Thursday, 2 June 2011

Perbezaan sebelum dan selepas kahwin

Betullah apa yang aku selalu dengar, dalam hidup ni, kita kena ada pro dan kontra. Kalau kita dapat yang pro saja, alamatnya hidup kita akan kurang seri atau kalau kita dapat yang kontra saja, kita akan selalu salahkan orang lain sebab bersikap ketam batu terhadap kita. 

Minggu lepas ada kawan bertanya dengan aku, apa beza yang paling ketara selepas kahwin dengan suami aku. Aku ketawa. Aku jawab 'dia pandai mengemas, kalau dia mengemas, aku pun kalah. Akan tersusun dari kecil ke besar, dari rendah ke tinggi dan dari banyak ke sikit'. 

Ini kedudukan item dalam beg suami

Ini kedudukan item dalam poket kedua

Lepas tu, cuba tengok dalam beg aku

kedudukan item dalam beg aku yang macam dilangar todak. hahaha

bercampur segala-galanya. Belum kemas lepas balik dari Kuching. ;D
Proses penyesuaian diri terus jadi sama ada cara sengaja atau tidak dalam rutin kami. Walau jauh dan kalau diberikan peluang atau punya rezeki lebih dapat lah kami jumpa 2 minggu sekali. Alhamdulillah, itu sudah lebih dari jumpa sebulan sekali, kan? Bila jauh lepas tu ada masa untuk jumpa, 'do not disturb' itulah yang aku selalu buat.  Off handphone sekali sekala kalau dia ada tu ada juga lah. hahaha. 

5 Jun 2011 ni, kami akan buat masjlis resepi di tempat suami pula since majlis di tempat aku sudah   selesai on 13 Mac 2011 tu. Perasaan aku sudah macam-macam. Aku  cuba baju sanding yang aku sudah tempah seawal bulan 12 lepas dan siap bulan 2 tu. Zip ok, kain ok cuba yang aku rasa tidak puas hati bila ada rasa penambahan saiz di bahagian perut. oh, Tuhan. aku jaga makan. aku kurang makan berlemak. Kurang minum bergula. Aku kurang minum sejuk. Dan bila aku kurang semua, aku jadi makin tidak puas hati. Geram. Timbang berat, masih sama juga. Dan kerana ketidakpuasan hati aku tu, aku beli pregnancy test tadi. Esok pagi, aku akan check. Aku mahu tengok apa resultnya. Ya. Baru ada rasa puas hati.
google


Ok. tidak sabar untuk tunggu esok pagi.

No comments:

Post a Comment

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...