Friday, 17 June 2011

kenapa blogger lelaki suka letak warna gelap dalam blog?

Sejak berblog ni, aku selalu perasan, background blog lelaki selalunya warna hitam. Tiap kali ada blogger masuk / komen atau jadi follower aku, aku pun akan masuk juga blog mereka. Give and take la konon.

Bila masuk saja, ya, aku terus tahu. Ya, ini memang lelaki. Tidak salah lagi. Sebabnya, bila aku nampak saja background blog tu warna gelap maka, automatiknya, aku terus yakin 100%, itu blogger lelaki. First impression la tu kiranya. Asal warna gelap, ingat lelaki terus. Lelaki dan lelaki. Alasan aku: perempuan suka letak warna terang-terang. Pink-pink segala. Macam aku juga ni. Dalam kebiruan, ada ke'pink'an. Baru namanya berjiwa keibuan. Konon! 

Selalunya, lepas saja nampak warna background tu, aku akan tengok nama blogger, gaya penulisan dan paling last tengok gambar. Naa.. gambar dapat ranking akhir. Bukan lagi ranking pertama. Kalau kamu, kamu mahu harap blogger tu hensem ka sama dengan blogger lelaki harap yang blogger perempuan tu kiut-miut begitu? Cuba fikir dulu. Eh, betul ka blogger lelaki follow blogger perempuan yang kiut-kiut saja? sila jawab, boleh?.;D

Satu masa tu, masa aku budak hingusan, aku suka tengok jejaka hensem apa lagi masa tu zaman kegemilangan Nick Carter, Jerry (A4),Rangga dan Leonardo Dicaprio. Asal nampak jejaka hensem terutamanya di Centre Point, kepala berpusing 360 darjah. hahaha. Sambil mulut kumat kamit memuji keindahan ciptaan Tuhan. Partner in crime aku ramai dalam hal ini. Geng aku yang sedari dulu bersama sampailah sekarang. 

Tapi itu dulu, masa perasaan remaja membuak-buak teruja nampak yang indah-indah saja. Sekarang tidak lagi. Nehi. Wala'. Sebab tu lah, tengok gambar masuk ranking terakhir. Gambar ranking pertama aku: si sepet aku tu: ;D. Dialah emas, dialah pertama. Di bawah tapak kaki dia, ada syurga untuk aku. Tapi untuk masuk syurga tu, ada syarat aku wajib patuh, ada garisan yang aku perlu limitkan.;D

nota: Masih berfikir, kenapa blogger lelaki suka letak warna gelap dalam blog?
google:lelaki jambu?


5 comments:

  1. Hitam tu buat blog nampak maskulin kot hehe.

    ReplyDelete
  2. Dulua wal2 aku blogging, 2008 2009 background blog aku hitam semua.

    almost end of 2010 baru ku tukar ke putih.

    Dorg mau hitam supaya nampak kelelakian la, baru macho kunun. Ya la xkan bunga2 plak kan. hahhaha

    ReplyDelete
  3. Dalam blog saya, teda satu pun gambar saya. Plus, saya punya warna tema blog terang lagi tu. Haha. Macam mana tu? :p

    kisah gerhana bulan dan jiranku

    ReplyDelete
  4. Simply seoul:ya la kot, simple is more;D

    Cinoi:klu lelaki pki bunga2..haduiiii,punya romantik tu.hahhaa

    fadz:kes ko ni lain cerita.bikin pening jg fikir.hahaha.angkap seja la orangnya seindah namanya;D

    ReplyDelete

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...