Thursday, 7 July 2011

Erti hidup dan kawan

Perbualan dengan kawan dalam 2 hari yang lepas tentang hidup banyak buat aku berfikir. Sama ada kita sedar atau tidak, tiap-tiap hari dan di mana saja, setiap kita lalui cabaran hidup yang berbeza cuma hasilnya tetap sama iaitu gembira, sedih, kecewa, terluka, rasa dikhianati dan tidak dihargai. Pusing mana pun, kita tetap akan dapat hasil yang sama atau lebih kurang sama. 

Dalam hidup, kita banyak bermain dengan emosi. Mood kita setiap hari tidak sama. Ada orang yang sukar dijangka emosinya, ada juga yang stabil selalu dan aku beranggapan dia punya keyakinan dan sikap positif yang tinggi hingga dia boleh bertahan tanpa buat orang lain turut sama tertekan seperti dia. Dia tetap nampak okay, macho, tenang dan ceria. Aku kagum sebenarnya dengan orang begitu. Dalam hati dia, hanya Tuhan yang tahu. Ya lah, ada orang kalau marah dengan seorang, dengan lain pun dia jadi singa juga. Tapi, kalau gembira, suka seorang, senang seorang. Padahal masa dia sedih, semua orang simpati. Bila sudah senang, sorry, sorry naik lori.

Kadang-kadang, kita juga ada khilafnya.  Makin rapat kita dengan orang tu, makin banyak yang kita tahu tentangnya, makin mudah jugalah hati kita tersentuh bila berlaku sesuatu yang berada di luar jangkaan kita.  Kata kawan tu: bila aku ada masalah, aku minta pendapat dia tapi, aku tidak bersetuju dengan pendapat tu dan aku ikut kata hati aku. Yang hairannya, kawan itu marah, kecil hati sebab pendapatnya tidak dituruti hingga persahabatan tu bertukar jadi bermasam muka dan tidak bertegur sapa. Bila sudah jadi begini, siapa yang perlu dipersalahkan? si kawan yang bermasalah atau si kawan yang memberikan pendapat?

Pendapat aku, tiada siapa yang perlu dipersalahkan, tiada apa yang perlu dimasam muka. Bila kawan sudah meminta pendapat kita, kenapa tidak kita beri pendapat dengan hati yang ikhlas semata-mata untuk tolong kawan, kerana Allah SWT mahu kita tolong menolong? bukannya untuk kita berbangga bila mana kawan tu ikut pendapat kita dan kita rasa kita orang paling hebat dan pintar sebab kawan kita tu ikut pendapat kita. Tidak perlu lah kita mahu show dengan semua orang yang kitalah yang tolong dia itu dan ini. Then, bila dia tidak ikut pendapat kita, mula lah kita kecil hati dan marah. Aku masih boleh terima berkecil hati tapi jangan lah sampai bermusuh pula. Ketara sangatlah yang pendapat tu tidak ikhlas dan just untuk minta dipuji oleh orang lain.

Si kawan yang bermasalah tu pula rasa serba salah, kecil hati juga sebab kawan yang diharap untuk selalu bersama kini sudah jadi musuh. Sebenarnya, dalam pada kita memberikan pendapat, janganlah kita berharap orang tu ikut pendapat kita. Lainlah kalau orang tu masih budak lagi. kalau sudah besar panjang, cukupla kita bagi pendapat. Masing-masing sudah pandai fikir, sudah tahu bezakan yang mana baik dan buruk. Pendapat yang kita bagi tu kena sesuai juga dengan masalah yang dihadapi. Bukan main cendok saja. Dan orang yang betul-betul tahu sama ada pendapat tu sesuai atau tidak adalah orang yang bermasalah tu. Dia yang alaminya, dia yang rasa sakitnya jadi dia yang akan tentukan tindakan seterusnya. Cukuplah kita bagi dia penjelasan, kekurangan dan kelebihan setiap tindakan yang diambil. Selebihnya, biar dia yang take action.

Dalam pergaulan, tidak salah untuk kita kongsi apa saja. Tapi, biarlah berpada-pada. Moderation tu lagi bagus daripada semua pun mahu di reveal. Susahnya nanti bila bermasam muka, terus kekurangan jadi topik  umpatan dan kejian orang lain. Ada masanya, lebih baik kita meluahkan masalah dengan Tuhan daripada dengan manusia. Orang boleh tolong kita tapi kalau Tuhan masih belum bukakan pintu keluar, sampai bila pun, tiada jalan keluar untuk kita. Doa orang teraniaya tu makbul jadi, berhati-hati bila sudah melukakan hati orang lain. Hayatilah hukum Qisas yang sudah termaktub dari dulu.


2 comments:

  1. hai kak misya,

    ya, sbg shbt kta hnya blh bg pndpat dn kptsn akhir msh di tgn kwn tu sbb dia sndr yg tahu apa tbaik utk dia...

    tp smnjk dua mnjk ni kan, ramai btul yg bkecil hati. knp la agknya. musim bkecil hati kali...heheh

    ReplyDelete
  2. hanjila:mmg musim org kecil hati kali dik..;D sabar ja la;D

    ReplyDelete

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...