Monday, 13 June 2011

Kerja Krusus Sejarah PMR

Ini gambar dalam bilik apartment beta. entri yang ini


Haih! payahnya idea aku mahu diterjemahkan kepada bahasa blog hari ni. Sepatutnya masa sekarang, aku  sedang redeem tidur sebab semalam tidur lambat. Tapi, bila aku rasa ada something yang berlegar-legar dalam otak aku ni, aku cuba juga untuk keluarkan. Aku masih bengang dengan soalan kerja kursus Sejarah Tingkatan 3 yang adik mahu aku tambah sedikit isinya. Soalan berkisar tentang buat satu kajian berkaitan institusi pentadbiran tempatan yang terletak di negara kita berdasarkan satu tajuk daripada berikut:

i) Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
ii) Rancngan Pembangunan Tanah dan Wilayah
iii) Pentadbiran Komuniti Setempat.

Semua aspek dan perincian sub-topik pun ada disertakan dalam keratan tugasa dari Lembaga Peperiksaan tu. Masa aku sekolah dulu, tidaklah seperinci ini, yang dulu punya tu, asal buat saja, ok sudah ada markah. Sekarang, otak budak memang kena perah habis-habisan. Mungkin as a preparation untuk mereka rasa kehidupan bila masuk 'U' nanti. Ya, supaya tidak ketara sangat mereka berfikiran cetek tentang basic pasal administration dan latih mereka untuk berusaha lebih dapatkan markah untuk kerja kursus mereka dan bagi mereka lulus subjek tu. 

Aku rasa, siapa-siapa yang adik tingkatan 3 macam aku ni, aku gerenti, adik kamu juga ada yang bertanya dengan kamu, kan macamana mau cari info pasal kajian ni. Since adik aku pilih, Majlis Daerah Kota Belud, so, ada data yang diminta tentang peranan dan perkembangan MDKB dalam bidang ini. Sepatutnya sesi temubual kena buat tapi masa kami pergi ke MDKB hari tu, CC yang tau pasal aspek ni bercuti. Maka, since aku sudah balik Kuching, kami tidak sempat untuk ke sana lagi. Huh! dan sekarang, aku perlu sikit maklumat untuk peranan dan perkembangan tu. Check dalam google pun tidak ada. Maka, ada sesi hentam saja di sini. Aku tambah idea saja dan adik akan edit lagi.

Oh, sistem pembelajaran sekarang semakin rumit tapi setiap apa yang dikaji memang berguna untuk kegunaan masa depan budak. Tapi, kalau budak tu kurang berani untuk pergi temubual orang-orang berkenaan macam adik aku, maka, kuranglah markahnya. Haih! berkali kali aku tarik nafas. 

Aku harap, pada mana-mana kakak-kakak atau abang-abang yang ada adik perlukan buat kerja kajian macam ni, pantau la mereka. Jangan biar mereka buat sendiri. Kalau boleh temankan mereka cari maklumat di tempat berkenaan. Cara dulu tidak sama dengan sekarang. Temankan mereka pergi terutamanya budak perempuan. Jangan biar jadi mangsa culikan. Ya, kita mau mereka berdikari, itu memang disyorkan tapi, biar kita guide mereka di jalan yang betul. Maksud aku, pergi keluar kononnya dengan geng untuk buat kajian, tapi terpesong pergi 'ngedets'. Kamu jangan lupa, kamu pun pernah ada pacaran dulu, kan? lalu, alasan buat kerja sekolah tu paling famous untuk kaburi pandangan orang tua yang percayakan kita. hihihi.



Kamu mungkin bakal perdana menteri, sayang;D

Jangan samakan masa kita dulu dengan masa mereka sekarang. Kehidupan sekarang sudah moden berbanding dulu yang sangat naif. Dulu, komputer belum famous. Ia dikira milik orang kaya saja. Jadi, buat kerja kursus pakai tulisan tangan, siap melukis kartun garfield sendiri. Sekarang kena bertaip lagi, siap guna font times new roman, saiz 12 dengan langkau 2-0. Naaa, macam sudah masuk 'U', kan? sekarang, jangan handphone canggih, laptop pun mereka sudah ada sendiri. Canggih, wei!


p/s kalau sudah begini, minda budak dicanai, gerenti tahun 2020 semua budak boleh jadi saintis!;D

arahan kepada calon (klik untuk pembesaran)

No comments:

Post a Comment

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...