Friday, 3 June 2011

Bila suami jauh...



google

Bila hari yang aku tunggu makin dekat, macam-macam yang aku rasa. Bahasa yang paling common untuk aku dan geng kapak aku klasifikasikan situasi macam ialah 'kabak-kabak my heart' atau dalam bahasa melayunya ' berdebar-debar hati saya '. Bercampur-baur perasaan aku. Suka, takut dan malu. Haih! kenapa lah macam ni. Suami kata ' relax lah ' itu saja yang selalu dia ingatkan aku. Ya, kalau dari luar, aku nampak relax, tapi, kamu tidak nampak gelora dalam hati aku ni. Bukan lagi kupu-kupu dalam perut tapi macam ada belalang yang mahu terbang keluar. Huh!

Esok, kami akan bertolak ke Labuan.  Minta tolong kamu semua doakan perjalanan kami selamat pergi dan sampai, ya. Barang: baju sanding, kasut, tudung, mahkota, rantai dan pakaian rutin aku di sana sudah siap packing, since suami sudah balik hari rabu tu, aku kena pastikan tidak ada barang yang tertinggal sebab kalau dia ada, dia yang akan double check semua barang. Selalunya, dia yang akan keluar akhir dari bilik atau kereta. Tapi, sekarang bila dia tidak ada, aku yang kena berdikari sendiri.

Tadi, aku sempat diberi pesanan ikhlas dari hati oleh seorang nenek a.k.a kawan mama aku. Dia pesan: kuatkan hati bila berjauhan dengan suami. Kesian kamu jauh dengan suami. Masa kami dulu-dulu, tidak ada istilah jauh dari suami sebab kalau sudah kahwin, itu namanya tinggal bersama suami. Selalu fikir yang baik-baik saja. Lepas tu, nenek aku a.k.a mama punya mama pun cakap: kesian kamu nak, jauh dengan suami. Tapi, tidak apalah, harap-harap satu hari nanti dapat dekat dengan suami kau.



Aku mahu highlight tentang perkataaan 'kesian' di sini. Setiap kali aku cakap aku tidak tinggal serumah dengan suami, ramai yang kata 'kesian'. Macam perkataan tu sebati sudah dalam diri aku. Kalau masak daging, gerenti empuk gilak. Tidak liat. Senang dimasak, enak dimakan. Eh, macam iklan maggie. hahaha. begitulah aku kalau pembawaan perasaan yang sikit tidak stabil.

Aku ucap ribuan terima kasih untuk semua yang doakan supaya aku dapat dekat dengan suami. Setiap kali jumpa keluarga dan kawan, selalunya mereka cepat-cepat cakap; mudah-mudahan kau dan suami dapat tinggal dekat. Paling bagus, kalau dapat pindah Sabah terus. Wah, kalau kena doakan dapat pindah Sabah, aku terus suka. Aku tau benda tu impossible buat masa sekarang tapi, kalau ramai yang doakan kami dapat pindah Sabah atau Labuan dan doa beramai-ramai itu makbul. wee.. itu satu bonus yang paling mahal untuk kami;D


When I miss you, sometimes I listen to music or look at pictures of you, not to remind me of you but to make me feel as if I'm with you. It makes me forget the distance and capture you (by james)



Moga-moga majlis sanding kami untuk lusa akan berjalan lancar.;D

2 comments:

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...