Monday, 20 June 2011

kesinambungan legasi berdaulat

Aku hairan. Berkerut dahi dengan sikap sebahagian orang. Mentang-mentanglah sudah lama hidup di dunia, sudah makan berkilo-kilo garam maka, teguran yang diberi pun begitu sinikal. Inilah streotaip orang kita yang tidak mahu tengok orang lain duduk senang sikit. Mulalah membezakan masa dulu dan masa lalu. Klise cerita itu di mana-mana pun boleh berlaku.

Kalau dulu, masa sekolah kamu pernah di 'ragging' atau masa kamu mula-mula jadi freshie, kamu dipanggil oleh sekumpulan senior dan minta kamu buat itu , ini, benda-benda yang kurang masuk akal. Misalnya: dia arahkan kamu tiup kipas sampai berpusing. Ya, itu salah satu arahan senior yang kamu perlu akur, kalau tidak,  kamu akan dianggap kurang ajaran, bodoh sombong atau kamu eksen, mentang-mentang anak orang kaya, taukeh balak, taukeh kelapa sawit atau kamu cantik kalah saloma gomez dan sekacak justin bibir tu.

Kamu beralih ke zaman kerja, kamu tetap juga dilayan sepeti budak baru belajar. Jangan lupa, kalau kamu pernah diminta untuk cuci piring kotor di pantri, fotostat dokumen banyak-banyak walaupun kamu tu bukan PAR atau kamu masih ingat bila kakak-kakak / abang-abang di pejabat tu selalu minta kamu buat kerja mereka tapi lepas tu, kata mereka, itu hasil kerja mereka. Biasalah, cakap depan bos, jadi, persetankan orang yang lain yang buat. 

Sekejap, memang macam tu selalunya. Klise lagi. Kata mereka, kamu kena belajar dari bawah, dari yang sudah veteran, ambil pengalaman jadi panduan dan pengajaran untuk ambil alih tugas mereka yang akan berpencen nanti. Alasan paling common, mereka sudah tua, sudah tidak kuat lagi untuk buat kerja.Tinggal tunggu pencen saja. Tambah lagi, kalau asyik harapkan orang lama buat kerja, bila masa pula mereka mahu berehat. Makan angin dengan keluarga ataupun pergi Mekah bagi yang mampu. Bukan, begitu? 

Kamu disuruh buat itu, kamu buat, ini kamu angguk juga. Kalau boleh, kamu mahu buat juga sebab itu adalah arahan. Jadi, ikut saja, jangan membantah, nanti ada yang mengata: kamu manja, besar kepala, baru tumbuh setahun jagung, sudah eksen jadi seperti ubi kayu yang kononnya keras, ampuh dan tidak mampu jadi lembik kalau tidak dihancurkan atau dimasak.

Aku berfikir begini, kalau nanti kamu sudah bergelar veteran, kamu masih juga buat kesinambungan legasi macam ini? kira balas dendam dengan freshie nanti, minta mereka buat seperti mana yang senior dulu pernah buat dengan kamu atau lebih teruk dari apa yang kamu pernah rasa ? mmm.. bila difikir-fikir, seperti ada daulat pula senior begini, kalau bantah cakap mereka, macam tidak berkat kerja kamu atau paling pedas seperti kamu sudah terlaknat dalam hidup kamu. Aneh!
google

google

4 comments:

  1. biasa dunia.. di atas tetap di atas, di bawah masih cuba merangkak, ditekan dalam rangkak, berat.. mereka tetap megah di atas..

    tengok mengarut sudah aku kak.. hahah setuju tp sudah lumrah dunia..

    ReplyDelete
  2. huhu..anis selalu kene gnie..anis xkisah..tp jgn la pai semua keje dorg anis kene buat..dorg berehat..anis lak jenis xpndai cakap xnak..

    ReplyDelete
  3. tak tau la nak komen macam mana kak.. kadang orang lama ni ada betulnya jugak.. sebab kadang2 menyampah jugak ngan freshie yang berlagak dah pandai semua.. termasuk saya la freshie... tapi geram plak kadang bila orang2 lama ni ambil kesempatan.. hemmm....

    ReplyDelete
  4. AAASP:mmg lumrah dunia kan.susahla mau cakap;D Ramai yang tidak suka tp ramai juga yg suka.sbb sikap manusia suka balas dendam..

    anis:siannya anid.sis fhm.kena asertif siki.tegasla org tak buli.;D

    amni:btul tu, org baru ni mmg ada yg berlagak.mcm pndai je padahal tak..macam2 btul dunia ni kan..

    ReplyDelete

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...