Tuesday, 3 May 2011

~Bahagia tetap ada walau di mana sekalipun~

Bismillahirahmannirahim...

Untuk pertama kalinya, aku menulis dalam blog berwajah yang baru. Lega rasanya lepas berjaya buat blog ini. Mudah & cepat sebenarnya untuk buat blog cuma yang payahnya menulis sesuatu yang lebih bermanfaat di dalamnya. Aku suka menulis. Titik. Itulah aku dari dulu. Menulis satu terapi yang sangat berharga untuk aku. Kalau tidak menulis, otak aku  macam beku & tidak produktif. Sebab itu, aku akan menulis walau sekejap saja.

Blog aku yang dulu, aku tutupkan untuk aku sahaja. Biarlah ia jadi kenangan hidup untuk ajar aku lebih tabah & lebih kuat. InsyAllah, selagi nyawa dikandung badan, selagi itu, setiap rasa yang dipendam di hati akan ditulis menjadi kata. Aku mahu buka buku baru. Kehidupan yang lebih bermakna  & lebih bahagia. Moga bahagia tetap ada untuk aku, suami, keluarga & kawan-kawan.

Seorang kawan berkata 'Setiap kegagalan & kelukaan yang pernah singgah dalam hidup aku, adalah keberhasilan yang tertunda. Itu betul kan?' Alhamdulillah, aku sudah nampak hikmah kenapa aku digagalkan & dikecewakan. Ya, Allah sudah rancang setiap perjalanan hidup kita kan? Kita diberikan rasa gagal & kecewa untuk kita lebih menghargai apa yang kita ada sekarang. Nikmati hidup seadanya. Itu lebih baik.

Doakan saja aku punya hati yang tegar untuk teruskan hidup. Mencuba untuk meningkatkan kreativiti diri dan cabar diri untuk jadi lebih produktif. Moga2 saja aku tetap tidak berhenti  untuk  membuatkan semua orang sekeliling selalu gembira kerana melakukan satu kebaikan itu  sangat dituntut pada diri setiap insan.;D Amin

~ Tegar mencintai Bunga & sepet~

1 comment:

  1. ni first entry ehhhh. huhu. saje godek. rupenye sebelum ni dh ade blog ye. ;)

    ReplyDelete

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...