Saturday, 21 May 2011

~Tips memenangi hati wanita~

Pandang skrin laptop, berpinar-pinar rasanya. Berpusing tidak sudah. Pejam mata sambil bermonolog sendiri. Kenapa pening? Kalau ada kawan di sisi sekarang ni dan aku bertanya ' kenapa aku rasa lain semacam dan pening ni? ' aku gerenti, si kawan akan jawab,' haaa..mengandung la tu '. mmm. dominannya begitu. Kalau la masin bagai dikata. Aku akan jawab dengan 'AMIN'. & berapa ramai yang membaca entri ini maka, sebanyak itu jugalah yang secara automatiknya akan mendoakan aku hamil. Ya, kata-kata itu merupakan satu doa. 

Berhenti sekejap menaip di keyboard. Tarik nafas tapi tersekat-sekat. Bukan seperti mahu mati tapi tiba-tiba selesema. Pening dan selesema gandingan rasa yang kurang menyenangkan. Kalaulah ada dia di sisi sudah tentu sakit tu bertambah-tambah sebab sengaja minta perhatian lebih. hahaha. Memang suka begitu, bukan? Jangan tipu. Tapi bila dia jauh, aku belajar untuk berdikari. Sakit pun buat tidak sakit. Kalau dilayan dan sakit makin kronik, aku akan menggangap aku akan buat dia susah hati. Kesian dia.

Baiklah. Kita maju ke perengan seterusnya. Bercakap tentang minta perhatian. Jujurnya, aku rasa ramai yang sukakan perhatian lebih dari orang lain atau paling common pun dari someone special yang dipanggil suami. As a women, kita dijadikan dari tulang rusuk adam yang selalu mahu disayangi, kan? dan ini a part of how to make ur women get a special attention from u. okay, here we go:
google

Bersalam: Perkataan yang ringkas tapi bagi aku ada maksud yang sangat mendalam. Bila kamu sampai di rumah, bersalamlah dengan ur wife. Selalunya, isteri yang salam dulu kan, jadi selepas dia salam, beri sedikit kucupan di dahinya. Sikit saja & jangan lebih-lebih. Kalau lebih pun, biar semuanya sudah sedia. Aku harap kamu faham. Bila bersalam, tapak tangan kamu akan bersentuhan dan bila kedua-duanya bersentuhan maka, ada  aliran nikmat di situ. Masih ingat tidak kalau aku cakap, air wudhuk akan terbatal sekiranya tapak tangan tersentuh kemaluan tapi ia tidak terbatal sekiranya tersentuh dengan belakang tapak tangan. Lihat, bagaimana sentuhan tapak tangan itu begitu bererti. Oleh itu, jangan pernah lupa untuk bersalam untuk memupuk perasaan sayang dalam hubungan kamu dan isteri kamu pasti akan tersenyum selepas kamu mencium dahinya. 


Bertanya: Senang saja. Bertanyalah tentang perkara yang telah dia lakukan seharian. Biarkan dia bercerita. Kalau dia ketawa, ketawalah bersama-sama walaupun kamu tidak faham kenapa dia ketawa. Dengar dengan penuh rasa empati. Tunjukkan riak muka yang terkejut atau dahi berkerut bila dia kata dia marah dan geram. Bertanyalah seterusnya  kenapa. Pandang matanya. Anggukkan kepala tanda kamu faham apa yang dia ceritakan. Selepas dia bercerita, beri komen atau pendapat. Ceritakan pula tentang kamu. Apa saja. Kongsikan dengan dia. Biar dia mendengar. & paling penting, berjenakalah ketika bercerita. Perempuan suka ketawa jadi, buatlah lawak. Jangan serius sangat. Nabi Muhammad adalah contoh yang paling dekat sebagai suami yang sangat pandai bergurau-senda dengan isteri-isteri baginda. 
google


Jangan menyalahkan: Kalau tiba-tiba isteri buat salah, jangan pernah kata ' tu lah, saya sudah cakap tadi, jangan itu..jangan ini '. Itu buat perempuan terasa. Kalau dia tidak tunjuk tapi dalam hati dia kecil hati. Perempuan selalu ingin dilindungi. Jadi, kalau dia buat salah, beri masa untuk dia buat penjelasan, luahkan rasa hati dan barulah kamu buat teguran. Teguran yang membina bukan teguran yang buat dia rasa dialah paling bodoh dan tidak boleh harap. Perempuan walau sekeras manapun tapi, kalau diberi teguran secara baik pasti dia akan ingat juga teguran tu terutamanya bila dia sudah bersendirian.

Minta maaf: Sikap suka meminta maaf paling sukar dibuat oleh kebanyakkan orang. Jangan marah kalau aku cakap, lelaki dominan tentang perkara ini. Sebab lelaki mahu jaga ego. Dulu, bekas cikgu aku pernah tanya soalan 'siapa rasa diri dia ego, sila angkat tangan'. Masa tu dalam kelas. Ada beberapa orang saja yang angkat tangan. & Ramai yang tidak angkat tangan. Lepas tu cikgu aku buat konklusi 'siapa yang tidak angkat tangan tu, dialah orang paling ego'. Damn, aku pun terkena. hahaha. Selalunya orang ego tidak akan mengaku dia ego. Jadi, ringan-ringankanlah diri kamu untuk minta maaf kalau kamu buat silap. Misalnya: kamu lupa untuk membelikan ikan sardine yang dia kirim. Oh, itu perkara kecil kan? Hei, kadang-kadang perkara remeh seperti inilah yang akan perempuan ingat. Lepas kamu minta maaf pastikan kamu tidak lupa beli lain kali.
google

Pujian: Mari buat post-mortem, berapa ramai perempuan yang tidak suka dipuji? angkat tangan. Ok cuba kamu puji seperti ini ; eh, lawanya baju hari ini. Gerenti, dia akan senyum ceria dan akan ingat pujian kamu sampai bila-bila then, dia akan selalu pakai baju yang kamu puji cantik tu selalu. Percayalah.;D. Jangan lokek dengan pujian. Kamu tidak akan rugi apa-apa kalau puji masakan dia sedap atau air nescafe yang dia buat untuk kamu itu sedap macam ini 'halus' ( sila ingat iklan nescafe harith iskandar ). Kalau tidak sedap, tegurlah dengan baik secara bergurau. Misalnya kalau makanan itu termasin. Cubalah cakap macam ni 'eh, awak masak masin sangat ni, mau kahwin lagi ke? kalau macam ni, tak merasalah saya makanan awak yang sedap selalu'.  hahaha. 

Hadiah / pemberian: Anggap saja sebagai pemberian bukan hadiah. Kalau hadiah, orang selalu ingat benda yang mahal2. Selalulah memberi walau pemberian kecil. Misalnya berikan dia sebungkus coklat dan makanlah bersama-sama. Dia akan rasa dihargai lebih-lebih lagi kalau pemberian kamu itu, benda / barang yang dia sukai. Ingat tarikh-tarikh bersejarah kamu dan dia. Jangan lupa beri ucapan setiap kali hari itu tiba. Selalunya orang anggap benda ni remeh tapi tidak bagi perempuan. Bila bersama perempuan, lelaki selalu mengandaikan untuk membuat perkara-perkara yang besar barulah hati wanita terpikat tapi sebenarnya dengan membuat perkara kecil untuk membantunya sudah buat wanita terasa diambil berat oleh kamu. Kalau kamu berhajat memberikan dia pemberian yang tinggi nilainya, itu bonus untuk dia. Aku bukan bercerita tentang materialistik tapi ini sebagai guidance saja. Kalau tidak mahu bagi, cukuplah kalau sekali-sekala kamu buatkan minuman untuk dia, atau jemur baju yang dibasuhnya atau paling tidak pun kemaskan bilik tidur tanpa menunggu dia.
google

Bertanya khabar: Khas untuk yang Percintaan Jarak Jauh (PJJ).  Selalulah bertanya khabar. Bukan bererti kamu kena telefon atau SMS 24 jam. Tapi, hubungilah dia untuk kamu bertanya sudah makan kah belum sebagai tanda kamu mengambil berat. Kalau ada miskol dari dia, tolong hubungi dia semula secepat mungkin. Jangan biar dia menunggu. Perempuan tahap imaginasinya tinggi. Boleh saja dia berfikir macam-macam. Pastikan kamu update lokasi kamu supaya dia tahu kedudukan koordinat kamu. hahaha. Maksud aku, supaya perempuan atau isteri kamu tahu yang dia penting dalam hidup kamu. Seorang isteri tidak boleh ke mana-mana tanpa izin suami, kan? so, apa salahnya kalau isteri ambil tahu apa dan dengan siapa suami berdamping. PJJ banyak cabarannya. Jadi, selalu bertanya khabar amat penting selain kejujuran dan kesetiaan dari kamu.

Peluk: Rasanya ramai yang pernah dengar kata-kata dari Datuk Dr. Fadzilah Kamsah ini : Seorang suami yang memeluk isterinya sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan dipanjangkan umurnya 5 tahun. Beliau tambah lagi ada kajian di Amerika Syarikat mendapati pelukan suami akan dapat mengurangkan tahap kolestrol dan meningkatkan kesihatan isteri. Jadi, selalulah memeluk isteri kamu. Apatah lagi selepas kamu 'bersama'. Jangan terus tidur dan tidak pedulikan isteri. Pelukan tanpa tujuan mahu 'bersama' itu akan dapat beri isteri kamu rasa dia disayangi dan dilindungi selalu. Bila dia rasa dia disayangi dan dikasihi selalu maka, dia akan menyayangi kamu tanpa sempadan. Sebab tu la mungkin, bila suami pergi dulu dari isteri, isteri mengambil masa yang lama untuk kahwin semula atau tidak kahwin langsung. 

Alamak, terlebih susah. entri aku kali ini panjang berjela. aku ambil masa selama 3 jam untuk mengarang isi. Memerah otak dan mengimbas semula pengalaman. Terima kasih untuk suami yang beri pengalaman terindah hingga aku boleh buat entri ini. 

p/s tips kebanyakkan untuk suami isteri. dan bagi yang belum ada 'rumah' dan 'tangga', boleh guna kemudian.;D 


No comments:

Post a Comment

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...