan pula ketawa berdekah-dekah. hahaha. Okay, berbalik kepada point utama tajuk entri, aku mahu cerita tentang aiskrim. Semalam, aku post entri tentang coklat dan sekarang tentang aiskrim pula. Mungkin petang nanti, aku akan post pasal entri. Kekerapan aku mengarang pasal makanan ni mungkin didorong oleh perasaan untuk lunch di Four Point, Sheraton Hotel Tengahari nanti. Oh ya, lunch sempena sambutan hari guru.;D










Selain coklat, ramai yang beranggapan makan aiskrim mengemukkan sebab kandungan gulanya yang banyak.  Tapi pada pendapat aku, selain aiskrim dan coklat pun, ada lagi makanan lain yang akan mengemukkan seseorang. Misalnya; kari ayam berlemak vs bersantan, nasi lemak ayam /sotong/daging/udang/kerang atau yang sewaktu dengannya, daging masak hitam/merah/berlada/ atau lain-lain makanan aku malas state di sini sebab ramai orang sudah well-known tentang benda tu. 



Jadi, kalau semua makanan ni mengemukkan, apalah yang kita mau makan? apalah ertinya kita menikmati hidup seadanya? Maka, aku beranggapan begini: Makanlah apa saja pun (yang halal untuk yang muslim ya) tapi berpada-padalah. Ingat berhenti sebelum kenyang. Janganlah pula, sudah kenyang pun, mau disumbat lagi. Kalau itulah rutin yang kamu buat, alamat rosaklah enjin dalam badan kamu. Macam kereta jugalah., Kalau tidak jaga dengan baik, bunyi lintang pukang, terhenjut-henjut lama koma & akhirnya mati. (misya mialen, Mei 2011)


Bagi aku, apapun ceritanya, kita berpada-padalah dalam segala hal. Makan aiskrim ni menyenangkan. Tabiat aku makan aiskrim susah untuk dikikis sebab bagi aku makan aiskrim ni boleh menenangkan perasaan aku. Dulu masa belajar, stress macam mau mampus. Dengan kerja yang berlambak, mana dengan kertas kerjanya, assignment, laporan, ujian, exam, presentation, thesis dan etc sudah boleh bikin aku macam koma segan terjaga lagi. Damn! Sebab tu lah sehingga sekarang aku suka aiskrim.  Aiskrim penawar stress paling mujarab untuk aku. hahaha. Dan bagai satu bonus pula bila aku dapat suami yang punya hobi macam aku juga. what the coincedences?;D

Macam aku dan dia. hahaha.
 Kalau kamu rasa tertekan, cubalah makan aiskrim, dari pengalaman aku, (akulah) dengan makan aiskrim, secara automatik, perasaan tertekan tu akan hilang sedikit demi sedikit dan bertukar jadi mood gembira. Then, bila dimakan bersama orang tersayang macam aku dan suami, oh, indah saat itu. eat, talk & lough. Jangan lupa suapkan pasangan kamu. phewwwit. Romantiklah kamu!;D

Tengok jam. alamak, jam 10.20 am. Gila. best punya pasal cerita pasal aiskrim, aku lupa yang aku kena bersiap untuk lunch. Pakai mekap 10 inci supaya orang tidak kenal siapa yang makan banyak nanti.hahaha. Okay, layan saja gambar2 dari google ni. Jumpa lagi.











1 comment:

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...