Sunday, 3 July 2011

Doa mendapatkan zuriat


Usaha tangga kejayaan. Itulah salah satu kata-kata semangat yang kita selalu dengar dari masa kecil sampai lah besar panjang, sudah kahwin dan bercucu cicit. Dari segi apapun, mesti ada usaha. Even, untuk buat jahat pun, kena ada usaha. Cuma, kesannya yang berlainan sama ada bawa efek positif atau negatif.

Kalau sudah berusaha, kena selalu berdoa. Aku pun mencari doa yang boleh diamalkan dalam rutin aku. Alhamdulillah, Kak Liza, kawan sekerja aku sudi bagi doa ni: Doa untuk mendapatkan zuriat. 

Aku cuba menulis macam ini



Tulisan tangan dalam kadar segera;D
Boleh baca tidak?
Sudah lama tidak buat tulisan ni since sudah meninggalkan zaman persekolahan;D

 
Kenangan zaman sekolah indah. Belajar menulis seperti ini susah untuk dicari bila sudah besar dan tidak lagi bersekolah. Kecuali bila ada kemahuan sendiri untuk terus menulis guna tulisan jawi. Kalau dulu, baca jawi fasih, tapi bila lama ditinggalkan, merangkak juga untuk membaca. 

Hati gembira melihat anak-anak pandai baca jawi, pandai baca Quran. Masa exam, tulisan jelas dan boleh jawab semua soalan dengan betul. Tidak kiralah, soalan berorentasikan peperiksaan tapi sekurang-kurangnya, mereka telah didedahkan dan dididik untuk mengenal huruf jawi. Tidaklah buta huruf jawi tapi celik IT saja. Ya lah, budak sekarang, tahun 3 pun sudah ada akaun fb. Pergi sekolah bawa handpone blackberry. Itu belum lagi cerita pasal game the angry bird. Mereka lagi canggih dari cikgu sendiri. 

Nota: Terima kasih untuk cikgu / ustazah  dan Ustaz yang mendidik aku dari kosong kepada ada sesuatu.;D


7 comments:

  1. woww... cantiknya tulisan arab... blh pinjam tangan? utk molah tulisan khat di dinding surau sekolah... :)

    ReplyDelete
  2. hahahaa.....boleh2.kelak kita mola khat di dinding surau;D

    ReplyDelete
  3. hai kak misya,

    cntiknya tulisan, hehe. sy pun syukur sbb tdk buta jawi. smoga doamu trmakbul dan cpat dpt tmng chya mata...

    usaha lif kejayaan...jia you!

    ReplyDelete
  4. doa yang bagus.
    :)


    jom singgah n follow belog fyna.
    (^_^).

    ReplyDelete
  5. hanjila:tq jia ...suka pula tu kata2 usaha lif kejayaan.hahhaa;D Amin dik.mudah2an masin mulutmu..


    mama qaisara: tq..ok,,nnt sy jenguk blog fyna;D

    ReplyDelete
  6. doa nombor dua tu yang aku selalu amalkan dulu kak..insyaallah berkat usaha dan
    kesabaran..Allah akan makbulkan..

    ReplyDelete

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...