Monday, 25 July 2011

dha produk

Hari tu, aku hairan, kenapa ada beberapa orang kawan sekerja aku nampak lain dari biasa. Mula-mula, aku buat tidak tahu saja walau ada rasa pelik. Bila aku cam betul-betul, rupanya muka mereka berbeza sebab tidak ada pemakaian bedak mahu pun two way cake di wajah mereka. Oh, masa tu, aku masih juga buat tidak tahu.

Selang beberapa minggu, makin ramai pula yang tidak pakai bedak. Dan sok sek antara mereka, rupanya ramai yang sedang cuba pakai satu produk kecantikan ni. Wah, wah. Aku suka kalau benda-benda begini. Mereka jadikan model seorang kakak tu yang sudah pun pakai 2 bulan produk tu. Mula-mula, aku tidak perasan pun muka dia sebab aku bukannya selalu duduk berdepan dengan dia. So, kurang prihatin dengan perubahan muka dia. Tapi, lepas melihat muka kakak tu, wow! memang ada perubahanlah yang aku nampak dari mata hitamku. Muka dia nampak lebih bersih dan  tegang gitu. ^_^ . Pssstt, kakak tu dah berumur 40++ 

Cerita punya cerita, rupanya kawan-kawan sekerja aku ni tengah pakai produk D-HA. Kamu pernah dengan produk ni? ni la first time aku dengar dan tahu pasal benda ni. Ada seorang dua juga yang promote dengan  aku untuk pakai tapi aku ni jenis bukannya pakai terus sesuatu produk. Aku kena servey dulu produk. Benar, aku sudah nampak hasilnya dengan kakak yang seorang tu tapi, jauh di sudut hati, aku masih juga mahu cari lagi banyak info. 

Cari punya cari, aku dapatlah info ni:

Produk ni ada 4 jenis: sabun pencuci, serum, day night cream dan day cream. Produk ni diperbuat berasaskan herbal dan ada dua kategori: tutup hijau untuk 40thn ke atas dan tutup pink untuk 40 thn ke bawah, Dari pembacaan ni, aku rasa produk ni dari indon rasa. Kalau salah, harap perbetulkan ya.^_^. 
klik sini: sumber 
Kegunaan produk ini:

• Melembabkan, memutihkan, dan mencerahkan kulit wajah.
• Membantu menyamarkan noda hitam.
• Mencegah timbulnya jerawat.
• Menyamarkan garis halus dan memperlambat tanda-tanda penuaan dini.
• Mengecilkan pori-pori.

Cara Penggunaan:
• Oleskan cream pada wajah sampai merata dan tipis secara teratur.
• Gunakan sesuai aturan, pada pagi/ siang hari untuk cream siang dan malam hari untuk cream malam.

SUMBER LEBIH DETAIL KLIK SINI > indonetwork 
KLIK INI JUGA griyaarliva

Kalau diteliti, produk ni bagus. Tapi, bagi aku, mungkin kalau sesuai dengan jenis  kulit muka, cantiklah muka pemakai macam kakak tu. hihhi. Tapi, kalau tidak sesuai dengan muka maka, pakai 10 botol pun, muka tetap sama. Tetap tidak halus dan mulus.

Konklusinya, aku kena tunggu lagi kesan dari kawan yang lain. Sebab nampaknya tadi, ada beberapa orang lagi yang beli produk DHA tu dengan kakak tu. Mungkin excited tengok perubahan muka kakak tu yang tegang ala krisdayanti gitu.  Alhamdulillah. ^_^.

p/s oh, aku baru tahu yang lepas pakai produk ni, tidak perlu lagi pakai alas bedak mahu pun pakai one way cake sebab muka sudah cantik. Wah. Kalau begitu, rugilah penjualan barangan mekap nanti. hihhi

5 comments:

  1. heheh..macam best pulak kak.tapi,engkok tinau pan tek makai alat2 solek betiru tu..huhuhu..tinau pan niak halal..macam2 pan diam fikiran..haha

    ReplyDelete
  2. waaa....produk apa ka itu kak?d mana boleh dapat produk ni..ni kwn sy yg sorg ni sdh ter-cari2 product ni.haha...

    ReplyDelete
  3. arina: ya mmg best ni.mudah2an jak halal.sbb benda ni dari herbal.klu dibaca dari web.ada pengiktirafan sdh konon;D

    azean:produk dha ba tu.ada kakak di sekolah tmpt sis ngajar jual produk ni.rm 95 jak ni satu set.klu dia mau bgtau saja;D

    ReplyDelete
  4. sy ade jual pm sy www.facebook.com/zulin07

    ReplyDelete

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...