Wednesday, 8 June 2011

Majlis sanding di Labuan

Alhamdulillah, sekali lagi aku bersyukur sebab majlis sanding berjalan lancar. Cuaca pun cerah saja, sampai aku rasa mekap aku cair masa sanding. Hahaha. Macam lilin muka aku bila mekap cair. Terus aku hilang confident sekejap bila aku rasa mekap aku sudah cair. Sudahlah aku belum pernah pakai bulu mata palsu di bahagian mata bawah. Biasanya di mata atas saja, terus aku perasan diri aku macam artis. Hahaha.
hijau + merah


Masa sanding, biasalah pengantin kena senyum sokmo.  Ada masanya, mulut macam kena mangga besi. Penat senyum. Bila adik ipar aku tegur yang muka aku masam, aku senyum lagi. Ohhh. Jadi raja sehari itu memang bahagia tapi siaplah dengan perisai senyuman yang paling indah kalau tidak mau orang kata kamu pengantin yang tidak bermuka manis.

Tetamu mula datang sekitar jam 9 pagi. Tapi, majlis sanding kami bermula jam 11.00 am dan selepas pengumuman dibuat oleh MC, kami keluar bersanding  di atas pelamin anganku. Pelamin yang kakak ipar aku tempah di sini, aku suka sebab colour menepati tema majlis kami. Dalam kedua-dua majlis, kami masih stick dengan 4 gabungan warna grey, putih, merah dan hijau.
 suami isteri;D

Since baju kami di tempat aku dulu warna grey dan putih so, baju kami di Labuan adalah gabungan warna merah dan hijau. Majlis yang dulu aku pakai gaun putih + grey dan untuk majlis ini, aku pakai baju kebaya moden pendek. Mulanya design baju just pendek cun-cun  tu atas punggung tapi aku rasa macam tidak indah dilihat kalau aku pakai baju macam tu. So, diubah sikit untuk menutupi punggung supaya nampak lebih sopan.
geng karas ;D

Sesi bergambar macam tidak berhenti sepanjang majlis dan itulah normanya kalau majlis kahwin kan. Mujurlah majlis tamat jam 1.00 pm dengan sesi bergambar dengan family suami aku. Sebelum majlis tamat, family aku pula sudah balik ke KB. Masa dorang balik, ada rasa sensitif di hati aku. Hahaha. Rasa macam mahu menangis and say ‘please don’t leave me’ hahaha. Dasar anak manja!


p/s tengah tungu gambar dari fotografer..

2 comments:

  1. sedih kunun kena kasi tinggal hehehe.sedangkan mmg tinggal jauh pun..hehehe

    ReplyDelete

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...