Wednesday, 18 May 2011

~Tolong, aku bukan ALONG~

Duit. Orang cakap, kalau tidak ada duit, hidup tidak bahagia, tapi kalau ada duit tapi kasih sayang kurang pun ada orang bilang tidak bahagia juga. Jadi, mana yang lebih bagus, ada duit tapi tidak ada kasih sayang atau tidak ada kasih sayang tapi melimpah ruah dengan duit?mmm....

Jarang orang mau buka cerita pasal duit. Sebabnya, cerita duit ni dianggap sensitif oleh kebanyakan orang.  Kecuali orang yang memang berduit. Orang yang banyak duit, tidak akan ada masalah untuk dapatkan apa saja yang dia mau.
prada google

Mintalah:  beg Gucci, Prada, Hermes,Jimmy Choo, Golce & Gabbana, Mark Jacob etc, set mekap Mac, Lancome, Shu Uemura, Dior etc, Kasut tinggi Cristion Louboutin, Jimmy Choo, Louis Vuitton, DnG, dan Manolo Blahnik atau lain-lain jenama mewah yang aku pun kurang arif. 
lancome google

 Almaklumlah, aku adalah golongan yang menggunakan jenama elianto, maybeline, silky girl, in2it dan avon, malah penunggu setia sales untuk beli kasut yang murah-murah.hahaha. Jadi, aku memang agak kolot pasal benda tu semua. 
lamborghini google

Tambah lagi, kalau orang berduit tu pakai kereta Mercedes, Nissan Fairlady, Lamborghini, Porsche, Hummer atau Ferrari atau apa2 pun jenama kereta mewah kita mampu tengok dan teguk air liur saja! Tapi mereka yang berduit mampu dan mampu. Senang cerita.

Okay, aku bagi satu situasi, katalah ada hamba Allah yang menebalkan mukanya untuk meminjam duit kamu. Pada masa yang sama pula, hutangnya yang setahun lalu masih belum dilangsaikan lagi. Kamu ada duit tapi kamu pula ada keperluan yang lagi penting untuk guna duit yang kamu tu. Apa tindakan kamu? sudikah kamu meminjamkannya duit lagi sedangkan hutang lamanya belum berbayar dan  pada masa yang sama, kamu pula memang memerlukan duit itu juga?

Bagi pendapat aku, kalaulah aku dalam situasi ini, aku tidak akan meminjamkan duit tu untuk orang tu lagi. Sebab utama, aku juga perlukan duit itu untuk keperluan sendiri. Tapi, lepas aku bagi idea macam ini, aku terfikir, memberikan pertolongan kepada orang yang memerlukan adalah sangat dituntut. Aduh! kalau aku bagi pinjam, bagaimana pula dengan aku lepas tu ah? oh. Aku mahu fikir macam ini saja: InsyAllah, mudah-mudahan rezeki dimurahkan walaupun sebenarnya kita kesempitan.

Buntu.
google: ini bukan aku.;D

Ada pendapat lain?

p/s  situasi bukan rekaan semata-mata.

No comments:

Post a Comment

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...