Thursday, 23 June 2011

Aura dan personaliti si merah jambu

Kerajinan berganda-ganda. Bosan tengok background. Lalu bertukar la coraknya tapi masih jenis yang sama ;D


Ni background yang lama

Background yang baru & inilah background untuk blog lama aku dulu, sekarang guna pula untuk blog baru ni;D
Dan satu yang paling penting, warna pink tu masih ada. Haih, aku pun confius juga, kenapa warna pink  putih ni juga masih jadi background blog aku.


Sebenarnya, setiap warna yang selalu kita guna ada auranya sendiri dan aura ni akan mempengaruhi emosi kita. Menurut lin comel (klik nama):

Merah jambu adalah warna kasih-sayang dan warna kesucian. Ia mempengaruhi keceriaan dan semangat setiakawan. Bila melihat dalam aura, ia menunjukkan kesunyiaan, kasih-sayang dan kecantikan. Warna merah jambu menunjukkan seseorang itu tidak matang,terutama warna merah jambu yang agak keruh. Ia juga menunjukkan seorang yang amat amanah, juga seorang yang mempunyai rasa kasih-sayang dan juga seorang yang berwawasan.

Naaa...itu dia aura warna pink ni. Aku setuju bila warna pink dikaitkan dengan:

kasih sayang dan warna kesucian. Kenapa? alasan aku: Selalunya parents akan belikan baby mereka baju warna pink untuk girl dan blue untuk boy. Ada tanda kasih sayang di situ tapi, pendapat aku: bukan bererti warna lain tidak melambangkan kasih sayang dan kesucian tapi aura pink ni lebih menonjol dari warna lain.

Setiakawan: Aku setuju juga. Orang yang cenderung kepada warna pink ni memang ada aura setiakawan. Ya lah, dia kan penuh kasih sayang.;D

Kesunyian dan kecantikan: Yes, aku akun. Aku sunyi di sini. Tiada suami, tiada family. Ada kawan sekerja tapi semua ada keluarga dan komitmen sendiri. Pink : kecantikan. Okay, kalau bibir atau pipi warna pink, mesti comel, kan? oh, ada manis di situ;D

Tidak matang: hahaha. Aku tengok warna ni sampai mata mahu masuk dalam lappy. Pudarkah warna pink ini? Kalau pudar, wah, aku tidak matang? ini pengakuan: adakalanya, aku rasa ,aku matang, tapi, adakalanya aku rasa aku masih belum matang walau sudah 29 tahun. Buktinya: Gaduh benda kecil pun boleh jadi besar oleh aku. Nasib suami aku tu penyabar.;D

Amanah dan berwawasan: Kalau dapat amanah, ya, itu harus disimpan. Biar pecah perut, jangan pecah dimulut. Atau buat saja kerja yang disuruh walau dalam hati menyumpah-yumpah tidak puas hati. Berwawasan? Aku sudah buat matlamat hidup aku sejak umur aku 14 tahun. Mungkin, pemangkin dari suka ikut Seminar motivasi yang dianjurkan di sekolah. Setiap kali ada ceramah, matlamat hidup pasti jadi tajuk utama sebab kalau melentur buluh, biar dari rebungnya. 


Kalau dari kecil kita sudah dibiasakan dengan tajuk begini, walau masa tu, kita masih belum faham kenapa penceramah asyik cerita pasal matlamat hidup tapi, bila sudah dewasa, barulah sedar, oh, ini pula maksud matlamat hidup. Awas, kalau kamu tidak ada matlamat hidup, apa wawasan yang kamu mahu capai sebelum nafas kamu diberhentikan nadinya?

Nota: Perhatikan warna yang kamu pakai sehari-hari, mungkin bila kamu pakai warna hitam, aura kamu lebih kepada seseorang yang punya rahsia.;D

Aku suka warna-warna begini;D

3 comments:

  1. klise bila sy cakap pink itu jambu, pink itu jiwang... tapi dalam hati nie memang warna tue tidak akan kena dengan lelaki sampai bila2... maksudnya lelaki tidak minat la kak, bukan inda pakai terus.. saya pun ada baju pink.. pinky in the brain gitu... <<--- lari tajuk..

    Tp pink memang sesuai denagn kasih sayang.. perempuan lebih sesuai.. antara warna kegemaran nabi besar kita kan.. warna bibir yang asli.. perghhhh..

    bukan apa memang suka tengok aweks pakai pink.. terus menyerlah kulit, yang gelap ckit jadi manis..

    mcm buat N3 plak sini.. jujur berminat utk komen N3 kakak malam nih.. selama nie jd silent reader jak..

    ReplyDelete
  2. sy juga ada matlamat.. TQ mengingatkan.. hahaha sebab selalu lupa bila ada benda lain dibuat dulu..

    nite kakak santek..

    ReplyDelete
  3. Saya pun suka warna pink. Pink pon rock apa. Hehe. Banyak gila my stuff in pink colour.

    ReplyDelete

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...