Sunday, 19 June 2011

tips backup blog sebelum kena godam~ SENARAI BLOG KENA GODAM


Bangun pagi check dashboard. Gelabah tidak tentu pasal. Dapat link ini, check, ok bungasepet tiada dalam list untuk di hack. Tarik nafas. Lega. Risau juga sebab aku join member Gengblogger. Untuk kamu yang jadi member geng blogger ni, cuba check nama blog kamu di:

 senarai nama blog bakal digodam

Kalau blog kamu tiada dalam senarai, ok, bisa senyum dengan tenang tapi, bukan bermakna kamu tidak perlu save isi blog kesayangan kamu tu. As a precaution, apa kata kamu save saja. Paling tidak pun, kamu ada usaha untuk sediakan payung sebelum hujan. Bukan, gitu? 

Walaupun senarai ni belum ditentukan setakat mana kesahihannya, mana tau tipah tertipu, tapi aku masih juga mahu pesan dengan kamu supaya bersiap-siap sebelum kena. Haih! awal pagi ni, banyak pula perbahasa aku. Mood pagi ahad yang menarik tapi ada sendu. ( cerita di lain entri) Aku dapat link  ni dari blog cikgu dahlia

Cara backup post blogspot:

 Login blogger > Setting > Basic > Blog tools > Pilih Export Blog > Tekan download


Cara upload fail backup post blogspot:

Login blogger > Setting > Import Blog > Browse fail yang didownload tadi > Klik kotak automatically published all imported post > tekan import blog

Kalau penglihatan kamu masih kabur, kamu rajin-rajinkan diri klik blog linazlina atau syafzmagz. Mereka ada tunjukkan cara yang lebih jelas iaitu guna gambar sekali;D 

Aku pun belum backup lagi blog aku ni. Haih, macam-macam karenah dunia sekarang. Terpaksa atau tidak, teruskan saja hidup dengan riang gembira seperti kanak-kanak ribena.

3 comments:

  1. Makaseh ngan maklumat ni.. Nsib baik ak xda dalam senarai.. hihi

    ReplyDelete
  2. d(^^,)

    Memang ada yang kena sudah tu. Salah satu cara lagi yang aku jumpa, tukar password.. Kalau down boleh minta tolong dengan domain+hosting provider.. Memang 'mangkuk' lah Mat2 Hackers yang saja2 cari pasal dengan 'orang awam'..

    ReplyDelete

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...