Wednesday, 15 June 2011

Mekap untuk bakal pengantin

Dulu, aku adalah antara golongan yang say no to mekap. Sebabnya senang saja, aku tiada barangan mekap dan aku tiada kepandaian lansung untuk lukis muka aku dari yang kurang cantik ni kepada menjadi sangat cantik. Misalnya dari muka beast tukar jadi princess. atau dari ugly frog to prince charming. Aku main hantam saja. cukup dengan lip ice dan bedak muka & blah pergi keluar dari rumah.

Then, slowly aku belajar. Kononnya siap ikut kursus mekap lagi. Adalah confident sikit sebab aku belajar basic dan banyak buang masa aku tengok tutorial dalam u-tube. Tapi, kalau mahu cepat, aku main tonyoh sesuka hati. Lepas tu, kalau aku rasa muka sudah berubah jadi alien, aku ambi tisu basah lalu, lap pula. Sayang mekap, buang masa dan bagi aku rasa penat saja.

Aku selalu idamkan dapat muka yang cantik ala-ala rozita che wan kalau lepas kena solek. Haih, aku adore dia ni betul-betul. Bukan saja muka, aku selalu berangan dapat curve body macam dia. Aku geleng kepala tengok. Pegh! cantik tau. Sedangkan aku yang perempuan ni pun suka tengok dia, gerenti, kaum adam pun suka, kan?hihihi.



Orang selalu cakap, kalau mahu nampak lawa atau muka nampak lain dan hangat daripada biasa masa kahwin, kena jarang-jarang selalu pakai mekap. Betul ka tidak aku pun kurang pasti, Itu ikut persepsi masing-masing. Bagi aku, kalau memangnya orang tu sudah lawa, tonyoh macamana pun muka dia, tetap lawa juga. Bagi yang kurang lawa, tapi kalau disolek oleh orang yang expert, okay, muka yang kurang lawa  tadi pun boleh bertukar jadi ala-ala artis.

Eh, kadang-kadang, aku hairan juga, asal muka cantik, mesti akan disebut MACAM ARTIS. Sampai aku terfikir, golongan artis saja ka yang cantik? golongan yang tiada nama tidak cukup cantik ka? Lepas ni, aku kena biasakan diri untuk tulis atau cakap, cantik macam si timah atau si mimi. hahaha. terus, aku rasa tidak sesuai bila guna nama yang tidak dikenali. Kesiannya kepada golongan yang tidak bernama jenama ni.

Berbalik kepada impian aku tadi tu, masa kahwin tu lah kononnya melaram. Mak andam bagi mekap berinci-inci. Daripada muka polos, naked sampai lah mama aku tidak kenal. hahaha. 

without mekap

ada eyeliner, lip ice & compact powder
smoke eyes


ni pertama kali pakai bulu mata palsu atas dan bawah


Kamu mungkin nampak aku okay dengan mata yang begini, tapi the truth is aku rasa macam ada penghadang  sebesar 2 kilo di mata aku. Sudahlah mata aku kecil, tambah kecil lagi oleh bulu mata tu. Mama aku terkejut tengok mekap aku macam ni. Rahsia terbongkar bila adik aku bagitau yang mama menangis bila tengok muka aku macam ni atas pelamin. Pasal apa, dia tidak suka tengok solekan mata  dan bulu mata aku tu. oh, aku hilang kata.

less is more

Yang ini, mekap seperti yang aku mahu. Aku request untuk solekan yang natural, tidak tebal  tapi nampak manis. Even bulu mata pun, aku pilih yang paling halus. Dan, mama aku suka, suami suka, semua family aku  pun suka.;D

Maksudnya di sini, cantik itu subjektif. Kadang-kadang orang cakap, dia cantik, tapi bagi kamu tidak. Kamu pula cakap yang sebaliknya. Itu terpulang pada pandangan seseorang. Mata kita dua tapi penglihatan kita berbeza. Tafsiran kita berbeza. Dan apapun, bagi aku less is more. More is sweet. Sweet is forever. ;D

Pesan aku dengan bakal pengantin: Ringankan mulut kamu untuk demand dengan mak andam kamu masa dia mekap kamu. Pastikan kamu bagitahu dia, kamu mahu mekap style yang macamana. Yang simple, ala hindi, korea atau pun ala lady gaga. Mana-mana kamu lah. Sebab yang ditengok, yang dipuji, yang dikutuk adalah kamu. Bukan orang lain.

3 comments:

  1. Saya tidak berapa pasti kalau lelaki lain, tapi rasanya mungkin semua sependapat sama saya kali. Lelaki tidak berapa minat kalau perempuan mekap terlampau tebal atau pun terlampau tambah sana sini. Lagi natural, lagi ok. Hehe.

    Entri Terbaru: wordless wednesday #3

    ReplyDelete
  2. Baiklah! thanks for the tips (hehe)

    ReplyDelete
  3. fadzmie:naa, samala..aku pun x suka mekap tebal.yg sedang2 saja lagi x berat bawa muka.hihi

    cinoe:u r welcome sweet;D

    ReplyDelete

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...