Saturday, 11 June 2011

Trip Kota Belud ke Miri

selamat tinggal kampungku

Dengan perasaan buat-buat berani, aku dan suami teruskan juga planning kami untuk driving balik ke Sarawak hari ni. Ini kali pertama untuk hanya kami berdua saja pandu kereta sejauh Kota Belud-Kuching. Sebelum ini, kami balik dengan kawan-kawan dan yang terakhir hari tu balik dengan adik dan sepupu aku. Kami pejam mata saja tapi celik bila berada di jalan raya. 

Kami bertolak dari Kota Belud jam 10.30 pagi dan singgah sekejap di KK untuk beli barang-barang yang dikirim oleh cikgu-cikgu di sekolah. Jam 1 petang kami mula jalan dari KK seperti orang yang bukan balik ke Sarawak sebab lagak kami seperti orang yang makan angin. Jalan dengan relax dan mungkin sebab itulah aku suka kalau berjalan dengan suami, dia slow motion. So, aku tidak rasa tertekan bila jalan dengan dia. Ya, cuba kamu rasa imagine, apa perasaan kamu kalau kamu jalan beli barang dalam keadaan yang kelam kabut? option yang aku pilih, aku sanggup tidak beli dari bergerak macam lipas kudung. Kalah aksi masa di orentasi masuk U, atau maktab. haha.

Kami sempat singgah solat di Masjid ( lupa nama ), Sipitang dan beli KFC guna kopun yang kami dapat dari beli minyak di Shell. hihi. untung tau. Kamu rajin-rajin la beli minyak di Shell, 15 Jun ni kempen tu akan berakhir so, sebelum habis kopun, isi saja minyak kamu selalu di sana.

Dalam berjalan penuh santai, kami risau juga kalau kami tidak lepas di Sungai Pandaruan tempat feri kereta tu. Alhamdulillah, perjalanan kami dipermudahkan. Kami tunggu tidak sampai 30 minit untuk naik feri ke seberang (Kawasan Limbang). Masa di Limbang, hari sudah gelap dan kami terlepas juga di Imigresen Puni walau terpaksa menunggu lebih kurang 30 minit juga. Kami guna jalan Short-cut untuk sampai di Kuala Belait dan terus ke Check Point yang terakhir iaitu Sungei Tujuh di Brunei. Jam 9.29 pm, masa itu aku akan selalu ingat sebab selepas saja pegawai imigeresen tu bagi pasport antarabangsa kami dan benarkan kami untuk masuk Miri, Huiiih! itu saat paling mengembirakan.

Actually, untuk pulang ke Sarawak guna kereta, kami kena masuk dan keluar dari Brunei sebanyak dua kali ( Lawas, Brunei, Limbang, Brunei, Miri ). Kalau tidak tahu jalan, boleh sesat tapi kalau kamu ringan mulut, sila bertanya dengan penuh sopan dengan orang tempatan di sana. Ya, Almaklumlah, pelancong kena menghormati penduduk tempatan, kan? Alhamdulillah, kami masih stick ikut peta yang dulu dan kami sempat untuk sampai ke Miri tanpa halangan. Aku senyum, suami pun senyum tapi aku tahu dia penat. Sangat. Dia drive dari Kota Belud Ke Miri. Tahniah sayang, aku bangga dengan kejayaan kita setakat ini. Esok, kita jalan lagi, okey ;D

Sekarang, masa untuk rehat. Simpan tenaga untuk besok.

p/s kalau aku rajin, nanti aku upload gambar sepanjang perjalanan nanti;D

No comments:

Post a Comment

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...