Sunday, 24 July 2011

Hadiah suami untuk isteri yang bersedih

Benarlah kata orang, setiap di sebalik pintu kesedihan, pasti ada pintu kegembiraan. Walaupun, hari ini bermula dengan sikit kesedihan untuk aku dan suami tapi, bila malam datang, oh ada pula kegembiraan datang. Macam tidak sangka pula. Terus aku senyum-senyum. Masa taip entri ni pun senyum juga. Gembira dan Bahagia. Terima kasih, Tuhan. ^_^

Perkahwinan adalah satu perkongsian hidup. Bukannya berkongsi bantal dan selimut saja tapi, ia berkongsi setiap kegembiraan dan kesedihan. Masa bujang, bila sedih dan gembira, yang dicari adalah keluarga dan kawan. Sekarang, setiap kali ada berita gembira mahupun berita sedih malah cerita sakit hati, cepat saja dail no suami, cepat saja buka cerita dengan suami. Biarpun kadang-kadang cerita tu kurang pentingnya tapi, dikongsi juga jalan ceritanya dan suami masih juga mengangguk dan menjawab setiap persoalan dalam cerita yang tidak tentu aku tu.

Kalau diikutkan, ada sebahagian lelaki yang tidak mahu melayan cerita perempuan kalau pada hematnya tidak penting kecuali perempuan itu ada kepentingan baginya. Lelaki adalah golongan paling simple. Benar, mereka juga golongan yang complicated, sangat complicated bagi aku bila mana aku banyak kali diluka oleh golongan ini tapi ada bab lain mereka sangat senang untuk difahami.

Misalnya:

Cerita A:


Nani: kau ingat kah baju merah yang aku beli di parkson tu?
Dira: Oh, baju yang ko beli  dengan harga diskaun 50 % tu dan pada hari sama aku beli kasut di vincci tu?
Nani: ya, baju itulah. Kau tau, si Lala pun beli baju yang sama lepas aku pakai baju tu ke pejabat kemarin. Rupanya dia pergi beli baju tu juga. Patutlah dia bukan main puji masa aku pakai. Geram betul.
Dira: ya ka? teruknya macam tu kan. Tidak sangka pula dia boleh buat begitu.....

Lalu cerita tu berpanjangan berjam-jam lamanya  sampailah ke perkara yang tidak tidak mengena pasal c Lala mereka ungkit.

Cerita B:

Nani: Zul, kau tau tadi masa sampai pejabat, punyalah sakit hati. C Lala tu pakai baju yang sama aku beli minggu lepas.

Zul: Ya kah? Okay, jangan pakai baju tu lagi.

Kalau kamu perasan perbezaan cerita A & B, perbualan antara perempuan dengan perempuan, ia lebih panjang, lebih detail dan ia akan berpanjangan tetapi bawa kelegaan kepada orang yang bermasalah. Tapi, kalau dengan lelaki, ia bersifat lebih mudah kerana perbualan bersama mereka lebih kepada menyelesaikan masalah. Itu yang aku suka.

Mereka jarang untuk memanjangkan cerita. Mereka ringkas tapi tunggu bila masa bercerita sesama mereka atau MAN'S TALK, wah, ada kamu semacam tidak percaya bila mereka boleh puji atau maki seseorang tanpa henti. Ya, aku sedar benda ni bila aku berkawan dengan ramai kawan lelaki yang mana mereka adalah kawan suami.

Maka, bila aku bercerita dengan suami, dia layan saja. Walau cerita itu mungkin tidak best tapi at least dia berusaha untuk jadi my good listener. Bila aku cerita khabar sedih dengan dia yang mana kami perlu menanti lagi bulan seterusnya untuk tukar status jadi mummy & daddy, dia masih dengar dengan hati terbuka. Terima kasih, sayang.

Dan, dia sangat pandai ambil hati aku bila ada khabar begini. Dia bawa keluar jalan-jalan dan masuk kedai elektronik. Aku jadi tidak terkata-kata.

Terima kasih untuk hadiah itu. Lepas ni, aku tidak cuci baju pakai tangan lagi. Sudah ada mesin basuh baru. ^_^. Dan, ada 2 pasang kasut Vincci idaman hati. ^_^



p/s sila baca buku tulisan STEVE HARVEY bertajuk act like a lady, think like a man. Buku tentang apa sebenarnya yang lelaki fikirkan mengenai cinta, hubungan intim dan komitmen. Penceritaan yang sangat hebat bagi aku.

3 comments:

  1. Lelaki dan perempuan kan dicipta untuk saling melengkapi. Hehe. ;)

    ReplyDelete
  2. betul tu FM. Sbb tu Tuhan jadikan hawa utk temankan adam;D

    ReplyDelete
  3. Haha.. Nice one.. But then,saya boleh jadi perempuan,boleh jadi lelaki.. I mean personaliti saya.. ^_^.v.. Menyesuaikan diri ikut keadaan.. kadang2,sa sendiri pun tia tau,mana diri sebenar saya.. yang penting,saya c Aki!! Hahaha.. ^_^.v..

    ReplyDelete

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...