Sunday, 10 July 2011

Kata maaf

Semalam sepi tanpa entri. Cerita terakhir tentang minggu bawal pun belum sempat dijadikan kenangan. Apatah lagi cerita tentang  challenge yourself yang tinggal 2 hari. Semua tertangguh. Tidak dapat dilangsaikan dalam satu masa. Suami datang jenguk aku. Kawan lama pun datang juga sebab joint lawan paintball Piala CM di Kuching. Jadi, masa untuk membuat entri agak terhad, even buka laptop pun belum sempat. Pagi ni sempat, bangun, masak sarapan, buka laptop, karang entri. 

Oh, suami masih tidur, penat entertain kawan yang datang. Semalam lepas habis game, bawa mereka makan di Kubah Ria. Salah satu tempat makan yang famous di Kuching, yang sentiasa ada orang berkunjung untuk makan pelbagai jenis makanan dengan harga yang berpatutan. Aku order nasi ayam penyet, not bad tapi masih tidak dapat lawan nasi ayam penyet di satok.^_^. Gambar tidak sempat diambil sebab aku pun kelaparan since masa untuk dinner sudah extend ke  jam 9.30 malam. Maka, sampai saja order lalu, makan tanpa pandang kiri dan kanan. ^_^

Sebenarnya, semalam, rasa bersalah dengan suami. Ada kelakuan aku yang terkasar sikit dengan dia masa aku tengah driving. Nasib baik, dia sangat memahami aku. Bila kereta sudah park. Aku minta maaf, kata tidak sengaja dan Alhamdulillah, dia menjawab memang begitu kalau lapar. Entah, perangai aku tu, kalau lapar, cepat saja naik angin. Mujur, suami sangat faham dan keadaan jadi seperti tiada apa-apa. ^_^
google


Aku mahu berkongsi begini, bangsa kita adalah bangsa yang sukar untuk meluahkan kata-kata. Walau sudah tahu salah dan tidak puas hati, jarang untuk berani berkata-kata. Kadang-kadang, ia disebabkan oleh ego yang mahu dipertahankan. Ada baiknya, tersimpan ego dalam diri tapi ada buruknya juga kalau ego beraja di hati.

Siapa pun kita, jika sudah tahu, berbuat salah, minta maaf dengan orang tu, jangan ditangguhkan. Kemaafannya akan di claim di 'dunia yang satu lagi' bila dia gagal untuk memaafkan kamu di dunia sekarang. Kalau ada rasa tidak puas hati, usahakan untuk bercakap dengan cara yang polite, bawa cara profesional. Kalau cun dengan cara, semua okay. Ala bisa tegal biasa.^_^

google
p/s  Sayang suami ^_^




No comments:

Post a Comment

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...