Monday, 16 May 2011

memaafkan & melupakan itu sakit tapi indah


Memaafkan dan melupakan dua perkataan yang ringkas tapi punya makna yang sangat berat. Mudahkah kita memaafkan selepas dilukakan, disakiti, dicurangi, dikhianati atau  ditikam dari belakang? Kemudian mampukah kita melupakan semua yang jadi dengan hanya berkata ' ya, kita lupakan saja'? Boleh, begitu?

Semua orang ada kisahnya sendiri. Aku pernah ada kisah luka sendiri. Alhamdulillah, seperti kata orang putih ' time will heal it '. & sekarang ia memang sudah sembuh. Bukan sekejap ia sembuh. Lama. Musykilnya aku ialah, aku kurang pasti sama ada kesembuhan itu disebabkan oleh  balasan konsep karma yang membuatkan hati aku puas atau memang hati aku ikhlas untuk memaafkan dan melupakan. Entahlah!

Luka aku ada kaitannya dengan kawan. Tanpa kawan hidup kita sunyi. Tapi, kawan juga boleh jadi lawan hatta musuh ketat walau berkawan sudah lama. Apa rasanya bila kita disakiti kawan, dilukai kawan atau dipinggirkan oleh kawan? Rasa sakit berganda-ganda kalau kita dilupakan gara-gara kerana si kacak idaman hati yang membenci kawan si perempuan tanpa alasan. Bila cinta beraja di hati lalu,si lelaki pun gagah memerintah si perempuan supaya jangan bersama-sama si kawan perempuan.  Sang kekasih perempuan menurut saja dan terpinggirlah kawan sang kekasih perempuan. Sakit.

Cuba andaikan diri kamu yang sebelumnya digunakan dengan baiknya tapi dibuang seperti sampah  di dalam tong sampah tidak bertutup & kemudian, tong sampah tu dikerumuni oleh lalat di saat-saat kamu memerlukan kawan? Pembuang itu adalah kawan kamu sendiri. Sadisnya masa itu! Sedangkan dialah kawan makan, minum dan tidur sebantal! 

Bila dia sedih meraung kerana kekasih bajingannya itu buat hal, dia datang kepada si kawan yang selalu ditinggalkan ini. Tapi bila hati cair dipujuk, berlalulah dia sekali lagi dengan si bajingan. Kesatkah bahasa aku? Maaf. Itu gelaran untuk si lelaki bajingan kerana sikapnya begitu memualkan. Asyik mahu perempuan sahaja yang ikut katanya dan si kekasih perempuan bagai lembu dicucuk hidungnya. Keluar dengan kawan perempuannya yang ini pun menjadi kesalahan maha besar kepada si bajingan. Hei, apa kamu sudah terlalu baik untuk melarang sedemikian rupa???

Puas menasihat dan berpesan, akhirnya kawan akur. Biarkan saja dia bahagia dan doakan saja dia bahagia kalau itulah yang dia mahu. Namun, tidak begitu lama, lain pula ceritanya, ingatkan cinta sakti si kawan dan si bajingan akan bersatu di atas pelamin tapi rupanya si bajingan meninggalkan si perempuan untuk perempuan lain. Oh, kamu memang bajingan!.


Si kawan datang meluahkan kecewa. Meminta maaf kerana melupakan kawan yang ini. Tidak sampai hati bila melihat si kawan begitu. Sharing is caring. Luka si kawan  diubati dan mendokan agar dia bertemu jodoh yang lebih baik dari si bajingan. Hati yang dulu pernah sakit oleh si kawan, sembuh bila dia menghulur maaf. & berbalik kepada cerita perengan kedua aku tadi, luka itu sebenarnya heal bila si kawan tidak jadi bersama si bajingan. Normalkah perasaan aku itu atau itu lebih kepada dendam dalam hati kerana si kawan tidak berjaya bersama di bajingan maka, aku sudah boleh memaaf kesampai hatian si kawan berpaling padah dari persahabatan?


Jadi, bagaimana dengan kamu? Senangkah memaafkan dan melupakan? Pada pendapat aku, kalau orang tu minta maaf dengan kita untuk semua kesalahan yang sudah dia buat, aku boleh terimanya tapi dengan syarat dia tidak akan buat kesalahan tu selepas itu. Kalau dia maintain untuk tidak sakitkan hati lagi, insyAllah, luka itu akan sembuh. Lupa?? aku rasalah, bila aku buat entri ini dan ceritakan semula kisah ini, maknanya aku masih ingat dan tidak lupa akan benda yang sudah jadi.  Betul, tidak? 

Cuma, terpulang kepada kita  sama ada mahu gunakan ketidaklupaan kita dengan kesakitan, kelukaan dan kekecewaan hati kita yang dulu tu sebagai langkah berjaga-jaga pada masa akan datang atau tidak.

Atau aku mahu simpulkan saja seperti ini, ' maafkan semua kesalahan yang pernah orang lain lakukan kepada kamu dan lupakan kisah itu dengan mengingatinya sebagai salah satu proses kita mengenal variasi sikap manusia yang amat unik untuk ikhtibar dan panduan kita supaya lebih berhati-hati dalam kisah hidup yang seterusnya' ( Misya Mialen, 2011)
Ikhlas dari hati: Misya Mialen

No comments:

Post a Comment

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...