Tuesday, 14 June 2011

Di sebalik tabir majlis sandingku

Bangun pagi, mata merah sebab mengantuk gila tidur lambat semalam. Cover mekap tebal 5 inci pun masih juga muka nampak lebam. haih! Tapi, syukur, kerja kursus adik tu sudah siap. Aku rasa macam aku belajar lagi walaupun hari-hari aku belajar untuk mengajar dengan effektif di sekolah. Jadi, ada gembira di dalam hati.

Kawan tengok gambar sanding di Labuan. Tanya berapa kos untuk semua baju-baju aku since semua baju tu buat sendiri kecuali baju nikah dan baju berinai. Pujian melambung: baju tu elegant, colour nampak sempurna untuk kedua-dua majlis. Aku senyum sambil dalam hati berkata-kata:

Ya, Allah, jauhkan aku dari riak, sombong, tinggi diri dan lupa diri bila ada pujian begini. 

Bila kamu sudah bersusah payah untuk majlis kamu yang kamu mahu itulah yang pertama dan terakhir dalam hidup kamu, dan semua berjalan lancar seperti yang kamu rancang, sudah tentu, kamu gembira, kan?? Macam tu jugalah aku. Persiapan yang dibuat dari awal tahun lepas memberikan hasil yang kami inginkan. Jadi, selalunya setan akan ambi peranan dalam situasi macam ni. Dia akan cucuk kamu supaya kamu rasa kamulah yang paling sempurna, paling cantik padahal kamu biasa-biasa saja. Ya, dasar setan suka memesongkan akidah manusia. Tersesat sikit saja, kamu dapat dosa free sebab ada niat riak dalam hati. Haduiii, mencabarnya untuk jadi manusia yang selalu humble.

Aku sebenarnya bukan cerewet sangat, tapi bila ia melibatkan majlis yang paling bermakna dalam hidup aku, iaitu berubahnya status aku dari bujang kepada berkahwin jadi, aku mahu yang terbaik untuk majlis ini. So, aku betul-betul stick dengan warna tema untuk majlis kami tidak kira majlis di Kota Belud adatau di Labuan

Tau-tau sajalah, kalau kamu salah pilih warna yang sesuai untuk warna kulit kamu, kuranglah manis kamu sebab as a raja sehari, pelamin, pakaian, mekap, kasut dan aksesori kamulah yang akan dibanding beza oleh orang yang melihat persandingan kamu. Dan jangan lupa juga makanan dan minuman yang kamu hidangkan untuk tetamu. Masam, masin, pedas dan manisnya pasti akan ditegur oleh tetamu. Percayalah kamu!

Masa tu lah  juga nanti, ada mulut yang potpet pot pet: eh, baju dia besarlah, mekap dia teruklah, eh, kosongnya, lansung tiada aksesori yang menarik mata memandang atau lebih sakit lagi kalau orang cakap: pengantin lelaki / perempuan ni hitamlah gemuklah / kurus macam lidi lah dan alamak, mereka lansung tidak sepadan bagaikan kerak nasi dan ikan bilis. Ya, terimalah kenyataan yang dalam 100 orang tetamu, akan ada 1 atau 2 orang yang akan berkata-kata begitu. Manusia. kan? Mahu kesempurnaan tapi lupa yang tidak ada manusia sempurna dalam dunia ni.

Mereka akan beri tumpuan dengan kamu, bukan dengan para tetamu yang datang walau segojes mana pun mereka pada hari itu. Melainkan kalau tetamu tu pakai baju bling-bling macam lada gaga. Ya, itu, kamu boleh akun kalah. hahahaha. Oh ya, Perunding majlis aku yang juga adik aku tu memang the great partner in crime yang aku ada. Terima kasih ngah;D. Ko memang hebat dalam mix & match colour yang ada;D. Dialah antara yang banyak berkorban masa, tenaga dan duit untuk memastikan majlis kahwin aku berjalan lancar selain keluarga dan suami aku.
Dalam pada itu, aku masih lagi berdoa supaya aku masih boleh stay humble down the earth walaupun dipuji selalu;D

4 comments:

  1. suka la dengan hijau pisang tuh hahaha.. commeinya dia di pelamina.. Saya biasa dengan kawin2 nie kak sebab saya freelancer photographer.. haha mesti menonjol hari tue... napa inda kasi simpan gambar time bebadak sama benikah.. baru jadi majlis kawinnya.. sebab pompuan di blog nih akan fokus baju2 n aksesori pengantin... hahah

    mulut pot pet pot pet tue hahah saya biasa dengar kak.. hahaha peduli mereka yang penting kita bahagia.. kan kan

    N3 nanti tag sama kawan lain jak.. tapi inform dengan saya juga.. mo di komen-komen.. hahha

    ReplyDelete
  2. naaa..samala kita..warna tema kawen ni la warna kesukaan aku.warna laki aku tidak ada.hahahhaa.dia punya warna biru.warna tema bilik jak;D kesian lakiku.;D wah, ko pun photographer pula?bagus-bagus, lepas ni cuba ko anjur peraduan photoshoot yg plg cantik.aku pun mau join tu;D

    kononnya, aku memang mo letak tu gmbr semua tapi tunggu entri yang seterusnya. mmg ada sdh tu dlm planning;D.yup, yg pentign bahagia;D

    orait,nnti aku kasi tag sm kawan lain & to u aso;D

    ReplyDelete
  3. hijau merah cun juga..

    suami nmpak muda la heheh pewwit sama kamu

    ReplyDelete
  4. cinoi:ya,cun ka?hihi..warna2 ceria bah;D tq phewwit sm kami.hahhaa

    ReplyDelete

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...