Thursday, 23 June 2011

Kucing dan ladybug

google


First time aku nampak gambar ni, aku terus tertarik. Save as terus dalam my editor file simpanan aku. Warna putih, merah dan hitam ni buat emosi aku gembira. Aliran gembira bila nampak sesuatu menarik dan secara automatiknya, aku  tersenyum dengan muka berseri-seri.

Fokus sebenar dalam gambar ni ialah kucing dan ladybug tu. Bagi aku, gambar ni simbolik. Bravo lah untuk photografer yang ambi gambar ni. Comel. Since, aku ada suami yang penyayang dengan binatang ini, ia menjadi pendorong untuk aku belajar suka pada kucing yang dulunya, aku kurang suka.

Sayangnya dia dengan binatang comel ni kadang-kadang buat aku tersentuh. Jeles pun ada. Dengan selamba dia peluk cium kucing kesayangan dia. Haih, mana boleh jeles dengan kucing. hahaha. Merepek sekejap.

3 Bulan 20 hari menjadi suami isteri, Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Betul kata orang: toleransi, jujur dan hormat- menghormati itu sangat penting untuk mereka yang baru mendirikan masjid. Sekarang ni, aku masih lagi belajar membiasakan diri untuk pastikan aku dapat keizinan suami sebelum pergi ke mana-mana. 

Macam tadi, aku terlupa untuk minta izin keluar beli barang lepas saja balik dari kerja. Tau-tau saja, aku sudah sampai di supermarket tu. Nasib baik, aku belum keluar kereta lagi tapi, kereta sudah park cantik. hahaha. Masa ambil beg tangan, baru ingat yang aku belum inform dia lagi. Takutnya. Tuhan saja yang tahu. Terus dial nombor suami dan inform dia. Itu kewajipan wanita bila sudah tukar status jadi isteri. Lepas tu, minta maaf banyak-banyak sebab lupa bagitau sebelum bertolak dari sekolah tadi.

Mana tidak takut kalau teringat dengan hadis ni:


Apabila seorang isteri keluar rumah tanpa izin suami:
"Apabila perempuan keluar rumah, sedangkan suaminya membencinya, dia dilaknat oleh semua malaikat di langit, dan semua apa yang dilaluinya selain daripada jin dan manusia sehingga dia kembali."
(Diriwayatkan oleh Thabarani di dalam al-Awsat)


Mudah-mudahan setiap langkah baru aku masih boleh diperbetulkan. Banyak buku yang aku beli dan orang hadiahkan pasal fasa perkahwinan tapi, aku belum lagi khatam.  Sikit-sikit lama-lama jadi bukit, kan?. 

Untuk bakal pengantin: Persiapkan diri kamu dengan ilmu perkahwinan sebelum kamu berubah status. Rajin-rajinlah membaca kalau kamu malas pergi ceramah atau dengar ceramah tentang hukum-hakam dalam perkahwinan.;D

Dia:  jiwa hati tercinta;D

1 comment:

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...