Monday, 13 June 2011

orang mengandung boleh makan pedas & panas?

Tadi, ada kawan tanya aku ' sudah ada isi ka belum ' aku jawab ' belum ada, kak'.
Dia kata ' oh, kalau macam tu, kena jaga kesihatan selalu, jaga makan, jangan makan pedas dan panas'.
google

Bila dia cakap macam tu, mata aku membesar dan mulut pun ternganga. Sebabnya, masa balik Sabah haritu, aku bukan main banyak lagi makan sambal lada pedas. Ya, macam biasalah. Asal balik saja, mama sudah buatkan aku sambal lada. Mana aku mau lari, kalau itu lah makanan favourite aku. Lepas tu, aku siap order teh halia lagi masa lepak dengan kawan lama aku & husband masa di Labuan. Oh, aku rasa macam mau pengsan sekejap!

Betulkah apa yang kakak tu cakap, kalau mau mengandung tidak boleh makan pedas dan berunsur panas? Okey, kalau nenas tu aku sudah well-known. Tapi, yang pedas dan panas ni, aku lansung tidak tau.

Maka, sekarang aku blur sedikit. Hampa ada. Kecewa makan lada pun ada. Kalau boleh, mau putar masa, tidak mau makan lada lagi!

Ok, aku positif. Kalau Tuhan cakap 'kun fayakun'. Maka, 'kun' la kan.

mmm...berdoa tanpa henti. 


No comments:

Post a Comment

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...