Sunday, 19 June 2011

Fesyen Yuna terbaru;D

Semalam masa tengok berita TV 3, ada cerita Yuna jadi duta untuk Canon. Bravo Yuna! Tapi, aku bukan mahu kupas pasal dia jadi duta, cuma aku mahu cerita sikit tentang fesyen tudung Yuna yang jadi ikutan ramai orang termasuk aku. hahaha. Di sekolah, ada budak yang gelar aku cikgu Yuna. hahaha. Besar betul pengaruh artis, kan? budak semuda 7 tahun pun kenal.;D
Aiseyman


Dari awal pembabitan Yuna, macam-macam jenis fesyen tudung yang dia pakai.

 No: 1

Yang ini masa fesyen tudung berwarna-warni. Since aku suka warna warni, aku pun ada juga stok tudung ni. Meriah rasa hati kalau pakai macam ni. Yang sedih pun jadi happy;D

No: 2

Lepas tu, Yuna pakai macam ni pula, ala-ala Datin Siti. Kalau pakai macam ni, pastikan tudung dalam tu tidak panas, tapi, kalau kamu mahu keluar peluh sampai mekap cair, oh, bisa saja.;D

No: 3

Yang ini, demam Fesyen Hana Tajima. Terus ramai orang yang ikut fesyen ni walaupun ada yang tidak sesuai dengan muka. Tapi pada aku, as long as kamu yakin dengan apa yang kamu pakai. Ya, hantam saja. Yang penting kamu ada high confident level hinggakan kalau orang tengok kamu sampai kepala pusing 360 darjah pun, kamu masih yakin yang kamu itu elegant bukannya ada sesuatu yang tidak kena sebabnya fesyen ni adalah fesyen serabai yang unik;D
Yang da latest, ni la fesyen tudung Yuna lepas balik dari Luar Negara. Ala-ala wanita di Afrika. Ni memang stylish tapi, aku lebih suka tengok Yuna pakai tudung yang macam dalam gambar 1, 2 dan 3 dari sytle macam ni. Yang ni nampak matang sangat dan aku suka nampak yang comel-comel. Sebab, macam aku yang akan menganjak ke 30 tahun depan tetap mahukan fesyen ala-ala muda remaja. hahaha.

Dan, masa aku tengok gambar Yuna pakai macam ni, aku terus teringat Corazon dalam drama Marimar TV3 tu. Lebih kurang sama kan fesyen dorang;D
No:5


7 comments:

  1. Yuna looks matured than her age with her hijab style now,.l like with the previously she wear

    ReplyDelete
  2. ya..me too..;D i choice the previous look she wear.;D

    ReplyDelete
  3. fesyen yg terbaru tuh aku tak berapa bekenan la..
    tp rasanya pengikut yuna tak kesah tu kan...hehe

    ReplyDelete
  4. Ini baru la rare.
    Tapi sudah tidak berapa rare sebab jd ikutan semua org suda

    ReplyDelete
  5. betul la kak.. yang dulu comel jer.. skang nid ah terbelit sana sini.. memang tak reti nak pakai dah.. hahaha..

    ReplyDelete
  6. NINO:Klu dah namanya pengikut, tetap jg ikut;D

    cinoi:mmg rare ba tu style dia..tp, mcm kurang lawa;D

    ReplyDelete
  7. Amni:hahaha..tula pasal.yg dulu tu mmc comel, awet remaja..tp, nyg ni ,kurang sikit;D

    ReplyDelete

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...