Wednesday, 27 July 2011

Asal kurus jadi gemuk mesti kena kutuk


Lihat sekeliling kamu, kamu sangat beruntung bila ada di kalangan orang yang berada di kiri dan kanan kamu bersikap agak penyibuk sedikit atau mulut agak laser. Sebab, bila  ada yang selalu menyibuk dan mulut laser, kamu akan senang tahu akan kelemahan diri kamu. Selalunya, bila orang mengata kita, kita rasa macamlah dia baik sangat atau macamlah dia cantik sangat untuk mengutuk kamu.  Tapi, kali ini, apa kata, kalau kamu ambil kesibukan orang lain tentang diri kamu itu sebagai satu cabaran, okay, boleh kan?

Untuk lebih faham, aku bagi contoh begini:

Kamu ni sememangnya punya bentuk badan slim macam gitar a.k.a kerangga lah konon-kononnya.



Tapi, tiba-tiba bila kamu timbang berat kamu, oh my god! kamu terkejut. Ada pertambahan sedikit mungkin 1/2 kilo atau 1 kilo. Kamu terkejut tapi, kamu masih positif.  Dalam hati kamu kata, lepas ni jaga makan lah.


Hah, macam ni lah kamu mahu berdiet. Jaga jumlah kalori yang masuk di dalam badan kamu.




Tapi, adalah pula tiba-tiba lagi selepas itu iaitu, bila ada kawan yang penyibuk ni dengan selamba kodoknya mengata kamu depan-depan yang kamu sudah gemuk. Mesti muka kamu padan, kan? Maka, sebab itulah aku sudah mention tadi. Kamu jangan naik angin dulu. 

Kadang-kadang orang yang mengatakan kelemahan kamu itu adalah di pihak yang betul dan kamu kena ambilnya sebagai satu cabaran untuk kamu jadi kurus semula dan berbadan ala-ala kerengga lagi ^_^. Jangan melenting. Biarkan dia berkata-kata. 

Bak kata pepatah, kalau kita mahu tahu apa kekurangan dan keburukan kita, cuba dengar kata musuh kita. Memang dia akan cakap yang buruk-buruk saja tentang kamu. Masa tu mungkin kamu tidak dapat terima kekurangan kamu tapi, cuba fikir semula sewaktu kamu tenang. InsyAllah, kamu akan dapat perbaiki kekurangan kamu satu hari nanti. 

Dan sudah tentu, kamu akan berazam untuk menguruskan badan sebab si penyibuk tadi sudah terang-terangan katakan kamu gemuk sedangkan kawan rapat kamu kata: kamu biasa-biasa saja. Oh, awas, mungkin itu manis di mulut saja.



Jaga kesihatan, sebelum penimbang berat tu cakap macam ni. hahaha

Wah, aku masih mahu nampak begini walaupun sudah berbadan dua nanti. pheweeet ^_^
sumber image: 



2 comments:

  1. hehe lau rasa masih mau control shape, Premium Beautiful Offer Masih On aaaa....promote skt sama kawan2 hehe

    ReplyDelete

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...