Tuesday, 17 May 2011

~Hadiah untuk perut~

Seperti yang aku bagitau tadi, aku lunch di Four Point, Sheraton, Kuching. Lunch sempena sambutan hari guru. Dari semalam lagi, aku sudah set mind aku untuk makan dengan sepenuh hati masa lunch nanti. hahaha. Bukan makan dengan lahapnya, jangan silap ya kerana walaupun aku bukan seumpama wanita melayu terakhir tapi aku boleh dikatakan masih menjaga tata tertib sebagai seorang isteri. hahaha. 

kalau aku makan sampai tidak sedar diri, mana tau ada orang akan cakap ; ' isteri sapa la ni, makan sampai tidak sedar diri '. Eh, anggapan itu berbaur buruk sangka tau. 

Astaghfirullahal'azim. Tidak. Tidak. 
Aku bergurau saja. Okay. Jangan marah. ;D

Aku nikmati hidangan yang ada dengan penuh selera. Tidak toleh belakang lagi. Toleh sebelah kiri saja sebab hidangan semua ada di sebelah kiri aku dan semua orang tarik nafas lega bila hidangan ala buffet. Ya, aku pun suka. Lepas makan, boleh bangun berjalan cari makanan yang lain di samping bagi makanan yang tadi turun di dalam perut sebelum makan yang lain lagi. Oh, lupa untuk mention lebih awal. Makanannya dari heavy ke dessert memang superb!. Hajat aku untuk makan pizza dan lasagna akhirnya tertunai tadi.  Rasanya seperti berada di Sepanyol. hahaha. Ya, ini adalah hadiah untuk perut aku yang berjaya bertahan semalam dan pagi tadi untuk tidak makan. hahaha.






















 
p/s  1) gambar yang ada watermark tu gambar makanan yang aku makan. Yang tidak ada watermark tu, gambar makanan kawan-kawan yang semeja dengan aku. Gambar yang aku upload memang tidak tersusun. Gambar makanan yang heavy aku tidak sempat ambil. Ramai orang berbaris untuk ambil. So, abaikan saja. Aku ialah jurugambar yang tidak bertauliah tadi. Ambil gambar orang tapi gambar aku yang tiada. nehi.nehi.


p/s 2)  Makanan yang superb di sana, Agak-agaknya aku boleh lah bawa suami lunch or dinner di sana lain kali.;D

No comments:

Post a Comment

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...