Tuesday, 24 May 2011

~u never know how stong u r, until being strong is da only choice u have~


google

Im a Sabahan.  Im a Sabahan Blogger. Aku anak jati Sabah yang merantau di bumi Kenyalang. Selalunya, orang akan tanya aku begini:
Kamu memang minta posting sini (Sarawak)?
Jawapan aku: Tidak, bukan, nehi, nehi nehi.
Masa isi borang posting tu, aku memang tulis tempat pilihan posting adalah di Sabah atau lebih jelas lagi, aku tulis Kota Belud, tanah kelahiran aku. Tapi, nasib tidak menyebelahi aku dan kawan-kawan yang sama bach, kami dapat unexpected result. Kami ingatkan bach kami akan di posting  di Sabah since bach before  kami untuk KPLI dipostingkan di Sarawak. Then, bila keputusan keluar, ramai yang menangis, marah, geram dan tidak puas hati termasuklah aku sendiri.
Result aku tu, suami yang check. Jadi, macam masam-masam manis rasanya. Yang baiknya, aku sudah dapat posting dan kerja tetap lepas itu. Tapi yang tidak baiknya ialah aku jauh dari keluarga, tunang ( masa tu belum kahwin lagi) dan kawan-kawan. Its damn hard! Mata bengkak menangis non-stop sebab tidak sanggup jauh dari orang-orang tersayang. Aku hanya ada masa 3 hari yang sebelum berhijrah ke Kuching. Susahnya untuk bersikap positif dan sukarnya untuk terima yang everything happens for a reason.
google: Im watching the  new world

Antara mahu atau tidak, antara rela atau tidak akhirnya., aku pergi juga ke Kuching for my first posting as a teacher. Macam lagu ‘Separuh jiwaku pergi’ nyanyian Anang, macam tu jugalah rasa aku masa aku tinggalkan Sabah. Sedihnya bukan aku seorang saja malah ada puluhan kawan-kawan aku yang lain. Ada yang dapat Sibu, Miri, Bintulu dan Betong.
Ramai yang cakap, lucky me sebab dapat Kuching. Semua facilities ada dan senang untuk access lebih-lebih lagi dekat dengan airport. Yang lain tu, ada kena hantar di pedalaman, naik bot, naik kereta berjam-jam lamanya barulah sampai di destinasi. Poor them.


google: aku suka gila dengan phrase ni.;D

Masuk tahun ke-2, aku masih di sini. Semakin tabah,  semakin  banyak tahu tempat menarik, semakin faham cakap kuching, tapi aku semakin kuat nangis (oh, ni sejak dua bulan ni maka, adakah aku masih boleh dikategori sebagai tabah?). Aku ada di sini sebab adanya sistem integrasi nasional yang mahukan perkongsian dan penyebaran ilmu antara pendidik menjadi lebih kreatif.  Dan salah satu sebab yang paling common ialah kalau mahu jadi cikgu, kena rela diposting ke mana saja walau tempat tu dalam hutan atau di tengah pulau. Terima saja seadanya.
Esok, keputusan perpindahan antara negeri akan keluar. Untuk kawan-kawan aku yang ada isi, harap-harap kamu dapat berita baik. Kalau gagal, terima saja seadanya. Cuba lagi hujung tahun nanti. Aku tidak isi pun borang tu. Tapi sekarang, nyesal tidak sudah. Aku mahu pindah juga. Mahu dekat dengan suami, dekat dengan keluarga. Tapi, adalah mustahil untuk dapat kedua-duanya. Dalam hidup, mesti ada kos melepas kan? jadi, aku pun putih mata.

p/s hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, bagus lagi di negeri sendiri. oh!! aku mahu balik Sabah.

3 comments:

  1. huhu cikgu punya result mo keluar suda..kami punya belum proses lagi muahahahahaha....Kita org merantau memang kena tabah (atau buat2 tabah)

    ReplyDelete
  2. Tabah. Mungkin ada hikmah yg lbih besar. Kakak saya pun jauh dr suami n pregnant anak 1st lagi tu. Skrg husband dia tgh brusaha cari kerja yg dkt sama dia, so kira nya husband nya lah yg pindah nanti

    ReplyDelete
  3. hidayah:kak, yg x thn tu sbb aku tinggal satu org.huwaaaa

    cinoi:pity her...ngamla tu klu suami dia dpt pindah..klu cikgu susah sikit..yg diutamakan isteri ikut suami bukan suami ikut isteri..huhu.klu dpt pun suami ikut isteri kira rezeki murah sdh.

    ReplyDelete

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...