Thursday, 5 May 2011

cerita terindah untuk jodohku~ selamat hari jadi sayang~

Ada orang menganggap, mencari jodoh tu senang dan tidak kurang juga anggap cari jodoh tu rumit. Ya, itu aku akui. Mencari jodoh itu rumit. Selagi kita belum bertemu jodoh, selagi itulah Tuhan sentiasa menguji setakat mana iman kita. Kuatkah, lemahkah atau sekali uji saja sudah putus asa. Rasa seperti ingin mati. Padahal, kalau kamu terjun dari bangunan 50 tingkat pun tapi  kalau Tuhan cakap ' tidak mati' tidaklah kamu mati. Tapi, kalau Tuhan cakap ' matilah kamu' maka, walau masa tu kamu tengah bersukaria atau tengah makan KFC atau Pizza dengan sedapnya, memang kamu akan mati juga. Tiada tangguhan kalau Izrail sudah datang di sisi.

Hobi aku membaca. Masa sekolah rendah, aku suka baca cerita penyiasatan. Tapi bila aku besar, aku suka baca novel romantik. Badai semalam, lagenda budak setan dan ombak semalam antara novel yang aku khatam berulang kali. Bila aku banyak membaca, ia beri kesan kepada pemikiran aku. Kalau boleh, aku mahu jalan hidup aku macam dalam cerita novel. Yang mana biar pun sengsara tapi akhirnya bahagia bersama orang yang menyayangi aku sepenuh hati. Kalau boleh, aku mahu rasa saat romantik seperti di dalam novel bila aku sudah punya suami. hahaha. Mengarut betul aku kan?

Sebelum bertemu dengan jodoh aku,  jatuh bangun aku bagai tiada henti. Ada kalanya aku rasa, jodoh aku sudah mati sebab tu lah aku tidak jumpa dia. & aku selalu berdoa, kalau pun jodoh aku tu sudah mati, temukanlah kami di syurga. Sampai begitu sekali doa aku pada Tuhan bila aku rasa aku sudah tidak berdaya untuk menunggu dan mencari dia. Bercinta dan kecewa berulangkali menjadikan aku lemah dan merasa Tuhan seakan tidak adil untuk aku masa tu. See, berdosanya aku pada Tuhan sebab berprasangka buruk kan? Mana tidaknya, aku nampak orang-orang sekeliling aku bahagia dan paling menyakitkan bila orang yang mengecewakan aku juga turut bahagia. Sedangkan aku pula masih mencari bahagia yang tidak ada hujungnya. 

Bila kecewa, aku rasa, akulah manusia paling bodoh di dunia sebab tidak berjaya untuk keluar dari permainan orang-orang yang hanya mahu melihat kekecewaan orang lain. Aku rasa useless sebab tidak nampak yang orang tu sebenarnya tidak ikhlas bersama aku. Darm it! itu luahan hati untuk melawan semua tu. Aku cuba persetankan setiap apa yang berlaku dan berlagak tabah. Macam kawan aku cakap, aku ni tabah sebab aku boleh lalui semua tu dengan kuat. Dari luar aku tabah, tapi dalam hati dan jiwa aku lemah dan sakit. Mujur, aku masih ada Allah, Keluarga dan  kawan yang selalu support aku.

Sekarang aku sudah jumpa jodoh aku. Lama aku cari. Bertahun-tahun lamanya. Tapi rupanya dia selalu ada bersama aku sejak 12 tahun yang lalu. Penantian aku berakhir pada 11 Mac 2011 selepas kami diijabkabulkan. Sebenarnya, aku yang tidak sedar dia ada. Kronologi pertemuan aku dan dia terlalu rumit tapi terlalu indah untuk dikenang. Bila aku ditakdirkan untuk menjadi jodoh dia, barulah aku sedar, kenapa Tuhan tu beri masa yang cukup lama untuk aku jumpa dia. Beri aku rasa kecewa berkali-kali sebelum Tuhan pertemukan aku dengan orang sebaik dia. Beri aku kepenatan yang amat untuk mencari dia. Semuanya supaya aku menghargai dia. Supaya aku dapat memberikan seluruh kasih sayang aku untuk dia. Supaya aku dapat orang yang boleh terima aku seadanya. Miskinnya aku, daifnya aku, bodohnya, buruknya aku dan kurangnya aku.

Yalah, Siapa tahu, orang sebelum ini yang aku jumpa, masih tidak akan dapat menghargai aku seperti mana dia menghargai aku, siapa tahu, orang sebelum ini yang aku jumpa, masih belum dapat membimbing aku seperti mana dia membimbing aku, siapa tahu orang sebelum ini yang aku jumpa, masih tidak dapat mengimamkan solat dan aku jadi makmumnya seperti mana dia buat untuk aku, siapa tahu orang yang aku jumpa sebelum ini, tidak mampu untuk jaga aku sebagaimana dia menjaga solatku, makanku, minumku dan tempat tinggalku..siapa tahu kan? dan aku rasa ini lah hikmah Tuhan pertemukan aku dengan dia walaupun mengambil masa yang cukup lama.

Untuk itu sempena hari jadi dia, jodoh aku,  05 Mei 2011, dengan setulus hati, dari lubuk hati yang paling dalam, Aku mahu cakap "Selamat Hari Jadi sayang a.k.a jodohku a.k.a suamiku. Mudah-mudahan dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, ditambahkan sayang untuk aku (hihihi) dan terima kasih yang tidak terhingga ah. I will always love u until my last breath. I will try my best to be your great wife.  Being with you is the best thing that ever happened to me. I will always being with you no matter what life brings our way. Moga Allah panjangkan jodoh kita hingga ke hujung nyawa. Amin."

7 comments:

  1. amin... emma penah jugak rasa macam 2... dan sekarang masih lagi mencari siapa yang Allah akan temukan ...

    ReplyDelete
  2. Emma:insyallah, sikit masa lagi...adalah tu jodoh kamu dtg..;D cuma, usaha cari, doa n tawakal;D

    ReplyDelete
  3. tersentuh c Aki.. ^_^.v.. Makanya,bersabar juga adalah satu teknik bercinta.. ^_^.v.. Wah..

    ReplyDelete
  4. maka, bersabarlah selalu aki^_^

    ReplyDelete
  5. aminnnnn. suka baca entri ni. ;)

    ReplyDelete

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...