Wednesday, 8 June 2011

Trip to Labuan





Sekarang, aku sudah boleh hembus nafas lega. Alhamdulillah, majlis resepsi kami pada hari ahad 5 Jun 2011 tu berjalan lancar. Hari sabtu tu kami sempat untuk naik feri kereta jam 10.30 pagi dari Menumbuk. Ingatkan kami tidak sempat lagi untuk ikut feri tu memandangkan jalan dari KK ke Papar sesak dengan kereta vs lori-lori besar. Masa tu, aku hanya mampu berdoa supaya urusan kami dipermudahkan. 
dalam bas menuju ke beta apartment service
para pelancong turun dari bas

Masuk saja simpang ke Menumbok, semua kereta kami yang konvoi speed 120-130. Hahaha. Dan nenek-nenek vs makcik-makcik aku pun pegang palang kereta dengan kuat. Itu belum lagi cerita cari parking kereta di Menumbok. Dan untuk itu pun, memang Tuhan permudahkan urusan kami juga. Since kereta kami ada 5 buah so, kami tidak ada masalah untuk saling menghalang kereta masing-masing.

For information, harga tiket untuk seorang dewasa RM5, cukai kepala RM1.50 dan bayaran sewa untuk kami parking kereta ialah RM5 untuk satu malam. Kalau kamu mahu bawa kereta masuk dalam feri, bayaran akan dikenakan ikut jenis kereta kamu. Dulu aku bawa kereta Viva, jadi aku bayar RM94 saja. Lagi besar kereta yang kamu bawa, lagi besar juga bayarannya. Kamu just pergi kaunter dan minta borang untuk bawa kereta then baru kamu bayar. Tapi selalunya kalau cuti sekolah, syarikat feri tu akan bagi pengumuman sebulan awal untuk booking tiket. Sebab bila musim cuti sekolah, permintaan lebih tinggi dari penawaran. Jadi, kena selalu alert untuk booking tiket untuk pergi dan balik masa cuti sekolah.
Dalam feri;D 

Lepas saja aku urus pembelian tiket dan cukai kepala, kami terus masuk di dalam feri. Macam-macam gelagat family aku dalam feri tu. Kalau yang belum pernah masuk feri  tu, tidak habis-habis idea untuk pose. Bekal yang mama bawa dari kampung dibuka di dalam feri maka, macam ada kenduri di sana bila bau ikan masin semerbak di dalam feri yang ada air cond. Hahaha. Begitulah perut lapar, semua pun main belasah saja.
opsss.. kepala terpeleng tengok gambar  anak buah aku;D


Kami sampai di Labuan kira-kira jam 12.15 pm. Bas sewa sudah tunggu kami di terminal dan terus bawa kami ke Beta Apartment service. Ya, itu tempat tinggal kami selama sehari. Aku sekali lagi menarik nafas lega bila dapat potonga untuk government rate. Sepatutnya aku bayar RM388 tapi selepas potongan, aku just bayar RM312 saja. Wah, aku gembira tidak terkata. Lepas saja selesai berurusan di kaunter, dapat kunci apartment, kami terus masuk bilik kami. Keadaan dalam apartment tu cantik, ada 3 bilik yang setiap satunya ada tandas. Ada tandas di luar dekat ruang tamu, dapur, tv, meja makan dan barangan dapur siap dengan dapur+tong gas dan sudu, garfu, pisau, pinggan dan bekas-bekas untuk masak. Meaning to say, kami menganggap itu rumah kami buat sementara.;D
ruang tamu dalam apartment beta

macam-macam ragam






bersantai

di meja makan, ya, semua kelaparan


Yang buat aku suka, semua yang masuk dalam apartment tu senyum meleret  dan boleh assume itu sebagai tanda puas hati dan aku pun tau ada yang  tidak sabar  untuk mandi di swimming pool di tingkat 1 Apartment tu. Hihihi.

Since, kami sampai awal, ada yang keluar berjalan untuk shopping. Almaklumlah, coklat, kereta dan minuman keras adalah barang yang termurah di Labuan. Aku berehat saja di bilik sebab untuk bersedia bagi majlis berinai waktu malamnya. Lagi berdebar hati aku~

3 comments:

  1. besar tu aparment tu...puas ati la tggl kalau begitu rupanya

    ReplyDelete
  2. besar kak!!! kalu ramai-ramai ni plg ngam duk aprtment

    ReplyDelete
  3. ya kak..mmg besar..berbaloi jg la dgn bayarannya;D

    ReplyDelete

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...