Sunday, 26 June 2011

Sedih pun ujian, gembira pun ujian

Perginya dia, perginya juga perasaan gembira dalam diri aku. Beginilah aku setiap kali bila suami balik. Mula-mula tu, memang eksen, tabah konon, masih beri senyuman paling manis untuk dia, tapi, lepas salam tangan dan dia kucup dahi aku, air mata keluar laju-laju. Mana mungkin aku boleh bohong diri sendiri yang aku tidak sedih bila dia perlu pergi tinggalkan aku lagi. Sayangkan isteri tinggal-tinggalkan, ya, ini memang betul-betul sayangkan isteri.

Sedih itu ujian, gembira itu pun ujian. Bila kita gembira, itu tidak bermakna kita tidak diuji tapi itulah sebenarnya cara Tuhan uji kita. DIA mahu tengok sama ada kita tahu bersyukur atau pun tunggu bila kita susah barulah menangis sedu sedan minta diberi kemudahan untuk lalui cabaran hidup. 

Beginilah aku setiap kali dia datang, hari jumaat dan sabtu adalah hari bahagia aku. Masa itulah aku jadi suri rumah sepenuh masa. Makan, jalan, solat dan bercerita sama-sama memang beri satu ketenangan yang maha nikmat. Jalan pegang tangan di tempat umum pun, tiada siapa boleh larang. Ditanggung halal.

Dan, bila dia pergi, aku akan kira hari lagi untuk tunggu dia datang. Inilah rutin kami  sejak sudah kahwin. Mudah-mudahan saja, kami tabah. Kami kuat. Kami positif untuk terima ujian hidup macam ini. Insyallah..



3 comments:

  1. hehehe... sahut je~.. cabaran tu terbuka kpd semua orang.. hehe~
    gary follow cne yer~.. jom vote blog gary dalam pertandingan blog kreatif~....

    ReplyDelete
  2. betui2...setuju sgt ngan tajuk tu

    ReplyDelete
  3. gary:orait..tq very much.nnti sy vote;D

    GKA:tq;D

    ReplyDelete

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...