Thursday, 9 June 2011

I like Nippon Paint Because...




video
Tidak lama dulu, bila Nippon Paint publish iklan ni dalam tv, aku bukan main suka lagi. Geli hati betul aku tengok blobbies yang berbadan gemuk, halus ( macam iklan nescafe Harith Iskandar) dan lincah bukan main berlumba-lumba mengecat kawasan rumah yang tidak berwarna. Tiap kali ada iklan ni, aku mesti senyum sendiri dan aku lagi suka bila suami aku pun suka tengok iklan tu. Ya, bagi aku bobbies tu comel gila dengan warna yang bikin aku tambah geram.

aku mau yang warna hijau;D
Aku rasa, ramai yang familiar dengan Cat jenama Nippon Paint, kan? Entri ni aku buat untuk joint contest Nippon Paint dari Nuffnang. Grand prize ni akan dapat room makeover worth RM5000, second prize dapat paint job worth RM3000 dan Third Prize pula dapat paint job worth RM2000. Dan untuk 50 entri yang paling kreatif akan dapat blobby plush toy. Aku suka dengan blobby plush toy tu sebenarnya. Kalau aku dapat, aku mahu toy tu 'hidup' dan cat bilik aku secara automatik macam dalam iklan tu. hahaha.

Aku masih ingat lagi dulu masa aku study di UiTM, Lecturer aku yang ajar subject Sosial marketing ada ambil contoh laman web Nippon Paint sebagai satu product yang user friendly. Sebabnya web nippon paint, complete dengan idea and inspiration, painting tips, what your auspicious colour 2011, nippon paint location store dan macam-macam lagin info yang kamu boleh klik saja dalam web nippon paint ni. Dan, sampai sekarang pun, bila aku klik web nippon paint, ia bertambah upgrade dan buat aku suka untuk tulis pasal nippon paint.

klik image untuk pembesaran
Aku suka nippon paint sebab, pertama, pilihan warna yang nippon paint ada selalu buat aku teruja. Since aku suka bermain dengan warna, aku akan pilih warna-warna yang nippon paint tawarkan. Aku suka warna yang ada pro dan kontra supaya ruang yang dicat tu buat aku mahu stay di sana sampai bila-bila tidak kira mood aku baik atau tidak. Meaning to say, mood aku boleh distabilkan oleh warna tu. So, aku realize, nippon paint ada warna itu.;D

cantik, kan? ni cth gambar hasil warna dari nippon paint

Sebab kedua aku suka nippon paint sebab, ia ada kesan visual kalau guna cat ini. Daripada ruang yang kecil, boleh nampak besar. So, tidak kisahla sama ada ruang tu kecil atau besar, panggil saja nippon paint, gerenti ia boleh buat magik untuk buat ruang tu nampak besar berseri-berseri.

kamu boleh klik saja link ini, then kamu akan tau penangan nippon paint
hasil cat nippon paint
Ketiga, aku suka nippon paint sebab ia product ni memang berkualiti, kalau guna cat nippon paint, ia boleh bertahan selama 5 tahun daripada panas matahari dan hujan. Selalunya cat biasa akan pudar bila selalu terkena hujan dan dipanah panas matahari dalam masa 2 tahun dan ada juga yang sangat-sangat tidak berkualiti bila boleh bertahan selama 6 bulan saja. Bukankah itu menbazir namanya? baru saja cat, terpaksa lagi keluar duit untuk beli cat yang baru. haih! 

Dari segi kualiti pun, kalau aku guna cat nippon paint untuk rumah, aku tidak akan ada masalah untuk membersihkan dinding yang aku rasa sudah tentu akan diconteng oleh bakal anak aku. Ya, kamu tau-tau saja, tangan budak-budak ni memang kreatif dan inovatif. Habis segala dinding diconteng kalau sudah bosan melukis di atas kertas. haha. Sebab nippon paint ni ada spot-less memudahkan pembersihan kotoran di dinding. Aku tidak perlu menoyoh dengan penuh perasaan since aku ni pemalas sikit.

Kualiti seterusnya ialah, nippon paint ni ada odour-less. Aku ni mudah pening bila tercium bau cat yang meloyakan. Bau tu kadang-kadang boleh bikin aku pening sampai mau muntah. Tapi, bila pakai nippont paint, ya, kesan degil tiada lagi. Aku boleh duduk dengan tenang dalam rumah walaupun ada orang yang sedang mengecat. wah, terima kasih nippon paint;D

Last but not least, sekali lagi aku ulang, aku suka nippon paint ni sebab iklan blooby tu sangat comel. Bila tengok blobby tu, aku harap aku dapat miliki satu. Ceh! masa buat entri ni, suami siap tegur dia kata ;' gara-gara mau dapat blooby, sayang sanggup servey semua pasal nippon paint'. Im just trying. Dapat atau tidak, itu belakang kira. Kita cuba dulu.;D

okey, gambar ini untuk memenuhi syarat penyertaan yang seterusnya lepas buat karangan kenapa suka nippon paint. Sila lah makeover room ini;D
ruang tamu yang berantakan


Untuk maklumat lanjut lagi, sila layari link ini nippon paint facebook

No comments:

Post a Comment

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...