Tuesday, 10 May 2011

penyatuan dua hati: 1+1=3 ???

Kita selalu dimomokkan dengan kata ' jangan berputus asa, cuba lagi, kalau ada rezeki, adalah tu ' dan macam-macam kata yang diharapkan dapat meredakan rasa di dalam hati. Bagi yang boleh memahami setiap bait kata tu, dapatlah dia menerimanya dengan hati yang tenang atau setidak-tidaknya hanya senyum di bibir. Itu sudah memadai kan? Tapi, bagaimana dengan mereka yang tidak dapat menerima kata itu dengan hati yang terbuka, masih berdegil untuk menganggap memang itu takdirnya.

Perjalanan hidup itu sukar. Tidak semudah kita meneguk air malah, kalau sakit kerongkong, minum air mesti susah kan?. Ya,begitulah cerita hidup. Bukan semudah mengeja ABC tapi gagal untuk mengenal apa itu ABC atau  bukan sekacang mengira 123 tapi gagal untuk mengenal yang mana 123. Rutin kita setiap hari nampak seperti membosankan bila kita gagal untuk mengambil setiap ikthibar darinya.

Esok genap dua bulan aku bergelar isteri. Peralihan dari zaman seorang kepada penyatuan dua hati dan perkongsian hidup yang memang jauh berbeza. Dulu, kalau beli barang, beli untuk seorang tapi sekarang, kalau beli barang mesti beli dua sekali.  Hari tu, Beli pewangi kereta satu untuk aku, satu untuk suami. Beli tuala mandi baru, mesti ada juga untuk suami. Dulu, kalau makan, main masuk mulut ja, sekarang, kena sediakan  nasi untuk suami dan tuangkan air untuk dia, barulah boleh makan. Oh, orang cakap ' nanti lepas sudah ada anak, tidak dapatlah buat macam tu lagi '. Senyum. Tidak mahu komen. Setiap kita ada cerita sendiri, kan?

Aku senyum masa taip entri ini. Uniknya perkongsian hidup. Indah. Dalam hati, aku cuba untuk mengabaikan kata mereka ' kahwin mula2 memanglah best, tapi tunggu lepas  2-3 tahun adalah yang tidak best.'. Abaikan. Sebab, aku tidak mahu jadi negatif. Kita berusaha untuk jadi positif. Tentang itu, kita bicarakan kemudian. Kita nikmati saja yang ada sekarang. Mudah-mudahan Allah selalu permudahkan segala urusan, berikan kekuatan untuk kita lalui hidup. "Just follow the flow".

Lumrahnya, soalan ' sudah berisi ke belum ' memang sudah lali didengar oleh mereka2 yang baru berkahwin mahupun sudah lama kahwin.  Dulu, masa belum kahwin, orang asyik tanya ' bila mau kahwin ?'. hahaha. Macam magik kan? lepas satu, satu yang akan timbul. Kesinambungan hidup memang begitu. Ada putarannya. Sejauh manapun kita mahu lari, kita pasti akan terpusing di situ juga. Nanti kalau sudah ada anak, orang akan tanya 'Bila lagi  mau tambah?'.  Senyum lagi.

Dipendekkan cerita, sebenarnya, aku  mau ucapkan terima kasih untuk semua yang selalu mendoakan untuk aku dan suami dimurahkan rezeki dapat ' da new born '. Teruskanlah mendoakan kami. InsyAllah, Kalau Tuhan cakap 'Kun Fayakun' adalah rezeki kami. Kalau belum ada, usaha lagi kan?.  Orang cakap ' usaha tangga kejayaan '. (senyum). Untuk kawan-kawan yang juga sedang 'berusaha' untuk dapat ' da new born' especially nining, haliza, asuy & Salzana. Good luck bebeh ! Jangan putus asa. dan untuk yang belum bergelar isteri terutamanya untuk abeng, ninah, dewi dan kak sumarni: moga-moga jodoh kamu dipercepatkan dan sama2 kita 'berusaha' untuk dapat  'da new born'. hihi

Kata akhir, kata-kata merupakan satu doa. berkatalah yang baik-baik saja.

No comments:

Post a Comment

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...