Monday, 25 July 2011

fesyen Hana Tajima, fesyen Yuna & Jangan sentuh hp saya kecuali pacarku



Assalamualaikum dan selamat pagi semua ^_^ 

Minggu ni, bila aku check nuffnang, aku perasan antara keywords yang paling hits selalu dicari oleh pembaca ialah :
1) Hana Tajima fesyen 
2) fesyen Yuna terbaru 

Sebenarnya, setiap kali check keywords, memang fesyen hana tajima memang selalu ada dalam keywords nuffnang aku. Kamu memang hebat hana! Fesyen kamu jadi gilaan ramai orang termasuk juga aku walaupun fesyen itu telah aku tukar ikut selera aku. ^_^

Cuma, yang aku rasa pelik, bila ada yang hits jangan sentuh hp saya kecuali pacarku. hihihi. Aku ketawa sendiri.  Terus aku berfikir-fikir, ini mungkin pembaca dari indonesia. Hai kamu, jangan lupa singgah lagi ya ^_^


Last week,  pembaca hits fesyen pemakaian tudung bawal. Maka, aku rasa  gembira sebab penggunaan keywords untuk tudung bawal pada entri yang lepas telah memberikan traffik juga walaupun ramai yang sudah simpan tudung bawal dalam laci berkunci. Aku ada post entri untuk pemakaian bawal seminggu bila aku cuba untuk tukar selera dengan pakai tudung bawal.

Dan ini gambar yang diambil tadi oleh suami tersayang. Mungkin konsep loose shawl ni agak sempoi sebab tu ramai yang gayakan fesyen macam ni.

Bagi aku, loose la macam mana pun, lilit la berapa lilit pun, yang penting, masih nampak sopan dan manis terutamanya di mata orang yang kamu sayang. Tiada guna bermanis-manisan di hadapan orang lain tapi di hadapan orang tersayang, serabai sana sini.



aku masih mencari kalau ada Ex-10der  Dahya ni masih  dijual. Aku ada satu saja dalam simpanan. Tengok dalam fb, sudah tidak ada yang promote baju ni. Kalau ada, harap ada yang maklumkan ^_^



Di samping, bermanis muka, jangan lupa masak untuk orang tersayang. Memang makan di luar itu sedap dan lazat tapi, tetap ada bezanya dengan air tangan kamu, wahai isteri yang selalu disayangi suami.
  ( Menu: petola tumis udang kering )

Paling penting, masaklah masakan kegemaran orang yang kamu sayang. Gerenti, dia akan sayang kamu lagi dan lagi. Selalu dan selalu. ^_^ ( menu: sambal udang tumis , kegemaran aku dan suami )
Sekian saja untuk hari ini.
Happy monday ^_^
p/s kebaya silau itu apa?

2 comments:

  1. kebaya blink blik mungkin...hahaha

    ReplyDelete
  2. Kalau cek keywords tu mmg lucu!
    Semua carian yg lucu2 bikin ketawa.

    Ada2 saja yg org search boleh sampai ke blog kita

    ReplyDelete

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...