Sunday, 8 May 2011

Dedikasi untuk ibu:kau ratu hatiku


Meraihkan cinta itu indah. Penyatuan dua hati itu asyik bila ia dicipta tanpa dengan rela hati. Orang cakap, cinta itu ada penyatuan dua hati yang menerima semua kekurangan dan kelebihan tanpa soal. Terima seadanya. Jangan tanya kenapa & mengapa kerana soalan yang sebegitu akan menyukarkan keadaan.

Alhamdulillah, selepas sahaja status bertukar, ada tanggungjawab baru yang dipikul. Syurga yang di dulunya ada di bawah tapak kaki ibu kini ada di bawah tapak kaki suami. Tapi, ibu tetap ratu hatiku. Suami, raja di hatiku. Walaupun syurga bukan lagi di bawah tapak kaki ibu tapi, kasih sayang untuk ibu tidak pernah berubah biar satu zarah  sekali pun. Hati tetap utuh sayang ibu. Tetap menganggap dia lah insan paling berjasa dalam hidupku sejak aku menghuni rahimnya sehinggalah aku jadi AKU sekarang. Terima kasih ibu!

Pengorbanan ibu tiada tandingannya. Sejak kecil, aku ditatang bagai minyak yang penuh biarpun kehidupan  sederhana sahaja. Tiada kemewahan tapi tetap ada kasih sayang yang melimpah ruah untuk ku. Masa kecil, ibulah yang setia temani aku pergi ke perpustakaan awam di pekan. Membaca itu hobi aku kan? seperti yang aku pernah tulis dalam entri cerita-terindah yang lalu. Usia aku 9 tahun, berjalan kaki, menaiki jambatan gantung di sungai dan  menaiki tangga di Pekan Tamu Kota Belud dengan ibu seperti tidak meninggalkan rasa penat pun dalam diri.  Itu lah  rutinku setiap minggu di hari sabtu. Gembira bila tiba di perpustakaan yang ku anggap syurga buku. Indahnya duniaku. Kerana itu, aku masih setia dengan buku. Tanpa buku, ada perkara yang tidak sempurna dalam rutinku. Kerana ibu, mengajar aku untuk suka pada buku. Kerana ibu pernah  kata, ' IBU TIDAK PUNYA APA-APA YANG DIBERI UNTUK AKU KECUALI KEJAYAAN AKU NANTI'. dan sekarang, aku sudah jadi AKU. Terima kasih ibu!

Setiap pagi, ibu bangun seawal jam 5 pagi. Buat sarapan pagi, nasi goreng, cucur pisang atau nasi putih dengan lauk yang seadanya. Aku diajar untuk ambil sarapan sebelum ke sekolah. Ibu selalu kata ' pagi2 sebelum pergi sekolah kena makan, kalau tidak makan, nanti sakit perut, lepas tu kalau sakit perut, susah mau belajar'. Bekal untuk aku ke sekolah pun mesti ada. Nasi putih dan ikan goreng masin yang digoreng bersama bawang besar dan lada putih adalah makanan yang paling sedap aku rasa. Itu antara bekal aku ke sekolah.

Belanja ke sekolah paling banyak pun 50 sen. Masa tu harga barang masih murah, aku boleh beli 20 sen mee goreng atau nasi goreng, yang selebihnya boleh beli kuih 0.20 satu atau beli air harga 20 sen. Itu zaman kegemilangan barang2 bagi aku. Indahnya zaman itu. dan bila aku sudah jadi AKU sekarang, ada hamba Allah yang bertanya kepada ibu ' apa yang kau bagi makan dengan anak kau supaya dia pandai macam ini?' IBU JAWAB,' tidak ada apa2. Aku bagi dia makan nasi putih dan ikan  masin.' hahaha. Macam tidak logik kan? Tapi betul, ikan masin memang makanan wajib ada di rumah masa tu sampailah sekarang. Dulu, ayam hanya dimakan sekali sekala, sebab makanan rutin aku ialah ikan segar, ikan masin dan sayur ulam. Pengunaan minyak amat minimum apatah lagi kari atau berlemak. Kerana rutin aku yang dipelajari dari ibu 'AKU AKAN PASTIKAN ANAK AKU PUN MAKAN SARAPAN SEBELUM KE SEKOLAH UNTUK BANTU PERKEMBANGAN OTAK YANG CERGAS'.

Masuk sekolah menengah, aku mula pandai pakai bedak. Sudah pandai ingin nampak cantik. Sudah pandai komplen baju sekolah aku yang ibu jahit lebih besar dari aku. Kasut sekolah yang ibu beli, lebih besar dari kaki aku. Stokin sekolah yang ibu beli lebih panjang dari kaki aku dan tudung sekolah yang ibu beli nampak lebih besar dari aku. Ibu hanya jawab 'AKU AKAN MEMBESAR SETIAP HARI, SEBAB TU AKU KENA PAKAI BAJU YANG BESAR, KALAU BELI YANG NGAM-NGAM DI BADAN, KENA BELI LAGI NANTI'. Masa tu aku belum faham kenapa, aku selalu tarik muka masam. Tapi sekarang, aku sudah faham, aku sudah mengerti kenapa ibu buat dan jawab begitu. Sebab 'IBU MAHU AKU MENERIMA SEADANYA KEADAAN AKU, MENSYUKURI SEMUA NIKMAT YANG ADA DAN YANG PALING PENTING, IBU MAHU JIMATKAN DUIT UNTUK AKU BILA MASUK 'U'. Dan sekarang, aku sudah jadi 'AKU' acuan dari ibu yang tegas tapi lembut untuk didik aku.

Kehidupan di asrama memang mencabar. Aku paling tidak suka dengan 'HOMESICK'. Bila aku homesick, kesian ibu, terpaksa datang ke asrama dari Kota Belud ke KK tidak kira masa aku di sekolah menengah atau di UiTM. Dia pasti akan bawa bersama makanan yang aku idamkan. ' Ikan ampap' itulah makanan yang selalu menyusahkan ibu bila nafsu makan aku untuk ikan ampap datang melampau-lampau macam kalah orang mengandung. Ibu lah juga yang datang. Kalau tidak pun, dia akan kirim dengan pakcik-pakcik teksi yang bawa teksi dari KB-KK. Syahdunya bila ingat. Indahnya kasih ibu!.

Bila aku ada di 'U', dialah juga tulang belakang aku. Berkali-kali aku mahu jatuh, tidak mampu untuk berhadapan dengan tekanan belajar dan cinta yang bikin hati derita. Dengan ibu juga aku mengadu. Assignment, Kerja berkumpulan, Perbentangan, ujian, kuiz, Tesis dan peperiksaan selalu bikin aku mengaku kalah. Tapi kata ibu 'Jangan jadi macam hati jagung, lembut dan mudah patah tapi, jadikan hati macam ubi kayu, tetap kuat, tetap kukuh walau dibuat macamana sekalipun'. Difikir-fikir, memang betul. Bila aku faham maksud ibu, aku mula jadi kuat. Bertahan untuk capai matlamat aku hingga aku jadi AKU sekarang. Terima kasih ibu!

Sekarang, bila aku sudah kerja dan menghulur wang untuk ibu, belikan barang yang ibu mahu dan sebolehnya tunaikan apa sahaja yang dia hajatkan, ibu kata,' Ibu sudah cukup bahagia bila kau sudah jadi seperti sekarang,'. Alhamdulillah. air mata seakan mahu mengalir bila ibu cakap begitu. Biar aku bagi ibu banyak macamana sekalipun, jasanya masih belum mampu ku balas hingga nafas aku terhenti.

Selepas bergelar isteri, Ibu pesan untuk aku, ' jaga tutur kata dengan suami, jangan suka bergaduh sebab bukan ibu tidak tahu kau macamana '. Bila aku merajuk dulu, aku tidak akan makan, ibu pujuk, sampai ke bilik. Tunggu aku di penjuru katil sampai aku bangun untuk makan dengan dia. Bila aku merajuk dengan ibu, aku tidak akan bercakap dengan ibu tapi, ibu akan tetap bawa aku bercakap sampai lah aku mahu menjawab soalan-soalan darinya. Bila aku merajuk, aku akan tunjuk muka masam, tapi ibu tetap dengan muka manis, bawa aku bercakap seolah-olah tidak ada apa. Bila aku merajuk, ibu akan masak makanan yang aku mau sebab dia tau, aku tidak akan menolak untuk makan. Kalau aku menolak pun, nanti tengah malam, aku akan pergi dapur angkat tudung saji dan makan sebab tidak tahan lapar. Lepas tu, esok harinya, ibu senyum2 dan faham siapa yang makan makanan tu. Oh, indahnya saat itu.

Dengan setiap kata yang diluah di atas, aku mahu ibu tahu, WALAU SEJAUH MANA PUN KITA, AKU TETAP INGAT IBU, WALAU SEMERAJUK MANA PUN AKU, AKU TETAP SAYANG IBU, WALAU SENAKAL MANA PUN AKU, AKU TETAP KASIH IBU, WALAU SEKERAS MANA PUN AKU, HATI AKU TETAP CAIR KALAU IBU PUJUK DAN Sempena hari ibu hari ini, aku doakan ibu, sihat selalu, dimurahkan rezeki selalu, dipanjangkan umur dan bahagia  hidup di dunia dan akhirat. Terima kasih kerana melahirkan aku dan tahniah kerana berjaya menjadikan aku seperti AKU  sekarang. sayang ibu.

2 comments:

  1. siok bana moso blog no tu misah..akan nangis pen aku moso ni..dekon tingot ku time skul dau2..itu la ikan masin masak dengan lada putih dgn bwg besar tu x miss tu kena masak d rumah..mknan kgemaran seb tu sek..ikan ampap lg..nyamm2!!teruskan blog mu daling mmg best!!happy mothers day to ur mom k!

    ReplyDelete

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...