Friday, 17 June 2011

legging seksi mak munah




Aku dapat video ni dari leggingseksi. Aku tengok sambil ada rasa kagum sebab pandai betul orang yang buat video ni matching kan gerak geri bibir dan mimik muka pelakon ni dengan dialog tu. hahaha. Best oh. Tapi, dalam pada aku kagum tu, ada juga rasa insaf masuk dalam diri. Aku belum pernah pecah rekod lagi pakai legging segala macam dalam fesyen sekarang yang tengah hot sekarang ni. 


Ada juga rasa kepingin bila kadang-kadang ada orang yang nampak cantik pakai. Cun-cun macam artis barat tu. Tapi, rasa yang tidak berapa merasa tu terbantut bila nampak orang yang berbadan besar pakai legging dengan t-shirt kecik. Sudah tu atas punggung lagi. atau orang kurus kering pakai legging. Terus, tidak jadi sebab bila aku tengok, aku akan ketawa.

sila klik leggingseksi dan wanita melayu
Kalau aku saja tidak apa, tapi, suami pun terkejut tengok dan terus cakap:' kalau dah tau badan macam tu, jangan lagilah pakai seluar macam tu'. Opss, naaa, wahai para isteri, kalau suami kamu sudah cakap begitu, jadi, bersiap-siaplah kamu supaya sila simpan dan mangga legging kamu. Lelaki namanya suami, mana mungkin mahu kongsi 'harta' dia iaitu kamu dengan orang lain.


Entri ini sebenarnya hanya sebagai peringatan. Bukan untuk mengenakan mana-mana pihak. Kita beringat-ingat saja. Mudah-mudahan ada sedikit kesedaran walau tidak berapa tapi cukup untuk buat kita rasa 'kerana dirimu begitu berharga'.




3 comments:

  1. Haha. Satu peringatan yang bagus. Banyak sudah kempen anti-legging ni. Tapi masih juga ramai yang masih mau pakai. Alasan diorang sama ja semua. Kubur masing-masing. Lawak betul.

    kisah gerhana bulan dan jiranku

    ReplyDelete
  2. fadzmie:naaa..itu dia, kubur lain;D Di sanalah terus x tau mo jwb apa.pedulila kono..;D

    ReplyDelete
  3. he3, harap xda la yg pakai lagi, kalo kat rumah untuk suami xpa...

    Entry terbaru -> Video Maharaja Lawak Astro Minggu 12 - Koleksi Penuh... (",)

    ReplyDelete

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...