Tuesday, 14 June 2011

confirm jadi kawan fb atau tidak??

Sejak ada facebook (fb) ni, aku akan buka check notification, msg atau friend request kalau aku ada masa sengang. Cuma, aku rasa lokek sikit bila orang yang add aku jadi kawan tu aku tidak kenal. Aku akan check dengan siapa dia ada link dengan aku since aku limitkan fb aku untuk kawan saja. Setakat ini, ada beberapa orang yang aku belum confirm lagi atas sebab-sebab tertentu.

Apa yang bagusnya fb, ia boleh temukan kawan lama even dari sekolah rendah dulu sampailah yang sudah beranak pinak. Aku rasa ada juga yang macam aku ni, yang tidak akan approve kalau kamu tidak kenal orang tu. Angkat tangan kalau ada, okey, sudah, turun tangan ( lalu macam rasa di dalam kelas..hihih)

Antara sebab aku tidak approve orang tu satu, aku memang tidak kenal lansung. lepas tu, bila klik gambar yang ada kadang-kadang gambar artis la, emo la, pokok la, bunga la, nama pula guna nama yang pelik-pelik. Jadi, aku klik, NOT NOW saja. Kedua, aku kenal orang tu tapi aku memang kurang mesra atau memang hanya kenal nama tapi tidak pernah bertegur sapa pun dengan dia di alam realiti. Maka, ada rasa pelik di situ dan aku pun ikut saja kata hati. Kalau rasa berat hati, aku tidak approve juga. 

Yang ketiga, aku kenal dia maybe dia kawan kepada kawan aku, atau sepupu kepada kawan adik aku atau dia punya kawan, kawan kepada kawan aku yang juga terus jadi kawan aku sendiri. naaa, berlipat lidah membaca! untuk itu, aku akan fikir panjang sama ada approve atau tidak sebab aku rasa aku tidak punya kepentingan dengan dia. Bukan bermaksud aku berkawan kalau aku ada kepentingan dengan seseorang tapi aku belajar dari kesilapan.

Sebabnya: satu ketika dulu, aku dan suami pernah rasa sakit hati bila ada someone yang cuba buat hubungan kami huru hara masa kami tunang dulu. Haih, geramnya Tuhan saja yang tahu. Berdosa tau bila cuba kacau hubungan orang lain lebih-lebih lagi kalau sudah tunang atau kahwin.

So, sekarang, aku memang berhati-hati sikit dengan siapa-siapa yang approve aku dalam fb. Ada ramai kawan kata, kadang-kadang bila orang yang yang kita tidak kenal tu add kita, dia just mahu tengok gambar kamu saja. Kalau pun, kamu mahu tengok gambar saja, cuba-cubalah like gambar tu, at least, tidaklah ketara sangat yang kamu just mahu tengok gambar. hihihi. Jadilah mesra sikit dengan orang yang kamu add tu sebab bila kamu add dia lepas tu,  kamu lansung tidak ada komunikasi dengan dia, even mahu like atau komen status dia, what for kamu add dia?

Kamu tidak akan rugi apa-apa kalau kamu selalu klik like dalam status fb kawan kamu. Macam tu la yang aku buat selalu. Kalau aku tidak punya idea untuk beri komen, aku like saja.

gambar 6 hari jadi isteri orang;D


Last but not least, tepuk dada tanya selera, tanya minda, mestikah semua orang yang add kamu dalam fb tu kamu confirm atau kamu check dulu siapa yang link kan dia dalam fb kamu. Better berhati-hati sebab bila kamu sudah pernah tersakit hati dengan orang yang kamu tidak kenal then, tiba-tiba buat kamu naik angin sampai nafas semput, masa tu la kamu akan cepat remove dia dari dalam list kawan kamu!

6 comments:

  1. Hahaha.. teknologi namanya kak.. kalau time budak2 dulu,c Aki rasa kita men minta2 biodata ja.. hahaha... skrg,minta ID Fb ja sudah.. trus ada gambar lagi.. tinggal save ja,tu la durang selalu pok2 tu.. hm......

    ReplyDelete
  2. Yup, zaman sekarang kena berhati-hati. mama cahya balik2 ingatkan terutama ttg FB. :)

    ReplyDelete
  3. lawa tau gambar tu.. tudung ka shawl tu ga?

    ReplyDelete
  4. aki:hahaha..btul tu, dulu siap men tukar2 isi dairy lagi kunun.cisss! ketawa aku sebab aku pun ada jg dulu mcm tu.hahaha

    cahaya:itula yg sebaiknya, kita ni x jg blh terlalu taksub dengan teknologi;D

    ReplyDelete
  5. Anon:hihi..tq..shawl ba tu..aku ada jual masa bulan 4 tu..tp, skrg sdh abis..;D

    ReplyDelete
  6. ntah bila tu,sa buat post pasal biodata balik kan,terus semua orang rasa muda balik ni.. masing2 isi biodata.. hahaha.. Makanan Kegemaran : Asalkan halal.. :-p

    ReplyDelete

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...