Sunday, 12 June 2011

Our WorLd, ThEiR WaR

Transformer

Dari zaman kanak-kanak lagi, untuk yang seumur dengan aku (29 tahun, ya, semakin banyak bilangan tapi diharap kedutan tidak bertambah..hehe) kamu tentu sudah biasa dengan kartun Transformers, kan?  Setiap watak yang ada dalam kartun ni ada class nya sendiri. Kalau tengok, aku mesti rasa excited dan ketawa sendiri pun ada. Lepas tengok kartun ni, gerenti akan beraksi macam punya kuasa seperti Transformers bila bergaduh dengan adik-adik. Tapi, itu kisah dulu, masa jadi budak hingusan. Sekarang, aku sudah besar,sudah jadi isteri orang pun Cuma, aku masih minat Kartun ni dan aku pun tidak terlepas untuk nonton movie Transformer 1 & 2 tu berkali-kali.;D

Then, Bila Nuffnang dan eonbankcard buat Contest pasal movie Transformer 3: Dark of the moon yang akan ditayangkan awal Julai ini , aku mahu cuba juga sharing idea untuk beri jawapan untuk satu option yang kena pilih.

- Option A: Tell us how you would protect the world from the Decepticons, and which Autobots character you would like to transform into to protect the world.
- Option B: Tell us how you would defy the Autobots and destroy the world, and which Decepticons character you would like to transform into to destroy the world.

Kalau diberi pilihan untuk pilih autobots atau Decepticons. Aku akan pilih untuk jadi Decepticons (option B). Ya, aku pilih watak jahat. Bukan aku suka main jahat tapi aku suka dengan semangat dari watak jahat ni. Watak Decepticons yang aku pilih pula Megatron.
Megatron

Alasan aku pilih untuk jadi Megatron sebab pertama: Sikap kepimpinan yang Megatron miliki. Dia menggunakan kuasa yang ada dengan semaksimumnya untuk memimpin decepticons yang lain bagi menjalankan misi. Dia juga Fokus untuk mencapai misi tidak kira apa pun terjadi. Tidak kira sama ada berkorban tenaga, nyawa decepticons lain atau manusia di bumi.  Decepticons main belasah saja. No kompromi sebab misi tu yang utama. Yang paling penting juga, Megatron ni, bijak merancang dan mengatur strategi untuk menumpaskan pihak lawan iaitu autobots.

Cara untuk kalahkan autobots dan hancurkan dunia pula, aku akan bunuh autobots satu persatu  mengikut keutamaan. Mula-mula bunuh optimus prime, Iron Head (Pakar senjata), tumpaskan kumpulan Nest, Bumble-b dan autobots-autobots yang lainnya. Strategi membunuh satu persatu ni sebab, pada pengamatan aku, since optimus prime adalah ketua yang menjadi sumber kekuatan autobots untuk terus bertahan macam dalam Transfromer 2, bila optimus prime mati, autobots jadi kucar kacir, hilang arah tanpa ketua.

Meaning to say, Autobots ni memerlukan ketua untuk guide mereka dan ketiadaan ketua akan buat mereka tidak tahu mahu buat apa. Lagipun, kalau difikir secara logik, tanpa kepimpinan yang baik dari pemimpin yang betul-betul layak, gagah, berkarisma dan berani, mana mungkin satu organisasi atau kumpulan itu mampu bertahan untuk berdepan dengan cabaran mahupun pesaing.

Strategi pembunuhan satu persatu mengikut mengikut keutamaan ini juga adalah aku ambil dari ilmu masa belajar dulu. Kamu masih ingat pasal SWOT? S: Strengths, W: Weakness, Opportunity & T: Threats. Since Optimus Prime tu Strengths bagi autobots dan kematian ‘sekejap’ optimus Prime jadi Weakness untuk mereka juga, so, Decepticons perlu ambil Opportunity ini untuk terus menghapuskan autobots yang lain. Bila autobots rasa terancam ( Threats ) jadi, mudahlah untuk Decepticons mecapai misi mereka.

Okey, demikianlah jawapan untuk soalan yang perlu dijawab bila ikut contest ni. Panjang berjela-jela pula aku rasa jawapan aku ni. hihi. Harap-harap Nuffnang tidak kisah;D. Oh ya, jangan lupa untuk klik link eonbank kad  kalau kamu mahu dapat seperti ini:


features & Benefits
Exclusive Movie Privileges
Enjoy up to 10% discount on normal tickets purchase when you use your GSC-EON Bank Credit Card at all GSC Outlets. Here’s how:-

Cost Per TicketDiscount Entitlement
Below RM 10RM 0.50 per ticket
RM10 and aboveRM 1 per ticket
RM 20 and aboveRM 2 per ticket
RM 40 and aboveRM 4 per ticket
RM 50 and aboveRM 5 per ticket
RM 60 and aboveRM 6 per ticket
Only applicable for normal adult tickets. Not applicable for Wednesday pricing, Student, Handicapped, Senior Citizen, Children and discounted Film Festival tickets.
Approval Offers 
Upon Approval, you will enjoy:
  • 1 x Complimentary Movie Ticket
  • 1 x Small Popcorn Combo Set
  • 1 x 50% Discount Voucher on Food & Beverage Purchases at GSC’s Outlets
  • 5 x Buy-1-Free-1 International Screens Movie Tickets
    - Non Klang Valley GSC’s outlets, International Screens Movie Tickets can be redeemed as normal asterisk (*) movie tickets.
    - Not applicable for Gold Class, Premier Class, Twin Seats, Digital 2-D and Digital 3-D movies.

untuk maklumat lanjut klik ini: gsc-eonbankcard

2 comments:

  1. Fuuhh, jarang jumpa orang yang suka watak-watak jahat ni. Hehe. Boring bah kalau semua mau jadi yang baik-baik ja. Hehe. Btw, good luck with your contest! :)

    Entri terbaru: tragis

    ReplyDelete
  2. hahaha..mmg tu, mana orang suka watak jahat ni.tp, aku ni kono mo ambi contoh teladan watak jahat ba ni.klu jahat ni kan, walaupun at the end kalah, tapi, siok ba tgk aksi dia.x mau kalah.;Dhaha

    ReplyDelete

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...