Saturday, 18 June 2011

Persetankan cakap orang

Hujung minggu di rumah saja. Kelu lidah tidak terkata-kata.  Atau lari saja ke laut, lalu tenggelam?.Banyak yang bermain di fikiran tapi, tidak dapat diolah menjadi penulisan yang bermakna. 

Sebenarnya, hati begitu terkesan dengan soalan 'bersedia ka sudah aku untuk pregnant sedangkan suami tiada di sisi?'. Kalau difikir positif, mungkin mereka simpati sebab bukan senang untuk bawa baby kalau tidak tinggal serumah dengan suami dan tambahan lagi aku ni tinggal bujang. Kalau apa-apa berlaku, tiada siapa tempat untuk minta tolong. Misalnya, kalau sakit di tengah malam, dengan siapa mahu minta tolong?. Aku hargai sebenarnya keprihatinan mereka. Mereka sudah makan lebih banyak garam dari aku. Terima kasih.

Tapi, bila dibawa perasaan negatif tu, aku akan beranggapan begini, kalau Tuhan sudah bagi rezeki, kenapa harus ditolak pula?. Bagi aku, kalau begitulah takdirnya, Tuhan bagi rezeki awal walaupun aku jauh dengan suami, aku terima dengan senang hati. Sebab, kami memang mahu baby. Oh, sebak pula bila diingat situasi begini. Kehidupan suami isteri yang belum jadi milik sepenuhnya bagi kami walaupun sudah diijabkabulkan  3 bulan lebih. Its darm hard bila kamu sudah bersuami/isteri tapi kamu  masih juga jauh. Even, kamu yang sedang bercinta-cinta, bertunang-tunangan pun, kamu sudah rasa sehari tidak bertemu bagai berabad lamanya, kan? naaa...inikan pula suami isteri? Mahu sebak dada, bergenang air mata kalau buka cerita pasal ini. Haih!

Tutup mata. Aku mahu senyum saja. Bisa gugur rambut kalau asyik fikirkan cakap orang. Persetankan semua. Aku yakin setiap perancangan yang Tuhan bagi, itulah perancangan yang paling strategik, tiada yang lebih sempurna dari-Nya. Kamu boleh merancang dengan hebatnya tapi, kalau bukan itu yang terbaik untuk kamu, tiada hasil yang akan kamu dapat. Jadi, tutup telinga kamu. Jangan biar cakap orang lain bikin kamu stress. Kamu ikut saja kata hati sebab kata hati tidak akan pernah mahu tipu kamu.
google


7 comments:

  1. paling best kak..

    "bisa gugur rambut kalau dengar cakap org"

    jum pekakkan telinga atau nama manjanya badakkan telinga anda wahahah"

    nice N3 kak..

    ReplyDelete
  2. Assalam'alaikum Sis.. Alamak, segan pula mau komen pos begini sebab tuannya berkahwin sudah, muahua3!

    Cuma pendapat peribadi kan, rasanya hal situasi tu baik bincang dengan pasangan. Bincang segala kemungkinan sekali dengan idea untuk penyelesaian bagi setiap kemungkinan. Lepas tu, buat keputusan/ketetapan bersama. Jadi, tidaklah nanti rasa, kalau ada apa2 naaanti, satu pihak ja yang disalahkan.

    Persiapan mental/psikologi selalu mempengaruhi (+ memberi > makna] persiapan fizikal/jasmani. Kalau kita sudah bersiap-sedia, pasrah, maka apapun yang 'menyeksa' zahir pasti dilalui dengan tabah+senyuman v(^^,)

    ReplyDelete
  3. bikin stress ja kalo tlampo pikir orang ckp kan.. bgus ikut gerak hati.
    hihih

    ReplyDelete
  4. Sis, banyak kawan-kawan saya yang selalu berjauhan dengan husband. Duduk lain negeri, Alhamdulillah rumahtangga masih kukuh. Jangan dilayan kata-kata orang...

    ReplyDelete
  5. AAAK:hahaha..aku suka pula tu ayat badakkan teliga;D pndai ko bermain kosa kata.hahaha;D..entri penuh perasaan ba ni;D

    samizul:naaa, aku suka jg pula dgn pdng peribadi ko ni.tq very much aah.sdh dibincang dgn suami.sbb tu la berani mahu tanggung risiko untk ada bb wlupun suami jauh.ayat, apapun menyeksa zahir tu part paling indah aku baca!btul2 bg semangat.auw;D

    Mikko:yap, ikut gerak hati tula jg paling bagus;D

    Simply:mudaha2an semua berjln lancar.doakan saya sekali aaah..;D

    ReplyDelete
  6. betol betol. saya pun xde baby lagi.rileks2. ada rezeki ada la yea :) gudluck

    ReplyDelete
  7. lufti:insyallah, klu sdh rezeki takkan kemana kan..;D usaha tangga kejayaan bro;D

    ReplyDelete

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...