Tuesday, 14 June 2011

Segmen: aku seorang blogger

Ada seorang jejaka ganteng tag aku untuk joint SEGMEN ini. Aku baca & terus klik new post. oh, aku suka sebab syarat penyertaan untuk join segmen ni bagi aku bersifat user friendly. hihihi. senang untuk dapat idea. Aku tidak perlu perah otak sampai kering. tq untuk pihak penganjur ini aku seorang blogger.

Di bawah adalah banner penganjur segmen ini, mohd Syafiq nama diberi dan ini link dia akuseorangblogger. Comel juga. Weii, ini bukan sengaja memancing kegembiraan hati tapi sudah menjadi kebiasaan kalau kita baru kenal orang tu, kita kena puji-puji supaya orang tu mudah senang dengan kita. Ceh! ;D



Syarat seterusnya: list 5 sebab kenapa aku jadi blogger?


1) Seawal umur aku 11 tahun, aku sudah ada diari sendiri. Buku catatan comel-comel yang dulunya berharga RM 5.00 itulah yang jadi diary aku. Tempat aku luahkan segala rasa aku bila aku kena buli di sekolah atau bila mama marah aku sebab aku mandi sungai sampai maghrib tapi belum lagi kemas rumah lagi. Itu sebagai misal saja, sebab banyak lagi cerita budak hingusan yang baru  mengenal dunia seperti aku ni dulu. Aku tulis juga bila aku rasa gembira even cikgu puji sebab tulisan aku yang kononnya cantik. haih! puji lagi;D
diary 2011;D

Then, semakin besar, aku sudah mula beli diary biasa yang murah-murah tapi memang khas untuk diary tu sebagai tempat aku menulis rutin aku sampailah aku bertemu dengan dunia blog. Bila sedar, ada penjimatan duit di situ, aku pun mula guna blog untuk meluah perasaan. Ya, sebab tu jugalah blog lama tu aku tutup sebab setiap apa yang tertulis di sana memang rasa hati yang tiada bohongnya. As a point, aku jadi blogger sebab aku adalah penulis diary yang sudah migrate mengikut teknologi semasa. hihihi

2) okay, sebenarnya aku mula berblog tahun 2007 sampailah sekarang. Tapi, blog yang lama tu aku tutup atas sebab-sebab untuk menjamin keharmonian hidup aku dan yang sewaktu dengannya. So, blog yang ini aku baru buat bulan Mei yang lepas untuk gantikan blog lama yang sekarang jadi tatapan aku saja. Meaning to say, aku jadi blogger since perjalanan hidup aku jadi sangat complicated bermula tahun 2007. Dalam blog itu lah, banyak suka duka hidup aku menjadi kenangan. Jadi, bila cerita hidup aku menyesakkan jiwa dan aku rasa perasaan aku lebih bagus lepas aku post semua dalam entri di blog.

3) Semangat aku untuk jadi blogger makin berkobar-kobar sebab dengan berblog, aku dapat tau perkembangan semasa dengan cepat dan ringkas. Walaupun ada yang tidak berapa tepat tapi, at least, ada cerita di situ untuk dikongsi. Kebenarannya kamu boleh fikir sendiri.

4) Aku jadi blogger sebab aku suka membaca.  Hobi tu dari aku kanak-kanak sampailah sekarang. Masih juga aku jadi pembaca yang tegar. Maka, dengan adanya blog-blog orang lain, aku boleh  tambah info atau pengetahuan sebab tu aku suka blog yang isinya santai tapi sarat dengan perkongsian ilmu.

5) Last but not least, aku jadi blogger sebab untuk pastikan minda aku tidak tumpul. Bila menulis, aku kena menulis dengan hati, bukan sekadar dengan jari. Setiap apa yang ditulis, seboleh-bolehnya aku mahu pastikan yang pembaca boleh dapat info atau paling tidak pun dapat suntikan motivasi dari entri aku. Makanan untuk minda ialah membaca. Aku rasa, kalau aku tidak menulis vs post entri, macam-macam persoalan dalam otak aku sampai kadang-kadang aku boleh mimpi benda tu. hahaha. nite mare terus!

Maaflah tuan penganjur. Panjang la pula entri aku ni. hahaha. inilah masalah aku, asal mula menaip saja, jari terus menari atas keyboard sampai susah mahu stop the music.hihihi. 

Aku tag segmen ini seterusnya untuk:


Baju ku yang fancy -Suamiku kata

13 comments:

  1. thanks for joining !.. stay update ye.. mana la tau kamu salah seorang pemenangnya.. hehe :D

    ReplyDelete
  2. thx kak cz tag...sat ag join...;}

    ReplyDelete
  3. Macho? Haha. Adaka.
    Btw, thanks for tagging, ya?
    Entri akan menyusul tidak lama lagi. :)

    Entri Terbaru: laman kerajaan akan diserang penggodam anonymous?

    ReplyDelete
  4. hey there . ;)

    ame singgah dari Blog Muhamad Syafiq . good luck ya and happy blogging . jemput singgah blog ame ya .

    ohh , have a nice day ahead ya ! :D

    ReplyDelete
  5. singgah sini dari blog M.S segmen Aku Seorang Blogger :)

    ReplyDelete
  6. tahniah sbb tersenarai dalam top 20 Segmen Aku Seorang Blogger ^^,

    AM singgah dari blog Muhammad Syafiq :)
    keep on blogging !
    jemput la singgah blog AM kalau free :D

    ReplyDelete
  7. hello !

    ame singgah lagi dari blog Muhammad Syafiq . tahniah ya kamu tersenarai juga dalam top 20 Segmen Aku Seorang Blogger . good luck ya !

    have a great day ahead . :D

    ReplyDelete
  8. hye :)

    kami pun terpilih jadi top 20 juga ...

    tahniah kepada anda :)

    ReplyDelete
  9. hye :)

    kami pun terpilih jadi top 20 juga ...

    tahniah kepada anda :)

    ReplyDelete
  10. hanif, ame, kertas80gsm dan aku dan sesuatu: tq very much ya;D tahniah juga utk kamu;D

    ReplyDelete
  11. Misya Mialen ! Tahniah. tersenarai top ten dalam SEGMEN Aku Seorang Blogger. Semoga sukses selalu :)

    jangan lupe melawat kertas80gsm juga ya :)

    ReplyDelete

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...