Thursday, 21 July 2011

Berhati-hati dengan pakaian dan percakapan

Untuk jadi diri sendiri, banyak perkara kena kekalkan dan ubah ikut syarak dan peraturan duniawi. Kadang-kadang aku bosan begini. Bukan bosan kerana jadi diri sendiri tapi, bosan dengan rutin yang sudah imun untuk diri aku. Bila sudah berada di zon selesa, mulalah berangan untuk berada di zon yang lain. Tapi, kalau dapat zon yang teruk, mulut tidak berhenti merungut dan mengomel.

Masa kecil dulu, tidak sabar untuk cepat besar dan jadi orang bujang. Almaklumlah kata mama, budak kecil belum boleh jalan ikut mama keluar beli barang di kedai, budak kecil kena duduk rumah, budak kecil kena makan banyak supaya cepat besar, budak kecil tidak boleh nangis nanti polis tangkap dan banyak lagi leteran mama yang jadi makanan cuping telinga aku dan adik beradik.

Masa tahun 3, aku minat dengan seorang cikgu ni. Dia ajar subjek BM. Aku suka dia sebab kononnya pada mata aku, dia sangat cantik. Bila dia pergi sekolah, aku selalu perhati baju dan kasut dia. Maka, dari situlah keinginan aku untuk berkasut tinggi dan dapat pakai baju lawa macam tu mula terniat di hati.

Maka sekarang, barulah aku faham kenapa setiap kali aku pakai kasut tinggi ke sekolah dan ada saja budak yang akan tegur: cikgu, kasut cikgu cantik. Dan yang buat aku terharu tu, budak tu siap tunduk mahu touch riben kristal besar di kasut aku tu. Oh, aku rasa tergamam sekejap. Budak tu baru tahun 2. 

Dan aku mulai sedar, betapa pengaruh sekeliling terutamanya orang yang selalu kita nampak akan beri impak pada diri kita. Aku juga perlu berhati-hati untuk setiap pakaian yang aku pakai setiap hari kerana aku sedar bila aku pakai baju hijau, tudung hijau, kasut hijau tapi beg krim+pink lalu, budak akan tanya: cikgu, kenapa tak pakai beg warna hijau?

Dengan selamba aku menjawab, kalau saya pakai semua hijau, nanti kamu nampak saya macam pokok.

Budak, kalau sudah bertanya, harus diberi jawapan yang beralasan, alasan yang mereka boleh nampak. Sebab kalau alasan tu mereka masih tidak boleh nampak dan faham maka, esok hari, dia akan tanya lagi dan lagi.

Samalah juga dengan setiap perkataan yang diucap. Seingat aku dari kecil hingga sekarang, aku dididik supaya menjaga tutur kata. Walau aku sudah kahwin pun, perkara pertama yang mama pesan untuk aku dan suami ialah jaga tutur kata aku dengan suami. Cuma, bila dunia menjadi semakin moden, maklumat hanya dihujung jari, kadang-kadang ada kata yang diucap bertukar jadi kata-kata maha menakutkkan. Mujur bila balik kampung, mulut bagai dikunci untuk berkata memaki ka apa. Lansung tidak berani untuk berkata depan mak ayah.

Tapi, semalam aku jadi sangat kecewa bila ada budak yang baru berumur 8 tahun sudah tahu untuk menyebut p***m*k kerana marahkan kawannya. Rasa menyirap darahku. Aku panggil dia dan bertanya: adakah dia tahu apa maksud yang dia sebut?. Dia jawab: tidak sambil geleng kepala.

Jadi, kalau dia tidak faham kenapa pula bila dia marah, dia maki kawan dia guna perkataan tu? atau dia nampak orang besar yang marah sebut perkataan tu?

hmmm... jangan jawab.



2 comments:

  1. aku pun dulu ada jugak suka ngan cikgu sejarah masa sekolah menengah di lahad datu dulu.siap ajak dating lagi..haha!

    ReplyDelete
  2. wah.itu memang lumayan klu siap ajak dating.hahahaa.mesti cikgu tu bengang gila.hahaha

    ReplyDelete

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...