Wednesday, 4 May 2011

~Jangan pernah berharap~

Lupa. Itu perkataan yang paling 'common' digunakan oleh sebahagian orang sebagai alasan untuk benteng diri. Aku pun tidak terkecuali. Bila diri dirasa sudah berada di zon selesa, ada perkara rutin yang dilupa. Kemudian bila Tuhan menguji kekuatan diri, barulah tersedar dari tidur, barulah membuka mata dan telinga. Mencuba untuk membuat rutin yang dulu.

Ada masanya diri seperti tidak menganggap yang rutin itu adalah penting.  Padahal rutin itu adalah pendinding diri yang paling ampuh. Apa rutin yang kita selalu lupakan dalam kehidupan seharian? kita boleh menghadap tv dari pagi ke petang, surt internet  berjam-jam sampai laptop kepanasan tapi kenapa bila sampai bab berdoa kadang-kadang sampai 5 minit pun tidak sampai? apatah lagi berzikir dan menghafal doa-doa yang sebenarnya menjadi asas rutin yang paling penting dalam hidup. Orang bilang untuk bahagia, kita kena kembali kepada asal. Asal kita dari Tuhan. Sebab itu, doa mesti menjadi rutin kita. Bila kita menghadap Tuhan, jiwa rasa tenang dan selamat. Terlindung dari gangguan jin dan syaitan. InsyAllah.
Kecilnya diri. Bagai seekor semut yang boleh dipijak begitu sahaja. Melupakan doa dan zikir untuk Pencipta. Bila diberi dugaan untuk menyedarkan diri kembali kepada asal, dussh!dush! rasa seperti mahu mengembalikan ratusan mahupun ribuan masa yang sudah ditinggalkan. Daifnya diri, hinanya diri. Keampunan dipohon moga-moga Tuhan masih memberi hidayah yang tidak hentinya. 

Jangan pernah menyangka syaitan itu akan berhenti mengganggu anak adam. Tidak! & jangan pernah berharap! Jangan pernah kita selamat tanpa doa dan lindungan dari Allah. Selalunya berdoa, berzikir dan paling common pun bacalah Yassin sebagai pendinding diri. Amalan-amalan inilah yang boleh mengelakkan diri kita dari hasad dengki manusia yang mengamalkan sihir, syirik, santau dan sebagainya. InsyAllah.


~selagi belum terkena, selagi itu kita akan masih tidur~

~Tegar mencintai Bunga & Sepet


1 comment:

  1. lupe ni kdg sstgh org buat jadi alasan kan.

    ReplyDelete

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...