Wednesday, 4 May 2011

~Tunjuk ajar pada yang keliru~

Tercabar rasanya diri bila adik meluah dengan ikhlas tentang masalahnya. Katanya ' cikgunya kurang penerangan, hanya menyuruh untuk membuat latihan dan nota dan yang paling menyentuh hati bila dia kata: cikgu tu tidak tegas, murid bising bukannya dia tegur atau marah, dia biarkan sahaja'. mmm.. itu boleh ku anggap luahan iklas. Budak mana mungkin menipu. Betul tidak?

Fikiran agak terganggu, emosi pun kurang stabil bila dengan lancarnya dia menyebut satu persatu kelemahan cikgunya sendiri. Apa yang perlu aku buat? hentak kepala di dinding, sembunyi muka di bawah meja atau pecahkan saja gelasnnya biar hancur?? oh, perlu serius sedikit. Ini bukan kata kosong. Ada isi yang ingin disampaikan. Telus. Dari hati kecil. Lubuk hati yang paling dalam aku rasa.

Cikgu dengan penerangan

Sejak dari tadika hinggallah zaman Universiti dan Maktab, aku amat berminat dengan cikgu-cikgu atau pensyarah yang suka bercakap. Sebab bila dia suka bercakap, aku pasti, dia akan dapat menerangkan setiap perkara dengan tepat, bersesuaian dengan tahap penaakulan dan dapat bericontoh yang paling mudah untuk difahami. Jadi, aku  rasa sangat disspointed bila tidak ada penerangan yang cukup oleh cikgu tentang sesuatu topik untuk si adik dan kawan-kawannya. Cikgu dan penerangan adalah umpama isi dan kuku, kacang dan kulit. Mana mungkin boleh dapat sagu kalau ruyungnya tidak dipecahkan sama dengan macamana murid faham kalau tidak ada penerangan dan contoh dari guru dan perbincangan dengan murid?

Cikgu dan latihan dan nota

3 benda ini pun memang saling memerlukan antara satu sama lain. Latihan dan nota. Tapi kalau asyik diberi latihan tapi tidak ada perbincangan, teknik ini masih juga tidak dapat berfungsi dengan baik. Nota pula memang mesti dibuat untuk menyenangkan diri memahami topik. Dulu, aku suka buat nota guna kertas dan pen berwarna-warni. Bila baca, rasa happy dan best jak. Tapi, kesiannya dengan si adik, bosan buat latihan sebab cikgu tidak bagi respon dan asyik buat nota tapi tanpa penerangan. Ahh!! kenapa tidak ada respond untuk latihan  dan nota murid?

Cikgu dan ketegasan

Selain membantu dalam akademik, guru bertanggungjawab membentuk akhlak yang baik untuk murid. Aku berfikir, mungkin cikgu tu guna teknik reverse phsycology sebab tu dia biarkan murid bising. Tapi kalau tiap2 hari dibiarkan, bagaimana? pijak kepala la budak! Dalam diri cikgu, penting ada ketegasan. Dalam ketegasan ada kelembutan. Dalam kelembutan ada keikhlasan untuk membentuk murid-murid ini menjadi baik. Ada yang nakal. Tapi mereka juga manusia biasa. Masih boleh dibentuk. Cuma, kena gaya dan cara.

Kesimpulannya di sini. Cikgu dan penerangan itu penting. Cikgu dan nota serta latihan itu perlu. Cikgu dan ketegasan itu juga amat diperlukan. Kalau si adik yang bakal menduduki PMR itu boleh meluahkan perasaan dengan telus begini, bagaimana pula dengan anak muridku yang mana masih ada yang belum bersunat? Hatta, masih ada yang buang air besar di dalam seluar. Oh, ini memang gila. Bukan cinta gila, ya!

Moga-moga saja aku mampu untuk memberi yang terbaik. Menerangkan sehingga mereka  benar-benar faham. Memberikan contoh yang paling mudah untuk mereka fahami atau sama seperti pengalaman yang mereka sedia ada.

Dalam hati, mahu saja terbang balik ke rumah, duduk depan adik, menerangkan setiap topik yang dia tidak fahami. PMR semakin dekat. Aku pula semakin runsing. Aku mahu dia berjaya. Tapi bila mengenangkan, aku di sini, dan kerana kerjaya aku jauh darinya dan setiap kali itulah, aku rasa aku tidak sanggup jauh dari mereka. Nasiblah badan... jauh dari suami..jauh dari keluarga...

~ Selagi bergelar cikgu, selagi itu jangan pernah bosan untuk menerangkan dan memberikan contoh~
~Tunjuk mereka jalan keluar dan jangan biar mereka keliru~
~Tegar mencintai Bunga & sepet~

1 comment:

  1. huhuhu. kene la anggap anak murid mcm adek sdiri kan. baru bersemangat nak explen satu satu topik. ;)

    ReplyDelete

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...