Wednesday, 6 July 2011

Bawal day 3: Scout!


Misi diteruskan untuk bertudung bawal minggu ni. Tapi imej lain sikit.^_^. Sebab tiap-tiap hari rabu kena pakai baju uniform. Maka, aku akan bertukar kepada scout ala-ala budak tahun 6. hahaha. Setakat ni, ada juga yang tersalah pandang, kata mereka, aku macam budak tahun 6.^_^ oh, itu awet budak ka? hahaha. perasan sekejap saja.;D 


Masa ni, belum pakai skaf. Biasalah, sampai sekolah baru pakai, segak gila aku kalau pakai. Nanti pak polisi trafik yang jaga jalan tu toleh banyak kali. wiweeet ^_^. Ini masih lagi adengan di trafik light. Hairan juga aku, minggu ni 3 hari berturut-turut, masa aku lalu mesti lampu merah. Macam sudah tau yang aku kena ambil gambar untuk post dalam blog. Selalunya hijau saja dan tiada masa untuk ambil gambar.^_^


Itu dia..^_^ 



Actually, memo ni sudah diedarkan oleh pihak atasan untuk edaran semua staff. Maka, kepatuhan itu dijaga. Pasal tu la, tiap-tiap rabu pakai baju pengakap. Bagus juga, jimat baju kurung^_^
salah satu aktiviti untuk budak tadi masa perjumpaan kokurikulum. Khusyuk konon buat kerja. Peace no war! cikgu tidak marah punya. Asal siap buat kerja.;D

 Naaa..aku suruh ambil gambar aku, terus, semua pun lari ikut bergambar. Sampai muka aku hampir tertutup. hahaha. Oh, anak muridku ^_^  tapi, dalam hati, suka juga tengok gambar ni. Sporting sungguh budak-budak ni^_^.

No comments:

Post a Comment

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...