Sunday, 19 June 2011

Ayah, jasamu tetap abadi dihati



Berulang kali aku cuba tahan perasaan aku untuk buat entri pasal Hari Bapa hari ni. Tiap kali aku mahu taip, tiap kali itu juga la, aku delete dan taip lagi. Tapi, bila nampak Segmen Bro Ben Ashari ni, aku cuba untuk teruskan niat buat entri khas untuk orang yang bertanggungjawab bawa aku untuk rasa hidup di dunia ni. Aku beranggapan, harap-harap lepas aku buat entri ni, perasaan aku tu lega dan tenang.

Dia, aku panggil bapa. Aku memang sudah tahu, hari ni memang sambutan hari bapa. Masa sambutan hari Ibu, aku pun ada buat entri khas kasih ibu untuk mama aku. Jadi, rasa tidak adil, kalau aku tidak buat untuk bapa sebab peranan dia pun tidak kurangnya hebatnya didik aku sampai aku besar dan sudah jadi isteri orang.

Aku selalu dapat jolokan anak bapa. Muka aku lebih kurang macam bapa. Chinesse look orang bilang. Dan selalunya, kalau anak perempuan, dia akan lebih cenderung akan ikut rupa bapa, kan? so, memang aku anak bapa. Bapa pernah cerita, masa kecil, dia pun turut jaga, mandikan, tidurkan aku macam mama buat kecuali menyusukan aku lah. hahaha. oh, minta maaf Bro, entri ni terpaksa aku buat secara santai supaya aku boleh teruskan penulisan hingga titik terakhir.;D

Bila dilihat jari jemari kami adik beradik, jari aku agak runcing berbanding dengan adik beradik yang lain. Sebabnya, kata bapa, dulu, dia selalu urut jari aku lepas saja mandi atau dipakaikan losyen. Mungkin masa tu, aku anak sulong jadi perhatian lebih untuk aku. Ya,lucky me.;D 

Aku membesar dengan didikan bapa yang agak tegas. Aku masih ingat lagi, bapa ajar aku mengaji di rumah tiap-tiap malam tanpa jemu. Pernah satu masa, aku tidak tahan untuk buang air kecil tapi, bapa tetap mahukan aku baca ayat tu sampai betul. Masa tu, bila tidak boleh tahan lagi, aku nangis tersedu-sedu sebab pertama: suara bapa sudah tinggi sebab berulangkali dia sebut, aku masih sebut salah dan kedua: aku takut aku terkucil dalam seluar dan bapa tambah marah dengan aku. Dia memang tegas didik aku dari kecil lebih-lebih lagi kalau bab macam ni. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya aku sudah kenal huruf Alif, Ba, Ta sebelum masuk tadika.

Pelajaran aku pun selalu di sportchek oleh bapa. Selalunya, bila dia balik dari kerja atau hujung minggu, dia akan check buku latihan aku. Check tulisan aku sama ada terlalu kecil, besar, boleh dibaca atau bikin pening kepala cikgu saja. Dari situ, aku berhati-hati setiap kali menulis. Biarlah aku tulis = tidak puas hati = koyak atau padam, asalkan tulisan aku tu kemas. Dan, Alhamdulillah, dorongan dari bapa untuk pastikan tulisan aku tu jelas dan dapat dibaca jadikan aku selalu dipuji oleh cikgu masa di sekolah dulu.;D. Kata cikgu: tulisan aku kemas dan bila ada komen: ' Tulisan anda kemas dan cantik' di dalam buku latihan aku, setiap kali itu jugalah aku bagi bapa tengok dan dia senyum senang hati.;D

Setiap kali kalau aku dapat keputusan yang baik dalam exam masa sekolah dulu, pasti ada hadiah istimewa untuk aku.  Hadiah pertama bapa untuk aku: Jam tangan: Hadiah bila aku dapat No:1 dalam kelas. Almaklumlah, kanak-kanak macam seumur aku, mesti hati berbunga-bunga bila dapat hadiah. Kamu pun mesti ada dapat hadiah dari bapa kamu setiap kali dapat markah tinggi dalam exam, kan? Selalunya, cara untuk dorong anak belajar rajin-rajin adalah dengan pemberian 'HADIAH' dan cara itu berkesan sepanjang pembelajaran aku. Walau hadiah tu kecil misalnya: dapat baju cantik ala cinderella pun sudah bikin hati berbunga ros.;D

Di sebalik sikap yang sporting bapa, aku pernah juga di tegur sampai aku merajuk berhari-hari tidak tegur bapa. Biasalah kalau kita sudah biasa dimanjakan then, bila dimarah, kita akan marah juga. Jiwa kacau masa zaman remaja dulu. Puncanya, bapa tegur aku sebab aku tidak pakai tudung sedangkan masa tu aku sudah 16 tahun. Ya, aku pakai tudung tapi, on, off. Belum konsisten lagi. Rambut aku pula panjang mengurai maka, aku selalu huraikan rambut aku tu tiap kali keluar rumah. Then, bila bapa tegur aku dengan kata bisa: 'kau sudah besar, tapi, masih juga tayang rambut, bapa malu tengok kau macam ni'. Macam bunyi petir menyambar-yambar bila bapa cakap begitu depan aku.

Berhari-hari aku merajuk. Tidak tegur bapa. Kalau dia ada di rumah, aku masuk bilik. Pura-pura tidur tapi dia masih juga tegur aku macam biasa. Oh, kalau dikenang semula, begitulah rontaan jiwa remaja. Asyik diingat diri sendiri yang betul. Lama juga aku merajuk. Last-last, hati aku cair juga bila bapa terus tegur aku macam biasa seperti tiada apa yang berlaku malah siap bergurau lagi.;D. Dan, selepas dia tegur aku, aku berubah, konsisten bertudung sampailah sekarang. Terima kasih, bapa.

Satu perkara yang buat aku sangat hargai bapa ialah, bila bapa tahu aku pernah kecewa dulu, dia selalu bagi aku semangat untuk tidak terlalu obses dengan kekecewaan. Bapa kata: 'Ada hikmah kenapa aku tidak terus dengan orang tu. Mungkin kalau aku terus bersama dia, ada perkara yang tidak akan berlaku antara kami. Sebab tu lah, Tuhan pisahkan kami'. Kata-kata dia jugalah yang buat aku terus positif dan kuat hadapi hari yang mendatang.

Minta maaf banyak-banyak bro. Sebab Karangan ini jadi terlalu panjang. Kalau dicerita memang panjang lagi ceritanya tentang bapa. Aku rapat dengan bapa sebenarnya. Jadi, bila ada teguran dia menyinggung aku mulalah aku naik minyak. Tapi bila sudah okay, kemesraan kami pun akan bikin mama jeles. Buktinya: dulu, aku tinggal di asrama dan bila balik dari asrama, aku dan bapa bercerita sampai larut malam, then mama yang sudah tidur akan selalu terjaga bila dengar kami anak beranak ketawa terkeheh-keheh. Mama kata: Tidurlah, esok pagi boleh cerita ( kami akan terus ketawa;D)

Pengorbanan bapa sudah banyak dari kecil hingga lah aku besar panjang. Tapi, ada satu ada salah  pengorbanannya yang aku selalu ingat: dulu, aku kerja di Labuan, so, since aku teringin untuk bawa kereta ke Labuan, bapa hantar aku di pelabuhan supaya kereta tu boleh masuk Labuan. Yang buat aku terharu tu, lepas bapa hantar aku, dia pula terpaksa naik bas untuk balik ke rumah selama 2 jam. Dalam hati, aku rasa bersalah sebab bagi dia naik bas untuk balik tapi aku tahu, disebabkan dia sayang aku, dia sanggup naik bas saja asalkan aku selamat sampai almaklumlah, masa tu aku masih belum dapat lesen 'P' tapi sudah berani bawa kereta illegal. 

Dan, sempena hari bapa hari ni, aku cuba nafikan yang aku tidak mahu buat entri untuk bapa sebab aku rindukan dia, sebenarnya. Rindu sebab aku jauh dari mereka. Mereka di Sabah, aku di Sarawak. Atas alasan kerja, aku ada di sini. Aku cuba tahan dari tidak hubungi bapa sebab aku tidak mahu bapa tahu aku nangis sampai mata bengkak hari ni gara-gara aku berharap sangat aku ada bersama keluarga aku, sambut hari bapa ni dengan meraka sambil makan sama-sama. Berulangkali suami minta aku hubungi bapa supaya aku boleh bercakap dengan dia tapi aku degil sebab kalau aku telefon pun, tiada suara akan keluar, tapi tangisan sebab bapa selalu cakap dengan aku ' kalau aku teringat dia, dia pun akan ingat aku'. 

Dari jauh: Aku ucapkan selamat hari bapa untuk bapa aku. Moga dia dikurniakan kesihatan yang baik, dipanjangkan umur, diberkati hidup dunia akhirat dan tetap sayang aku selalu dari kecil hinggalah ke hembusan nafas aku yang terakhir. Amin.
google

15 comments:

  1. Hargailah dia selagi nyawa dikandung badan...

    Salam perkenalan dan folo juga...

    ReplyDelete
  2. hai akak.kita datang dari segmen abg ben. hehe...panjangnya karangan.hehe.kalau nak cerita pasal pengorbanan ayah sampai berbelas page tak habis kan? salam kenal ye...

    btw, rapatnya akak dengan ayah....hihi
    saya follow ye.
    (newbie ^^)

    ReplyDelete
  3. Happy father's day misha. . .

    Tq 4 visit my page. .

    ReplyDelete
  4. bayu:iya, selagi hayat dikandung badan, selagi itu kasih utk dia tetap ada;D

    Nisa:hahaha...mmg pnjg.xperasan pun yg karangan tu terlalu pnjg.;D slm kenal jg..;D nnti sy pi blog nisa;D

    Pink:u r welcome;D, come again ya;D

    ReplyDelete
  5. singgah dr segmen abg ben..
    dtg bace kisah ayah kamu :)
    bestnye die ayah die urut jari kasi runcing ha..

    ReplyDelete
  6. singgah sini..kasihnya ibu membawa ke syurga..kasihnya bapa membawa bahagia..:)

    ReplyDelete
  7. Amin....harap doa dimakbulkan tuhan:)

    ReplyDelete
  8. prince dtg membaca kisah ayah awk..:)
    selamat hari bapa...
    lau prince nak bagi rm50 awk nak x?

    http://www.prince91.com/2011/06/contest-anda-bagi-gambar-prince-bagi.html

    ReplyDelete
  9. Kak, selamat hari bapa untuk bapa kakak! :)

    Kalau entri dari anak lelaki mesti lain bunyi dia ni kan. Hehe.

    ReplyDelete
  10. salam akk...btw selamar berkenalan...
    entri akk msih bermakna sementelah bapa akk masih bernyawa..
    kisah akk ni mngingatkan sy bersama2 arwah abah yg telah pergi mengadap ilahi genap sebulan pd esok hari..sy pn same mcm akk, anak abah.. hanya tuhan yg tahu btapa rndunya seorang ank bila kehilangan bapa tercinta..xsempat untuk sy mnymbut hari bapa bersama2 abah pd tahun ni.."Kasih Ibu membawa ke syurga, kasih bapa bekorban nyawa"..
    betul..abah pergi ketika mncari rezeki untuk keluarga..

    ReplyDelete
  11. lulu, soly, anis:tqvm sbb singgah.cerita yg x ada sudahnya klu pasal bapa..;D

    nadzirah:hahaha.rasa diri sgt comel masa itu;D

    Fadzmie:ya btul.klu lelaki x blh cengeng;D

    Dhia:slmt berknln jg;D simpati dgn dhia.;D tabahkan hati selalu ya;D

    ReplyDelete
  12. Hi akak.. saya orang sarawak dok kuching.. hikssss!

    selamat hari bapa untuk ayah akak.. moga menajdi ayah yang bahagia, dunia dan akhirat.. amin...

    ReplyDelete
  13. amni:laaa..sy pun duduk kuching jg..;D tq very much ya;D same with u..moga bahagia & sihat sllu.maintain comel;D

    ReplyDelete
  14. Terharunya aku baca entri ko ni misya psl bapa mu.terus aku teringat n rindu dgn arwah abahku yg meninggal dunia thn 2003.AlFatihah utk arwah abahku.moga tenang d alam sana.amin!

    ReplyDelete

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...