Monday, 16 May 2011

~Coklat sedap & ia tidak mengemukkan: percayalah~












Coklat. Manis. Rasanya lemak berkrim. Aku suka coklat. Dulu, aku pengemar coklat yang tegar. Dalam handbag pun aku ada spare. Biarpun coklat tu akan cair sebab cuaca panas tapi aku tetap juga makan. Kalau cair, lagi senang makan. Masuk mulut. telan sebab ia cair. hahaha. Sekarang, ketegaran tu sudah berkurangan sejak aku mahu mengurangkan pengambilan makanan manis dalam rutin aku. Minum manis pun segelas saja sehari. Selebihnya aku akan minum air putih banyak-banyak sampai aku rasa kalau ada anugerah pelawat tandas paling rajin maka, aku lah pemenangnya. hahaha. Tapi, itu bukan bererti aku takut gemuk sebab makan coklat. Aku cuma mau mengurangkannya makanan manis yang aku makan sebab sekarang masa taip entri ni pun ada coklat kisses seperti dalam gambar yang paling bawah sedang cair di dalam mulutku.hahaha.nyammm;D
Ada orang cakap: makan coklat mengemukkan. Coklat yang begitu cantik dipandang  macam gambar2 coklat dalam entri ni akan bikin orang takut untuk makan sebab takut membahayakan kesihatan. Tapi berdasarkan dengan apa yang aku baca sebelum ni,coklat banyak khasiatnya.  Dulu aku bukan kisah sangat pun pasal coklat ni mengemukkan atau tidak. Sebab aku selalu menganggap coklat boleh buat emosi aku stabil kalau masa tu aku tengah PMS atau stress tahap mahu terjun bangunan. Sebab tu aku suka makan coklat. Lagipun, kalau makan coklat, aku rasa ia mengenyangkan perut aku. haha. Okay ini aku kongsikan antara coklat: 1. coklat berkhasiat membuat umur seseorang menjadi lebih panjang.
2. Mencegah risiko penyakit jantung dan kanser.
3. Mencegah penuaan diri
4. Dapat membuat orang tenang dan membuat perasaan menjadi gembira.
5. Menurunkan tekanan darah. 
( sumber:http://coklat-chocolate.blogspot.com/2008/02/khasiatmanfaat-coklat.html )


  Lemak koko dalam coklat merendahkan paras kolesterol. Lemak koko dalam coklat mengandungi 38.2% asid oleik iaitu sejenis asid lemak tidak tepu yang berperanan merendahkan paras kolesterol di dalam darah.
  Coklat sebagai Bahan Anti-Kerosakan gigi dalam coklat
Melalui kajian  yang dijalankan, didapati bahawa coklat mengandungi bahan anti-kerosakan gigi seperti tannin, kasein dan asid oksalik.Tannin ialah sejenis bahan yang menghalang pembiakan bakteria yang akan membentuk plak dan asid di dalam mulut. Asid yang terhasil daripada proses pemecahan makanan oleh bakteria merupakan punca kerosakan gigi. Plak adalah sisa-sisa makanan yang melekat pada gigi akibat tindakan bakteria.
Kasein di dalam coklat sus pula bertindak mengurangkan kerosakan gigi dengan menghalang pertumbuhan plak dan seterusnya mengurangkan pengeluaran asid.Kasein juga membantu dalam pertumbuhan gigi.
Asid oksalik merencatkan pengeluaran enzim bakteria dan seterusnya menghalang pengeluaran asid

(http://www.sabah.edu.my/itsr005/3L%20web%202020/kebaikan.htm)
Coklat dan serbuk koko mengandungi phenol sejenis bahan kimia yang membantu mengurangkan risiko sakit jantung. Phenol bertindank dengan menghalang lemak seperti zat di dalam aliran darah daripada teroksida dan menyumbat arteri.


Coklat mengandungi nilai tenaga yang tinggi dalam bentuk mudah dan padat. Oleh itu, ia amat sesuai dijadikan makanan gantian semasa menjalankan aktiviti luar seperti mengembara, mengikuti ekspedisi pendakian, bersukan serta aktiviti-aktiviti rekreasi yang lain. Coklat merupakan bekalan makanan mudah yang boleh dimakan bila-bila masa dan di mana jua.
(http://www.sabah.edu.my/itsr005/3L%20web%202020/kebaikan.htm)
Minuman koko mengandungi kafein yang lebih rendah berbanding dengan minuman-minuman lain yang terdapat di pasaran.
Sumber: Bowes and Church's Food Values of Portions Commonly Consumed, 14th Ed., 1985. The Latest Caffein Scorecard, HHS Publication No. (FDA 84-2184, 1984)

(http://www.sabah.edu.my/itsr005/3L%20web%202020/kebaikan.htm)
so, selepas ini, janganlah takut untuk makan coklat. Makanlah coklat terutamanya bila anda sedang berada dalam tekanan perasaan. Kalau makan coklat, emosi anda akn stabil secara perlahan-lahan, cair sebagaimana coklat itu cair di dalam mulut.;D
3 gambar ini adalah coklat ihsan dari suamiku;D

No comments:

Post a Comment

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...