Sunday, 15 May 2011

~Membasuh selepas membuang~

source: Gambar sendiri
Gambar tandas? Ada botol air di bersamanya? 

Sebenarnya, aku kurang pasti kalau orang lain pun macam aku bila terjumpa dengan tandas macam ini. Tandas yang tidak ada kemudahan air paip. Tisu ada disediakan di luar bilik tandas berdekatan dengan singki tapi yang aku perlu adalah pili air di dalam tandas ni. 

Setiap kali pergi ke tempat ni dan tiba-tiba mahu melepas walau hanya ai kecil, u have to buy a mineral water. Huh! Ini bukan pasal sayangkan duit untuk beli air mineral dulu tapi, yang buat aku rasa kecewa bila tidak ada kemudahan pili air. Okay, as a muslim, kita boleh beristinjak tapi itu pun kalau tidak ada air setelah diusahakan dan boleh diganti dengan benda-benda yang permukaannya kesat.

Persoalannya, pili air ada di luar bilik tandas tapi gayung tidak ada disediakan jadi, do you have tu basahkan tisu then wash ur own?? itu sahajalah option yang ada kalau orang tu baru pertama kali masuk di dalam tandas tu dan dia memang tidak dapat bertahan lagi. Atau, keluar sekejap macam yang aku buat, berlari-lari mencari air mineral kemudian masuk lagi untuk melepaskan hajat?

Kesimpulannya, aku berharap sangat supaya ada pihak yang prihatin dengan benda macam ini. Buat shopping complex bukan main gah tapi kemudahan pili air di dalam tandas pun tidak ada. Kalau ada water yang automatik came out tu tidak apa tapi yang ini tidak ada lansung. Atau sebenarnya kita mahu dibiasakan dengan tidak membasuh selepas membuang??

p/s kecewa.

No comments:

Post a Comment

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...