Tuesday, 28 June 2011

Challenge yourself: Day Three: 10 things I hate


Masuk hari ke-3 untuk challenges yourself. Pecah rahsia la hari ini sebab aku akan state 10 things i hate. Sambil-sambil tengok Marimar, aku buat entri ini.

Challenge yourself: Day three : 10 things you hate

Since dalam challenge ni 'things', aku akan list down semua.

1)  Sayur Taugeh: Ramai orang suka makan sayur ni kan,  ada pendapat mengatakan, sayur ni la paling bersih. Kononnya lah. Kesahihannya aku tidak pasti. Kalau order makanan, aku akan pesan no taugeh. Rasa mual melulu bila termakan benda ni..haih. Pernah juga, kalau terlupa untuk inform pelayan tu then, dalam makanan ada taugeh, segmen mengasingkan taugeh akan berlaku. Dengan rajin, aku akan asing, kalau ada yang aku  termiss maka, berhentilah aku makan. 

2) Piring / cawan / mangkuk yang ada kesan retak tapi digunakan untuk hidang makanan. Selalunya, kalau di Restoran, aku akan minta pelayan tu tukar baru. Bukan apa, aku ni terbiasa dengan amalan di rumah. Kalau ada pekakas ni misalnya cawan sumbing atau ada garisan untuk retak, memang mama tidak bagi guna. Katanya tidak bagus. Takut ada kaca termakan mungkin.;D

3) Tidak sempat breakfast. Sebab gastrik buat kembung perut, rasa mahu muntah, badan panas sejuk, meremang bulu badan dan off course, semua yang dibuat serba tidak kena. Tension betul. Pernahlah beberapa kali masa dating dengan suami, gastrik aku menyerang, mood gembira hilang macam tu saja.

4) Order lambat sampai. hahaha. Memang aku pantang betul kalau order makanan atau minuman aku tu kena tunggu dulu 1 jam barulah sampai.  Bontot sudah seakan rata duduk di atas kerusi, air liur pun sudah habis tapi, makanan tiada. Bengang. Kalau masa tu aku memang lapar, penatlah pelayan tu jawab soalan aku 'cik, makanan saya belum siap ka? atau kamu baru mau beli ayam?'haahah. Lebih kurang begitu lah. hihi.

5) Minuman over manis. Ni lagi satu, aku memang tidak dapat terima kalau minuman aku order manis sangat. Aku pun hairan kenapa orang suka buat minuman manis. Haiyaaa. Susah tekak aku untuk terima. Aku pernah komplen dengan pelayan salah satu restoran terkenal di Kuching ni dan dalam masa yang sama, owner restoran tu terdengar. Dia tanya semula dengan aku dan aku pun cakap jujur la pasal minuman yang aku pesan tu sangat manis sampai aku tidak dapat sentuh. (Aku berfikir, mungkin dia tertumpah gula.haha) Masa sesi tu, ia berlaku dengan polite. Penuh jujur dan aku pun tidaklah marah-marah. Be professional konon. Kita hormat orang, orang pun hormat kita, kan?

6) Marah tidak tentu pasal. Aku rasa semua orang selalu terkena macam ni. Let say, orang tu marah dengan orang lain tapi, dalam masa yang sama kamu pun terkena juga. Bukan setakat marah, tapi, muka masam, orang senyum pun tidak balas. Masih juga masam. Hampeh! Tapi ni bukan orang la. Ni sikap orang. Sikap yang sikit sebanyak buat aku tension juga. Marah tu boleh. Ya, la kita ni jarang ada yang dapat kawal marah tapi agak-agak la. Janganlah kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

7) Tidak dapat tidur. Dulu, aku pernah ada isomnia. Penyakit yang bikin hidup tidak tenang. Bila tidak dapat tidur malam, aku bawa main game, baca buku atau makan. Memang masa tu bengang gila. Sekarang ni, sudah okay cuma kadang-kadang ia datang bila aku terlalu banyak fikir. So, aku selalu berpura-pura aktif di waktu siang supaya aku boleh ngerok dengan lena waktu malam.

8) Bunyi bising masa tidur. Ketenangan masa tidur tu penting. Jadi, aku boleh jadi singa bila ada kebisingan masa aku tidur. Lebih-lebih lagi, bila aku bangun terkejut sebab bunyi tu macam yang pernah jadi masa Cuti Tahun Baru Cina baru-baru ni. Macam biasalah kan, ada bunyi-bunyi mercun segala. Haih, punyala aku tension. Benci betul sebab aku bangun terkejut jam 12 am bila bunyi mercun non stop di tempat aku ni. Letak bantal di telinga pun masih juga aku dengar. So, aku buat apa? Tunggu saja sampai habis walau telinga lebam.hihihi.

9) Menunggu terlalu lama. Aku selalu bersiap lambat. Serba serbi lambat. Jadi, sesiapa yang kenal aku memang tahu fe'el aku ni. Tapi masalahnya, aku tidak suka tunggu terlalu lama. Boleh tercabut leher aku tau. Kalau setakat sejam tu boleh la aku tunggu tapi, kalau sudah 3- 4 jam tu, bagus aku cabut lari. Lambat tapi inform awal yang dia lambat, okay aku boleh terima tapi, kalau sudahlah lambat, maaf pun tiada maka, berasap la telinga. 

10) Rindu. Aku benci bila aku rindu mereka ni: suami dan keluarga. Bolehnya aku menangis sampai mata bengkak. Cengeng! Masa tu lah rasa benci datang melulu-lulu mengenang nasib diri. Benci.

Sudah. Habis untuk 10 things i hate. Lamanya aku buat entri ni, dari jam 3.30 tapi siap jam 5.30 pm. Beginilah kalau tengok tv sambil buat entri. Lansung tidak fokus. Gagal.


11 comments:

  1. saya tau kak mesti pernah berperang dengan owner kedai makan nih haha no 1 no 2, no 4, no 5 semua berkaitan itu... pring sumbing nanti anak jadi sumbing, itu kata orang tua, tapi rasionalnya sendiri kita fikir kan kak..

    layan best plak.. nanti ikut2 lah idea nya nih.. 10 perkara paling dibenci.. no 1, perempuan cantik hahaha...

    ReplyDelete
  2. aduiii..klau sy 10 xcukup utk snaraikan bnda sy xsuka..mau 100 kali..:P
    >.<

    ReplyDelete
  3. SP:hahaha..naa, mmg sllu berperang ni dik.sakit hati btul klu lmbt smpi.hahaha.;D ba, ko layan la ni cabaran.best ba ni..wah, bahaya ni, no satu plg dibenci perempuan cantik.habisla, berlarian semua perempuan cantik;D

    ReplyDelete
  4. NIEZA:aLaaa..klu lbh dri 10, byknya tu.hahaha;D tp, x apa, kita list down apa yg kita rasa;D

    ReplyDelete
  5. hai kak misya...

    sy pun btul2 tdk ska taugeh, tp klau dpn mak mentua tu tpaksa la mkn kan...heheh

    ReplyDelete
  6. Sayur taugeh sedap tu kak kalau digoreng. Nyummmm. Hahaha.

    Yang lain lebih kurang sama, kecuali part tidur tu. Kalau bising macam mana pun, kalau memang tu mata saya memang mau tutup sudah, tidur juga tu. Hahahahhaa.

    ReplyDelete
  7. Syok pula ni tau.. ^_^.v.. Hm,bukan anemia la ka.. anemia tu kurang darah.. INSOMNIA!! c Aki punya penyakit kritikal.. haha.. hari2 tidur 3-4 jam ja.. kadang2 nda dapat tidur langsung.. syok kan??

    ReplyDelete
  8. hanjila:sama pula kita ni hanjila.hahaha..;D matai, klu depan mentua, aku x mau makan jg tu dik.biarlah..hahah

    FM:wah..kesedapan pula ko sana.lidah lain2 ba kan.hihihi.klu aku mcm ko ni bagus ba.terus jak tidur.x kisah apa gangguan.

    aki:yarabiii...tersalah ba aku ki.hahahaha..klu aku jd mcm ko kan bagus.x tidur pun tetap juga cergas..klu aku, ada aku tidur di sekolah;D

    ReplyDelete
  9. hahaha.. mana da cergas.. pandai2 la curi masa tidur.. Tapi kalau Cikgu,mesti mo segar sepanjang pagi.. jadi,susah la.. hahaha...

    ReplyDelete
  10. aki:aku syorkan ko bt entri utk list down, apa yg ko bt klu ko x dpt tidur, atau supaya ko x tidur.mana tau dpt aku apply.kin tekanan ni klu x dpt tidur atau x tau mo bt apa klu sdh boring;D naa..di sekolah, mau kena mrh oleh guru besar klu tidur.hahaha

    ReplyDelete
  11. HAHAHA...aku baca 10 things tu kak,10 jenis memek muka juga la yang aku imigin ..hihihih

    ReplyDelete

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...