Wednesday, 1 June 2011

Journey to Tip of borneo

31 Mei 2011, Persetujuan diminta, akhirnya, majoriti setuju untuk pergi ke Tip of Borneo atau Simpang Mengayau. Ini kali pertama aku pergi sana. My family semua sudah pernah jejak kaki di sana. So, atas permintaan aku, kami pergi ke sana dengan 2 buah kereta dengan isian 7 orang.

Sebelum ini, aku selalu dengar cerita orang saja tentang view tempat ini yang dikatakan cantik. Bila orang luar tanya tentang tempat ni, aku hanya dapat kata ' orang cakap, tempat tu memang cantik. tapi saya belum sampai di sana' hahaha. Itu cara menjawab paling common supaya kalau ditanya lagi tentang tempat tu, aku tidak akan buat cerita dongeng. 



Simpang mengayau terletak di Daerah kudat. Since, aku tinggal di Kota Belud jadi, perjalanan kami tidaklah sejauh perjalanan kami dari Kuching-Kota Belud. Kami ambil masa hampir 2 jam dengan had laju 70-80 km. Kalau kamu bawa 100-120 km boleh tidak ada masalah tapi pastikan kereta kamu tu jenis kereta besar misalnya Hilux, Dmax, Frontier atau yang sewaktu dengannya. Jalannya bertar cuma ada lubang dan tidak rata so, kena hati-hatilah. Struktur jalan yang terletak di atas bukit juga akan minta kamu untuk perlahankan kereta dan kalau bawa orang tua. dia pasti akan kata 'pandu pelan2 nak'. hahaha. Sebab macam ni la yang nenek aku kata masa kami lalu di jalan berbukit tu. hahaha.




Pastikan juga kamu bawa kamera yang punya bateri cukup dan memori kad yang masih kosong sebab sepanjang perjalanan tu kamu akan jumpa dengan view yang cantik misalnya sawah padi yang cantik, pokok kelapa yang tinggi macam mahu jejak langit dan gerai-gerai jualan kraft yang buat hati mahu beli apa saja yang berkenan. Furthermore, Kalau kamu bernasib baik, pergi di sana bulan 5 iaitu musim padi menghijau, jadi kamu pasti akan dapat tengok padi menghijau dan langit membiru. Sepanjang perjalanan, aku kagum dengan setiap ciptaan Tuhan. Indahnya, tidak setara dengan apa yang manusia boleh buat. 


Kamu juga jangan risau untuk tersesat sebab sepanjang ke sana, kamu akan di guide dengan papan tanda. Pandu saja dengan tenang. Insyallah, kamu akan sampai dengan selamat. Sampai saja di sana, kamu boleh berkhemah dan ber'bbq' segala. Jadi, kamu boleh bawa barang  makanan sesuka hati kamu. Kalau kamu mahu merasa malam di Simpang mengayau pun, kamu boleh sewa chalet dengan harga RM100 pernite. Restoran, dewan makan dan surau pun ada. Boleh dikatakan, Simpang Mengayau ni User friendly juga la untuk pengunjung yang datang.

Berdiri di tempat paling hujung dalam peta Sabah sambil tengok pertemuan antara Laut China Selatan dan Laut Sulu memang bikin aku berfikir, kalau begini indahnya dunia, macamanalah nanti indahnya syurga. Mesti 10000000x atau lebih lagi cantik, kan? Masa kami datang, ramai orang lain yang datang dulu jadi kami ambil masa untuk bergambar di batu penanda aras tu. Pemandangannya memang cantik. Gabungan antara air laut, batu-batuan, pokok yang hijau dan ombak yang suka pukul batu buat aku ambil gambar banyak kali. Mungkin untuk simpanan aku yang bernilai.

Walaupun masa kami datang sana, panas macam menggigit kulit tapi panas jadi hal kedua sebab pemandangan di sana ada sentimental value untuk disimpan. ;D







p/s gambar yang diupload adalah gambar yang aku sempat ambil dan sempat letak watermark. aku kurang gemar letak watermark banyak2.;D

No comments:

Post a Comment

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...