Tuesday, 5 July 2011

Bawal day 2: Awesome!

Hari ke dua pakai tudung bawal. Rasa happy pula pakai tudung ni lepas sekian lama tidak pakai. Ada kawan kerja yang puji. Kata mereka nampak manis gitu.;D tapi, ada juga budak yang tegur. Katanya, rupa aku lain pakai tudung macam ni. Lagi bagus kalau aku pakai selendang / shawl. mmm.. itu teguran dari budak berumur 12 tahun. Aku senyum saja. Diterima semua teguran untuk perbandingan di masa hadapan.^__^

 Macam biasa, adengan bergambar di trafik light merah.^__^



Kalau pagi, memang jem. sebab tu la kena ada kamera di dalam beg. Bukan apa, untuk hilangkan boring. Tidak terfikirlah untuk memaki orang sebab lambat sangat jalan.hahaha;D


Haih lamanya! sekejap lagi loceng bunyi.


tengok deretan kereta. Semua mahu cepat. Sabar saja lah. Kaki pun sakit tekan clutch. Haih!

Eh, gambar apa ni? oh, beginila keadaan budak di sekolah kalau rehat. Lepas beli makanan, mereka akan ke dewan untuk makan. Yang bawa bekal tu, kena makan di sana juga. Tidak dibenarkan makan di dalam kelas. Macam dulu juga, masa kita sekolah.^_^ Aku ambil gambar ni  pagi tadi sambil-sambil tengokkan budak untuk pastikan mereka makan dan bukan bermain.  


Mereka ni pun suka kena gambar. Aku cakap peace, semua pun peace;D


Suka tengok budak-budak ni, comel saja. Mudah-mudahan besar nanti, kamu jadi anak yang berguna;D


Yang ini pula, masa sesi ceramah motivasi oleh kushardi putra untuk budak tahun 6 selepas rehat. Tinggal sebulan lebih saja lagi untuk UPSR. Budak-budak semua kena ubah sikap kepada asertif. No more playing. No more game, no more fun. Fokus kepada UPSR. Mudah-mudahan usaha ini mampu bagi sesuatu untuk mereka ^__^

Merenung masa depan ^__^

p/s hari bawal berakhir dengan gembira ^_^

3 comments:

  1. hai kak misya,

    manis ja si kakak, cikgu yg baik...

    sy dr dulu pndai pkai tdung bawal ja, ksian tdk up-to-date ni...

    ReplyDelete
  2. cigu rupa ny kaka ni ya.. hehe..

    ReplyDelete
  3. Hanjila:hi dik..;D cikgu garang ni;D ala, x semestinya pakai bawal tu x update dik..depends dgn diri kita. asal kita yakin, baju dulu2 blh jd trend;D

    anne:ya, cikgu yg garang;D

    ReplyDelete

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...